CHAPTER 15

3.3K 110 12
                                    



My love belongs to you.



Fikirannya terbayang-bayang dengan perkara petang tadi. Banyak perkara yang berlalu dengan mengejut, Dani yang menyandar badannya di sofa rumah maknya. Selepas kejadian tadi terus dia suruh Amanda mengambil grab. Buat masa ni dia taka da mood nak bercakap.

" Kenapa dengan anak mak ni?" kata Puan Rafiadah dengan tiba-tiba  muncul sambil menatang dulung yang berisi air dan kuih untuk dijamu minum petang. Dani mengambil cawan yang berisi teh sehingga licin.

" kenapa dengan anak mak ni?" kata mak Dani sekali lagi.Yela tak ada angin tak ada ribut boleh mengelamun pulak.

" Abang, hmm... erkkk dah ceraikan Isteri abang mak" ujar Dani sambil menahan sebak. Dia hanya menunduk memandang kakinya yang menguis lantai. Dia tahu salah dia lafaz talak dalam keadaan yang tengah panas.

Puan Rafiadah terus tersenyum mekar dengar anaknya kata. Siapa tak suka menantu yang tak disukai diceraikan.Yela menantu yang dia memang tak suka giler tu. Memang impan dia dah termakbul la.

"Yeke?"

"Like seriusly Dani?"

" Betul ke? Anak mak ni dah ceraikan perempuan tu?. Ya Allah mak suka sangat apa yang Dani buat ni. Dani memang anak mak, kalau dari dulu Dani dengar kata mak mesti Dani dah bahagia sekarang ni dengan Amanda." Kata Puan Rafiadah yang tengah bahagia sekarang ni. Sewaktu awal perkahwinan anaknya dan Ell, awal-awal lagi dia dah tak restu. Tapi dia sayangkan anaknya ni setuju jer la. Tak tahu ke meruntuhkan masjid orang ni dosa. Dia tak sedar melakukan dosa.

"Macam mimpi je anak mak ni ceraikan bini tak guna tu."

"But....."

"Apa?"

" Macam mana pulak anak mak boleh ceraikan si Ell tu??" tanya Puan Rafiadah.

" Tadi."

" Yela macam mana. Takkan anak mak ni tak angin tak ada ribut boleh ceraikan pompuan tu??" Kata Puan Rafiadah yang tak sabar menunggu cerita daripada anaknya. Nak tahu la kenapa anaknya boleh ceraikan betina tu!!

" Hmm... tadi habis je masa abang keluar lunch dengan Amanda. Abang terserempak dengan Ellina bukan sorang tapi dengan laki siap pegang tangan pulak. Dani tanya siapa laki tu tapi Ell tak cakap pon. Ellina boleh nafikan dia tu curang dengan Dani, Dani geram la dengan perangai Ell lepas tu Dani terus ceraikan je. Lepas tu Ell mengandung anak Dani mak" Cerita Dani. Dani putar belitkan cerita sebenar biar Ellina nampak buruk di mata orang lain. Sebenarnya bukan tu keadaannya. Salah dia yang curang bukan Ellina.

" Pahtu Ellina tengah mengandung sekarang ni."

Terkejut maknya dengan cerita pahtu yang Ell tengah mengandung anak Dani. Dia ingatkan Ell tu mandul tak boleh mengandung. Yela dah lama tak ada anak kan.

Takkan dia nak cerita hal sebenar tentang Amanda dengan dia dah terlanjur. Biar la jadi rahsia, Dani menunjukkan muka yang tak bersalah. Padahal semua berlaku perbalahan berpunca daripada dia sendiri. Masak la dia kalau dia cerita perkara sebenar. Biar la mak dia tahu hal ni jer.

" Mak dah cakap Ell tu bukan baik sangat pon. Keturunan dia pun bukan baik sangat, dah la keturunan pembunuh tambah pula anaknya yang curang tu. Memang tak salah la anak mak ceraikan dia, main kayu tiga belakang Dani. Memang perempuan murahan tahu menjalang je. Baik Amanda budaknya baik je mak tengok. Dah lama mak berkenan dengan Amanda. Entah-entah Dani cakap tadi yang si Ell tu mengandung bukan anak Dani. Anak jantan lain, nak gunakan Dani sebagai pak sanggup je." Jelas mak Dani

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now