CHAPTER 29

3.2K 108 2
                                    



I wish God had brought you to me sooner



JANGAN LUPA VOTE YE SAYANG SEMUA. MUAHHH!!!



Mereka mula mengatur ke arah restoran. Disebabkan dua ekor tu tak sabar nak makan terpaksa la kita orang bersiap ala kadar. Nanti tak pasal-pasal kena sindir pulak. Mereka just pakai sweater dan seluar palazo untuk makan malam malahan bertudung shawl. Sebelum mereka menuju ke restoran di resort tiba-tiba kedengaran orang yang memanggil namanya.

" Iekha..."

Sayup-sayup kedengaran orang yang melaung namanya. Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil dengan begitu kuat.

'Malam-malam ni ada hantu ke yang panggil aku. Ya Allah tolong la jauhkan aku dari makhluk jahat.' Gumamnya sambil memeluk diri sendiri. Yela tertiba ada orang panggil seram doo... 

"Wehhh Iekha ni aku la bukan hantu wehh." Perlahan-lahan dia membuka matanya lalu terpandang seseorang yang dikenali.

" Keisha??"

Terkedu Ellina terpandang sahabat dia sorang ni. Lama menghilang sekarang baru je muncul. Banyak tahun dah dia tak jumpa.

" Ye, aku ni." Ujar perempuan yang memakai baju seragam resort. Tahu la dia yang wanita tu bekerja di resort tempat dia bercuti.

" Keisha!! kau pergi mana? Aku dengan Sherin lama dah cari kau?" kata Ellina sambil memegang muka Keisha. Sahabatnya yang hilang dulu selepas habis universiti. Dia, Sherin dan Keisha kawan baik sejak universiti lagi. Tapi lepas je habis grad, Keisha terus menghilang sampai la sekarang dia lost contact dengan Keisha, sehingga dia jumpa sendiri dengan tuan punya badan.

"Habis la muka aku yang cantik ni kau ni."

"Eiii tu je kau tahu."

"Kau pergi mana selama ni. Aku dengan Sherin lama dah cari. Kenapa kau menghilang macam tu je dengan kami hah?"

" Aku... aku malu dengan kau dan Sherin. Aku hilang sebab nak lari dengan Adam." Kata Keisha sambil menangis teresal-esak di hadapan Ellina.

" Fatin dengan Aina pergi dulu, cakap dekat di orang akak dengan kawan sekejap." Ujar Ellina. Yela dia tak nak Aina dengan Fatin menunggu. Siapa la yang tak terkejut kalau jumpa dengan kawan yang lama dah menghilang.

" Kalau dia nak tunggu cakap tak payah, akak takut lambat je. Korang makan je dulu." Sambungnya lagi.

" Ok akak." Jawab mereka serentak.

Lalu mereka pon mengatur langkahnya untuk meninggalkan Ellina dan kawannya yang menuju ke restoran di resort.

Mereka terus menuju ke tempat Ikhram dan Iskandar yang menunggu di tempat yang dia tempah. Mereka terus mengambil tempat untuk menjamu selera. Tiba-tiba..

" Aik? Atin mana kak Lin?" soal Iskandar.

" Oh, akak tadi jumpa dengan kawan lama. Pastu dia cakap tak payah tunggu dia untuk makan, akak cakap dia makan dengan kawan dia." jawab Fatin.

" Oh.. kalau macam tu jom la kita makan." Ujar Iskandar. Dalam fikirannya banyak persoalan, dengan siapa yang Ellina berjumpa? Laki ke? Ke perempuan?. Jangan la dengan laki lebih-lebih lagi dengan ex-husband Ellina. Takkan la, dia ada di sini kot. Fikirnya. Tergeleng-geleng kepalanya menindakkan perihal tu.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now