CHAPTER 5

3.3K 122 0
                                    



I love you for all that you are, for all that you have been, and for all that you are going to be



' Aku tengok sejak kebelakangan ni suamiku asyik hadap dengan telefon je, kalau tak pun selalu balik lewat' dengus Ell. Ell menjenguk ke halaman rumah lepas kedengaran bunyi kereta yang berhenti di tempat parking. Tak pernah lagi Dani balik lewat, kalau lewat pon mesti dia mesej aku. Macam ada tak kena je sejak jumpa dengan Amanda.

" Abang dah balik dah, nak makan tak sayang ada dah masak kegemaran abang ni?" Tanya Ell.

" Abang dah makan dekat luar dengan Amanda lepas balik dari site." Balas Dani.

Hati Ell makin remuk dan tersentap, lepas dia dengar kata-kata Dani. Mukanya makin masam mencuka, ' makan dah dengan AMANDA? AMANDA?, habis siapa nak makan semua makanan ni?. Kalau aku tahu tak payah masakan. Ingatkan boleh la makan sekali dengan suami aku, alih-alih makan dengan perempuan tu.' Dengus Ell.

Semua makanan hanya dipandang sepi oleh Ell. Dani mula menurun tangga dengan pakaian yang elok. " Abang ... abang nak pergi mana ni?" Tanya Ell.

" Abang nak pergi jumpa Amanda jap ada hal." Balas Ell.

" Oo .. oke abang, nak sayang teman ke abang?."

" Tak payah la sayang."




TELEFON bimbit jenama Iphone itu dicapai. Ell menggesek ibu jarinya pada skrin telefon sebelum dilekapkan di telinga kananya. Penuh sabar dia menanti panggilannya berjawab.

" Assalamualaikum .. Ell" kedengaran suara perempuan memberi salam.

" Walaikumussalam, abang Atiff." Balas abangnya.

" Kenapa tertiba jah call ni?" abang Atiff menyoal pelik. Jarang adik dia menghubunginya ketika waktu dia bekerja.

" Ell bosan la duduk rumah ni, taka da buat apa-apa pun. Abang Dani kerja.."

" So?"

" Abang jom la luncuh sekali nak? Ell datang jemput abang dekat hospital tu."

" Hmm .. oke la tapi kena bawa kak ipar kau, kalau tak merajuk la dia nanti tak boleh jumpa kau dik oii. Kalau dah sampai Ell call abang tau."

" Orait abang, Ell nak bersiap-siap dulu."

" Oke, jumpa nanti lunch."

Talian diputuskan. Ell menghantar pesanan kepada Dani sebelum keluar berjumpa dengan abangnya. Yela nak jadi isteri mithalikan. Tanpa menunggu balasan suaminya itu, Ell bersiap-siap mahu keluar lunch dengan abang sulungnya tu.




Tiba-tiba pesanan mesej masuk ke dalam telefon Dani menghentikan perbualan yang rancak antara Dani dan Amanda.

" Sorry Manda" Dani mula membuka wassap.

Ell menghantar pesanan kepada Dani dibuka ' sayang nak keluar lunch dengan abang Atiff'. Laju dia membalas. ' okey, take care sayang.' Balas Dani

Dani meletakkan telefonnya ke dalam poket. Amanda dipandangnya.

" Siapa Adan?." Tanya Amanda

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now