CHAPTER 24

3.2K 96 5
                                    



Come live in my heart and pay no rent



Tetamu yang menghadiri majlis doa selamat mula beransur pulang. Hanya beberapa tinggal beberapa orang sahaja termasuk la kawan abangnya. Ellina termenung yang melihat abangnya dan doktor Iskandar yang seronok bercakap di ruang tamu.

" Bahhhh ... hah kantoi tengok anak teruna orang."  Kata Hanan sambil menyergah Ellina sebalik dinding. Hampir sahaja dia melatah apabila disergah oleh akaknya. Ellina mengosok bahagian dadanya sambil menghembus nafas panjang.

" Ishhh, akak ni orang tak ushar pom doktor Iskandar."

" Akak tak cakap pon doktor tu. Hah kantoi."

Ellina yang mendengar kata Hanan termalu sendiri. Nak je dia pergi naik atas. Tutup muka dia dengan kain.

Malu bebbb!!!

" Ell, mana ada tengok dia la akak ni." Kata Ellina sambil memuncungkan mulutnya.

" Kata je la nak dekat doktor Iskandar, tak payah malu-malu adik oiii. Dah tak payah la buat muka macam tu. Ambil ni umi buatkan untuk abang Atiff dengan doktor Iskandar tolong hantarkan. Sepiring kek red velvet dan air mango dihulurkan kepada Ellina. Ellina memandang Hanan dengan dahi yang berkerut.

" Eii akak ni, kenapa adik kena hantarkan. Tak nak la akak." Tergeleng-geleng kepala Ellina. Bukannya dia tak nak tapi dia malas nak jumpa dengan doktor Iskandar mesti ada yang nak sakat dia. Dah la segan dengan doktor Iskandar.

Yela, Doktor Iskandar ada masa dia kena ceraikan oleh Dani tu. So dia rasa malu la nak berhadapan dengan Doktor Iskandar. Dia yang saksi masa pergaduhan antara dia dan bekas suami.

" Takkan la akak yang mengandung ni kena hantar, kan abang kamu marah pulak. Akak tengah sarat ni." Dengar je alasan akaknya, dia lambat-lambat ambil makanan yang hendak di hantar olehnya. Nak je dia suruh Ecah pergi hantar makanan ni.

" Ishh kamu ni, pergi la hantar. Shuhhhh...." Kata Hanan.

" Yela .. yela. Eii halau kita macam anjing kurap je."

Sebelum dia hantar, Ellina berpaling ke belakang tengok kak iparnya yang membuat peace ke arahnya. Nak je dia pergi gigit Hanan tu. Sengaja je dia buat macam ni.'Kau boleh!!' fikirnya.

Kak iparnya memang sengaja nak suruh dia hantar. 'Bukannya dia tak tahu pun, tak pe Hanan ada hari ada bas ada hari hamba balas'. Bisik hatinya sambil ketawa jahat.

Langkah dia kini menghampiri Iskandar dan Atiff, nafasnya kian semput. Dia menghembuskan nafas beberapa kali sebelum menghantar ke abangnya dan Doktor Iskandar. Bibirnya terpaksa mengukirkan senyuman. Kalau tak senyum nanti orang kata sombong lak. Dah la orang pandang sinis dekat gelaran 'janda'. Macam aku la.

Bukan aku tak tahu yang orang sini pakat mengata dekat aku yang aku ni tak pandai jaga laki. Bukan aku tak pandai dah bekas laki aku tu gatal orangnya. Aku takkan sesekali jilat apa yang aku ludah.

" Abang ni hah ada kek dan air mango untuk abang dengan doktor. Jemput la makan yee." Kata Ellina dengan mengukir senyuman sambil meletakkan makanan dan minuman di atas meja.

" Terima kasih." Kata Iskandar. Dengan kusyuk dia bercakap tersentaj dengan kehadiran adik kawannya.

" Sama-sama."

"Adik mari sini la." Ujar Atiff.

Ellina yang berdiri kaku tiba-tiba tersentak dengan kata-kata abangnya.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now