CHAPTER 28

3.1K 108 1
                                    



God created you for just for me



Sebelum baca sila la vote ye. love you.



"SIPADAN WATER VILLAGE RESORT!!! I'm come." Laung Ellina sambil mendepakan lengannya bila sampai di sana. Iskandar yang tengok telatah Ellina hanya tersenyum sahaja.' Indahnya kalau aku sahaja yang boleh tengok senyuman tu sahaja.' Bisiknya.

Mereka menuju ke tempat resepcation untuk mengambil kunci, yela semua alongnya yang sudah membayar di online cuma nak ambil kunci untuk check in sahaja. Ellina, Aina dengan Fatin satu bilik dan Iskandar satu bilik dengan anak saudara belah uminya iaitu Ikhram.

" Selamat datang ke Sipadan Water Village Resort. Ada apa yang saya boleh bantu." Kata seorang wanita resepcation di kaunter.

" Saya ada tempah dua bilik." Kata Iskandar.

" Bagi saya check sekejap ye encik. Ok, ni kad bilik anda, terima kasih kerana memilih penginapan di sini tuan dan puan. Sila menikmati penginapan anda di sini."

" Sama-sama." Jawab mereka serentak.

Suasana dekat Sipadan ni memang tenang. Lewat petang itu, masing-masing meluangkan masa sendiri dekat pantai. Kelihatan air laut yang jernih dan warnanya biru, membuatkan diri tak sabar untuk mandi-manda. Geram tengok keindahan di pula utu.

Ellina yang duduk berdekatan dengan pantai yang beralaskan seliparnya. Dia melihat telatah manusia yang bermain pantai. Siapa lagi kalau bukan Aina dengan Fatin, dua orang tu kalau jumpa pantai memang tak sah kalau tak pergi. Kalau sorang lagi tu kaki selfie mengalahkan perempuan.

" Hemmm!!"

Ellina yang terdengar suara mengangkat mukanya. Siapa lagi kalau bukan Iskandar.

" Lin, tengah buat apa?" tanya Iskandar lalu duduk di tepi Ellina. Ellina yang abaikan soalan Iskandar yang duduk di sebelahnya. Yela nak jual mahal sikit. Hari senja makin menghampiri, alang-alang duduk di tepi pantai boleh la tengok matahari terbenam. Kalau duduk dekat Kuala Lumpur mana ada peluang nak tengok matahari terbenam macam sekarang ni.

" Lin tak pergi main pantai sekali dengan diorang ke?" kata Iskandar lagi.

Ellina hanya menggelengkan kepalanya mengatakan jawapan tanda tidak.

" Ke malas nak main air? Hah ke takut dengan air ni." sambil mengenyit mata kepada Ellina.

" Tak ada la siapa yang takut, malas la nak basah nanti kena tukar baju."

" Oh, macam tu."

Ellina menoleh ke tepi melihat Iskandar yang pandang Aina dengan Fatin bermain air.

" Iz pergi mana tadi?" OMG kenapa kau boleh tanya soalan macam tu? Mesti dia perasaan nanti. Ellina yang menampar mulutnya dilihat oleh Iskandar. Iskandar yang melihat telatah Ellina tu hanya ketawa sahaja.

" Wow.. caring jugak awak dekat saya." Kata Iskandar sambil tersenyum senyum.

" Mana ada la, jangan nak perasaan sangat ehh Izz. Saya tanya je sebab tak nampak awak tadi masa lunch."

" Gurau je la, eii garang la mak cik ni. Tadi saya tidur sekejap penat sangat." Jawab Iskandar kepada persoalaan Ellina.

" Hmm, dah agak dah."

" Ohhh.. macam mana Lin tahu? Lin stalk Iz ye."

" Mana ada la, saya rasa je la. Tak ada masa saya nak stalk Iz, tak ada faedah langsung." Terjuih-juih mulut Ellina. Kenyataan ok, tak ada masa pun nak jadi stalker mamat perasaan. Macam la tak ada kerja. Agaknya dari lahir kot dia jadi perasaan.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now