CHAPTER 1

5.3K 161 0
                                    




Your smile is so comforting it makes my tears go away




Burung-burung berterbangan bebas di langit yang menunjukkan cerah malahan kanak-kanak di hadapan halaman rumah main berkejar-kejaran dengan keriangan.

"Ell .. Ell .. Sayang..!!" panggil Dani

" Wahai sayangku Ellina tengah berangkan apa hah?, abang panggil pon tak dengar ke sayang tengah bayangkan lelaki lain. Ni buatkan abang tak suka nih". Kata Dani.

" Ehhh abang bila masa abang masuk nih ? Ell tak perasaan pon?"

"Bila la sayang nak perasaan kalu dah kuat berangan. Cakap la dekat abang sayang berangan apa ? hmmm..."

"Kan seronok kalu kita ada anak sekarang nih. Dah tujuh bulan kita kahwin tapi tak dapat anak pon. Sayang teringin la nak ada anak macam orang lain abang."

" Tak pe la sayang semua rezekikan dekat tangan tuhan. Tak ada anak sekarang pom tak apa asalkan sayang selalu ada dengan abang ye"

" Jom la turun bawah mak ngah sekeluarga ada dekat bawah tuh"

Lantas itu bersiap-siap untuk turun ke bawah makan tengah hari dengan keluarga. Menu hari ini ikan siakap tiga rasa, udang celup tepung, kari kepala ikan dan kangkung kalian ikan masin. Masakan ibu mentua sangat sedap lagi-lagi ikan siakap tiga rasa tidak pernah menghampakan sesiapa yang makan pasti menambah sampai kenyang.

" Aihhh Ell tak mengandung lagi ke dah kahwin tujuh bulankan ? ke kau mandul ? kata mak Dani

" Mak jangan la cakap macam tu dekat isteri Dani , dah tak ada rezeki lagi nak buat macam mana mak. Kuasa tuhan mana boleh lawan mak." Marah Dani.

" Mak kata je, bukan apa mak kesian kat kau la Dani dah kahwin beberapa bulan pom tak ada anak lagi. Ni hah anak si Mak ngah Nor si Humairah tu dah la baik pahtu boleh la mengandung anak kau Dani. Dulu mak dah cakap tak payah kahwin dengan si mandul ni, tu la tak nak dengar kata mak"

" Dah-dah la mak depan rezeki tak payahlah bergaduh." Kata si abang ipar Ell

Pintu bilik dikuak perlahan selepas menikmati juadah. Dani mencari kelibat si isterinya, niatnya hendak memujuk si isteri tentang kes anak tapi bila tengok Ell menangis teresak-esak di tepi katil niatnya terbantut. Biarlah tunggu tangisan Ell reda dan beri waktu. Katil yang berselerak dikemaskan sedikit manakala bantal ditepuk-tepuk dan disusun elok.

Baru sahaja duduk di katil, Ell memeluk Dani dari belakang. " Abang sayang minta maaf sebab sampai sekarang sayang tak dapat beri abang zuriat, sayang tak mampu nak dimadukan sayang tak kuat abang". Luahan Ell.

" Abang tak akan cari isteri lain selain sayang. Sayang adalah permata di dunia dan di akhirat untuk abang."

" Sayang stress dengan mak tuh asyik-asyik nak peril Ell jer. Dia selalu kata Ell mandul !! . Dahlah dia asyik nak kenakan abang dengan anak dia tuh si mekap tebal tu apa nama dia Harima .. Hulina !! apa-apa jer la. Pokoknya Ell tak suka, abang untuk Ell jer." Ell menolak tubuh Dani. Dia kembali menangis.

" Heh sayang .. sayang pandang abang sekarang ni. Kita dah usaha. Selebihnya kita tawakal dekat Allah. Bukan kerja kita hendak menentukannya, abang tak pernah merungut pom pasal ni dekat Ell kan. Jangan sesekali sebut hal ni dah." Pujuk Dani. Tubuh Ell sekali lagi dipeluk untuk menghilangkan resah hati isterinya itu.

Lama mereka mendiamkan diri. Esakkan Ell makin perlahan. Masing-masing cuba untuk menenagkan diri selepas kes anak tu.

" Abang .." suara Ell yang memecahkan kebisuan antara mereka. " kita balik rumah kita ... Boleh?" kepala yang didongak memandang si suami dengan mata sayu.

" Kita balik rumah kita. Jom sayang." putus Dani. Tujuan asal nak tidur malam tapi kes maknya yang mengungkit tentang anak ditambah lagi dengan permintaan sayu isteri. Dia akur. Itulah jalan terbaik buat masa sekarang dengan keadaan yang tegang di rumah maknya.

Tangan Dani tak lepas dari memegang Ell turun dari tangga. Risau dengan keadaan Ell yang emosinya tak menentu menyebabkan kerisauan Dani.

" Mak .. Dani tak jadi nak tidur malam ni kat sini. Tiba-tiba Dani ada kerja kat office tu." ujar Dani memberitahu.

" Tak tahu la apa nak jadi dengan kau Dani. Makin hari makin ikut dengan peel si isteri kau tu. Aku tahu la dia hasut kau kan tak nak tidur sini." Kata maknya.

" Mak nanti la Dani tidur sini ye. Dani balik dulu mak. Assalamualaikum."

" Aku tak tahu la kau buta ataupun tak Nampak kat si Humairah tu anak mak ngah Nor. Dia tunggu kau tahu tak. Dia lagi baik daripada perempuan mandul tu." Jerit mak Dani.

Dani memotong jalan meninggalkan Ell dibelakang sebaik sahaja sampai dirumahnya.

Ell melepaskan nafas berat. Dari dalam kereta lagi suaminya membisu selepas ketegangan yang berlaku dirumah mak mentunya. Tak tahu nak buat apa, melihat sahaja dengan tingkah laku suaminya dengan meniti tangga dirumah untuk menuju ke bilik. Terus Ell berlari laju mendapatkan suaminya tu.

" Ell minta maaf abang, sebabkan Ell abang kena marah dengan mak. Ell tak suka abang gaduh dengan mak pasal Ell."

" Tak pe la Ell nanti mak sejuk la tu. Sayang jom la kita tidur, sebelum tidur abang teringin la makan sesuatu sayang"

"Abang nak makan apa? Tu la tadi tak nak makan sekarang ni Ell malas nak masak tengah malam buta ni"

" Alah sayang tak payah masak la sebab abang ...."

" Abang apa ???"

" Abang teringin nak makan sayang"

" Abang ...."

















Jika ada something yang kurang maafkan sis ye.

please vote and comment for my story sis. Sayang semua peminat baca wattpad.

Selamat membaca guys.

Sorry sebab sis baru belajar....

Thank you sebab sokong karya pertama sis ye.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now