CHAPTER 22

3.3K 104 3
                                    



Sometimes your nearness takes my breath away, and all the things I want to say can find no voice. Then, in silence, I can only hope my eyes will speak my heart



Sekarang ni dia boleh terima hakikat yang anak dia dah tiada. 'Insyallah anak mama nanti tunggu mama dekat syurga ye.' Gumam Ellina. Walaupun tak sampai sebulan anak dia duduk di dalam rahimnya, rindu sangat. Jauh dah anak dia pergi.

Sabar je la. Orang yang banyak sabar akan terima ganjaran kelak nanti.

Ellina duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Tubuhnya bersandar selesa sambil memegang sebiji mug berisi minuman herba yang disediakan oleh uminya. Jauh termenung Ellina, dia berada dalam dunianya sendiri. Tiba-tiba ...

" Mak cu,"

Ellina masih terdiam, tidak menyahut panggilan anak buahnya. Lalu Aishah menarik hujung baju mak cu dia. Ellina yang termenung jauh membuatkan dia tersedar terus memandang anak buahnya yang duduk bersebelahan.

"Mak cu!!!" jerit Aishah lagi.

Ellina hanya tersenyum nipis buat Aishah.

" Ye sayang Mak cu nak apa? Soal Ellina sambil menyentuh kepala Aishah dengan lembut.

" Mak cu oke ke?"

" Mak cu oke la. Kenapa Ecah tiba-tiba tanya mak cu macam tu? kena ada benda yang Ecah nak?" Tanya ellina sambil mengusap kepala anak saudaranya.

" Yela, Ecah tengok muka mak cu pucat semacam je. Mak cu demam ke? Tanya Aishah sambil menyentuh dahi mak cu dia.

" Jangan la sakit Mak cu, siapa yang nak main dengan Ecah?" sambung Aishah lagi.

Ellina hanya membiarkan sahaja perlakuan anak buahnya. Alhamdulilah ada orang lagi kisahkan dia.

" Mak cu tak ada apa-apa la, mak cu kuat la. Kan mak cu superwomen Ecah." Kata Ellina sambil menayangkan muka ceria. Dia tahu sekarang ni mukanya selekeh. Dengan mata yang sembap dan bengkak. Sebab terlalu memikirkan hidupnya.

" Yela semalam Ecah tengok mak cu menjeri semalam. Tapi mama tak bagi Ecah dekat dengan mak cu. Mama kata mak cu tak sihat, sebab tu Ecah tanya mak cu."

Ellina hanya terdiam seribu bahasa. Wajah Aishah sedang menunggu balasan daripada mak cu dia. Dia tak tahu nak balas apa dekat anak saudara dia.

Tiba-tiba...

" Anak papa sembang apa dengan mak cu ni.?" Kata Atiff dengan tiba-tiba.

Terus Ellina dan Aishah memandang Atiff.

" Tak la papa, Ecah tanya je mak cu ok. Ye la semalam kan mak cu tak sihat. Nanti sape nak main dengan Ecah. Yela nanti dah ada adik mesti nanti papa sayang adik lebih." Cebik Aishah

" Eiii anak papa ni. Papa sayang la dekat Ecah, Ecah always jadi princess papa." ujar Atiff sambil mencubit pipi anaknya.

" Eii sakit la papa. Nanti tak cantik dah pipi Ecah."

" Ecah pergi tolong mama dekat dapur tu." Arah Atiff dan tanpa banyak soal Aishah terus menuju ke dapur untuk menolong mamanya.

Ellina yang tengok kemesraan Atiff dengan Ecah membuatkan dirinya terasa rindu dengan arwah anaknya. Walaupun dia tak sempat tengok anaknya membesar tapi dia rasa bahagia dapat rasakan menjadi seorang ibu walaupun hanya seketika.

" Adik ok dah sekarang ni?" tanya abangnya.

" Alhamdulilah, adik ok sekarang ni. Adik minta maaf sebab buat kecoh semalam. Kesian dekat umi dengan Kak Hanan, yela dah kacau masa dia orang tengah rest. Mesti umi risau pasal adik." Tutur Ellina dengan perasaan serba salah.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now