CHAPTER 10

3.4K 117 7
                                    



I hide my tears when I say your name but the pain in my heart is til the same.



Selepas balik dari hospital, Ell tidak mengkhabarkan berita gembira ini lagi kepada Dani. Dia ingin membuat kejuatan buat suaminya. Tiba-tiba ...

Beep .. Beep

Kedengaran bunyi telefon suaminya Dani menunjukkan mesej masuk. Bunyi air pacut di bilik mandi menandakan Dani sedang mandi. Ell rasa nak buka je wassap yang masuk di telefon suaminya. Dia menjeling kea rah tempat suaminya mandi sebelum mencapai telefon milik Dani.

Menggigil tangannya apabila wassap tersebut dari perempuan kalau tak bukan Amanda!!. Ell membuka wassap yang dihantar oleh Amandaa. Yang ada dalam hatinya sekarang ni hanya cemburu dan sakit hati apabila mengata bahawa

JASMIN :

' Manda dah siap, kalau Adan dah otw call Manda yer'.

Dani nak keluar dengan Manda lagi ke. Tak cukup ke dia ditinggalkan sepanjang malam ibaratkan dia macam mayat hidup dalam rumah tu?. Mata Ell yang kini memandang Dani melilit tuala di pinggangnya. Langkah Dani menuju ke almari untuk mengambil t-shirt bukannya pakaian tidur. Sah la Dani akan keluar dengan Manda.

" Abang nak pergi mana malam-malam nih?" soal Ell.

" Kawan, kawan ajak lepak tadi." Jawab Dani. Dia bergerak ke meja solek untuk merapikan rambutnya yang menampakkan tidak kemas di matanya.

" Takkan malam nih pom abang keluar, boleh katakana setiap malam abnag keluar." Kata Ell dengan muka yang sedih. Dani hanya ketawa sahaja apabila Ell merungut.

" Nak buat macam mana Sayang, kawan abang nak pergi lepak. Katanya lama dah tak jumpa" kata Dani lagi.

Hati Ell menjadi makin remuk apabila Dani terus menipunya. Kenapa Dani berubah dalam sekelip mata apabila dengan kehadiran Amanda? Kenapa? Adakah cintanya dalam diri Dani kian lupus?

Melihat Dani mencari sesuatu. " Abang cari telefon ke?"kata Ell, tergamak abang tipu Ell macam ni. Dani hanya tergaman apatah lagi bila melihat muka Ell makin merah yang tengah tahan menangis. Ell turun dari katil menuju ke Dani.

" Tergamak abang tipu sayang!!!. Kata nak jumpa kawan tapi jumpa Amanda. Penting sangat ke jumpa perempuan tu banding dengan isteri abang. Tinggalkan saya setiap malam semata-mata jumpa dengan AMANDA. What the hell???" marah Ell. Terkedu Dani dengan perbuatan isterinya.

" Bagi balik handphone abang sayang." Pinta Dani lembut.

" Bua tapa ? Nak balas mesej dengan perempuan tak guna tu?" soal Ell dengan sinis. Dani yang menahan amarahnya megetap bibir. Ell dipandang tajam oleh Dani.

" Awak ingat sikit ehh, saya ni suami awak!!"

Ell hanya tergelak dengan kata-kata suaminya itu. " Suami ??? saya taka da suami yang tinggalkan saya tiap-tiap malam semata-mata nak jumpa dengan perempuan tak guna tu." Kata Ell dengan sinis sekali. Kelihatan Dani yang meraup rambutnya.

" Bagi balik telefon saya Aiekha Ellina, malas saya nak gadih dengan awak sekarang ni." Sekali lagi Dani meminta dengan ton yang tinggi. Dengan sekali pantas Dani mengambil telefonnya yang berada di tangan isterinya.

" Saya tak balik malam" habis sahaja Dani menutur tanpa menoleh ke belakang. Ell yang terduduk sambil menutup mulut menahan tangisan selepas kelakuan Dani terhadapnya membuatkan hati perempuannya terluka. 'Sampai hati abang buat Ell macam ni. Ya Allah tolong la hamba mu ini.' Kata Ell dalam hatinya.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now