CHAPTER 32

2.8K 81 2
                                    



All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.



Semua orang sudah masuk ke bilik tapi Ellina, dia bersendirian berjalan di persisiran pantai. Dia mengambil angin lepas makan barbeque sama-sama. Hujung tudung bawalnya dipegang. Mahu taknya nanti angin tiup dengan kuat. Habis la tudung dia, perempuan ni kalau tudung tak jadi mahunya mengamuk.

Betulkan!! Jangan buat main-main.

Hahahahahaa..

Penat dia berjalan di pantai, dia mula mengambil tempat di pantai sambil meletakkan seliparnya untuk Alaskan punggungnya. Kedua-dua belah kakinya dipeluk erat. Jauh pandangan dia yang terbentang laut yang indah sekali.

Cahaya dari bulan menampakkan lagi keindahan lautan membuatkannya bersinar-sinar. Ellina yang melihatnya senyum sendirian.

Banyak perkara yang telah dia lalui masa ni. Banyak yang mengajar dia untuk terus kuat dan tabah menghadapi dugaan. Kalau dia kata sudah lupakan segalanya. Tipu la...

Siapa yang boleh lupakan kisah pahit yang berlaku dalam hidupnya begitu sahaja. Dah la dia diuji dengan kecurangan suaminya malahan menuduhnya pulak curangnya.

What the heck..

Aku sayang dia separuh mati, sanggup dia buat macam ni dekat aku.

Disaat dia tengah mengandung dituduh pulak mengandung anak lelaki lain. siapa yang tak mahu menangis dengan keadaan ni. Terasa berat je dugaan yang Allah turunkan buatnya. Masa keguguran la paling menyeksakan, walaupun dia tak sempat melihat anaknya. Dia tahu anaknya tu tunggu dia di syurga nanti. Biar la dia pergi daripada orang caci hinanya. Bapanya pon tak mengaku tu anaknya.

Sanggup seorang ayah tak mengaku tu anaknya. Binatang pun sayang dekat anak dia. Nikan manusia yang sanggup buang anak dia.

Nafasnya ditarik banyak kali lalu dihembuskan. Sedih bila ingat semua perkara tapi air matanya sudah kering untuk meratapi semua perkara. Biar pun dia meraung dan merayu sekalipun semuanya takkan berubah dan kembali seperti sedia kala.

So, dia harus kuat. Aiekha Ellina harus memikirkan masa depannya. Dia tak perlu memandang masa silamnya. Ramadani Uzai ialah insan yang dia cintai tapi bukan sekarang. Dia adalah masa silam ku. Akan ada seseorang lelaki akan tunggunya.

Maybe someone yang hargai dia.

Maybe someone yang sanggup terima aku seadanya.

Sorang imanku untuk dunia dan akhirat.

" Tengok apa tu Cik Ellina oiii."

Teguran dari Iskandar membuatkan ellina tersentak dengan lamunannya. Terus dia menoleh ke arah kananya memandang Iskandar yang duduk bersebelahannya. Ellina diam membisu. Tak balas pon persoalan Iskandar. Dia kembali memandang ke hadapan.

" Nah ambil la aiskrim ni." Huluran dari Iskandar membuatkan dia menoleh sekali lagi. Aiskrim yang dihulurkan Iskandar tu dipandangnya sebelum diambil.

" Thanks."

" Most welcome. Hmmm... saya cari awak lepas makan tadi. Tapi diorang kata awak jalan-jalan dekat pantai. Sebab tu la saya ada dekat sini. Yela awakkan perempuan mana boleh jalan sorang-sorang kang kalau jadi apa-apa." Kata Iskandar yang panjang lebar macam mak nenek. Nenek aku pon tak bebel panjang-panjang.

Erkkkk... tiber je.

Sedapnya aiskrim ni. Bukan aiskrim murah ye. Aiskrim magnum salted macadamia.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now