CHAPTER 7

3K 115 3
                                    



Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.



Langit yang kecerahan dengan bintang-bintang dipandang olehnya. Nafasnya kemudian dihembuskan dengan berat sekali. Akan teringat perbualan dia dan Atiff perihal adik Atiff, siapa lagi kalau bukan si cantik manis mesti la Ellina. Dia pun tak tahu kenapa nak sangat tahu tentang adik Atif. Mujur la kawannya tidak mikir perkara yang bukan-bukan.

Teringat dia kejadian hari tu.

" Atiff, boleh aku nak Tanya kau satu benda tak? Boleh dok wehh?"

" Sejak bila kau jadi sopan nih? Selalunya bila kau tanya terus jah tak ada la nak minta izin-izin. Apa hal bro?"

" Masa kita pergi makan dengan ada adik kau dan wife kau kan?"

" Ye la bro, takkan bini aku pulak. Apa hal kau tertiba tanya wehh"

" Kau ni memainkan, tak ada la saja je takkan tak bole."

" Bukan tak boleh, pelik jah bro. Jangan macam-macam bro adik aku dah kahwin."

Terkebil-kebil Iskandar memandang kawannya Atiff. " Apa ?? Kahhhwin?"

" Hola, aku ajak kau. Kau kata busy kat Hospital." Atiff mencebikkan mulutnya. Iskandar dalam diam merasakan kecewa. Sedih bila orang yang kita suka menjadi hak milik orang lain.

" Oh .. Yeke"

" Mu ada apa-apa lagi ke nak cakap dengan aku? Aku ada patient nih nak kena tengok. Oke la apa-apa hal kau cari aku. Cau dulu bro."

Iskandar tersedar dari mengelamun apabila dia terasa ada yang mencuitnya. Lalu dia tersenyum kepada adik bongsu. Satu-satunya adik yang dia ada.

" Adik nak apa? Kalau dating bilik abang mesti nak benda ni." Ujar Iskandar. Iskandar menyentuh rambut adiknya itu.

" Abang jom arr makan KFC adik teringin la. Baby nak." Ujar adiknya. Adiknya yang sudah berkahwin tujuh bulan mendapat rezeki zuriat. Kini, mengandung empat bulan. Alhamdulilah.

" Ok la demi adik tercinta. Abang sanggup buat apa pon." Dia bersiap-siap nak pergi ke KFC disebabkan adiknya mengidam dituruti sahaja. Dia bukan jenis makan fast food. Disebabkan adiknya sanggup dia teman makan.

Iskandar menuju ke arah kereta lalu distartnya. " Along nak pergi mana lewat malam ni?" tanya Engku Sofean Hanan ibunda kepada Iskandar.

" Abang nak teman adik pergi makan KFC, katanya mengidam. Yela suaminya kan taka da outstation dekat Kanada. Tu la abang pergi teman jap." Ujar Iskandar.

" Oke, jangan balik lewat sangat along. Tak baik untuk ibu mengandung tau," pesan Engku Sofean.

" Baiklah bonda." Ujar Iskandar.





Puan Rafiadah yang teringatkan kemalangan yang menimpa suaminya akibat daripada ibu Ell menyebabkan dia benci keluarga tersebut.

Flashback 20 tahun dahulu...

" Abang ada curang dengan sayang ke?" tanya isterinya.

" Mana ada la Idah. Takkan abang nak curang, abang sayang Idah sampai abang mati." Ujar di suami.

" Abis tu apa abang buat dekat rumah si Haji Mansor tu. Apa abang buat dengan si janda tu?"

" Abang pergi sana sebab nak tolong Mariam sekeluarga. Haji Mansorkan pernah tolong kita sampai kita berjaya ni." Kata suaminya Yusoff.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now