CHAPTER 18

3.3K 109 1
                                    



My heart is breaking since you went away



" Abang pergi mana? puas adik cari abang." kata Ellina yang menunggu abangnya di bangku hospital. Mujur la dia tak jadi singa sebab tunggu abang dia lama sangat.

" Abang ada hal tadi." Jawab Atiff sambil menggaru kepalanya. Takkan la dia nak bagi tahu adik dia yang dia jumpa Iskandar. Mesti la banyak soal nanti. Baik tutup mulut lagi bagus.

" Oooo.. ok abang. Yela adik tunggu abang lama sangat."

" Sorry dik. Ok jom kita pergi ke kereta. Nak balik dah keii."

" Ok."

Mereka terus menuju ke arah kereta abangnya. Mujur la dia boleh jalan lagi. Ellina syukur juga yang anaknya masih selamat. Walaupun dia benci bapaknya tapi dia takkan benci anak yang dia kandung. Jangan harap nanti dia nak bagi Dani tengok anak dia nanti.

I don't ever care.

.....

Semasa Ell dan abangnya menuju ke kereta. Tiba-tiba...

" Adik tunggu jap abang nak pergi ambil barang ada yang tertinggal dekat dalam bilik tadi. Tunggu dik jangan pergi mana-mana dik." Kata Atiff. Masa ni la abang dia nak tinggal barang segala.

" Ok, abang." Jawab Ellina dengan pasrah. Takkan la dia nak marah abangnya pulak.

Beberapa minit kemudian, muncullah doktor Iskandar. Kebetulan shiffnya baru habis. Dia memandang kelibatan seorang wanita yang dia kenal mula menyapanya. Dia terus menuju ke arah kereta Atiff apabila kelihatan Ellina yang keseorangan.

" Assalamualaikum Lin." Kata Iskandar.

" Ehh .. Walaikumussalam Doktor Ezz buat apa dekat sini??" tanya Ellina.

" Sahaja, kebetulan saya nak balik dah. Mana Atiff?"

" Takkan Atiff tinggal kamu sorang pulak sini. Eii nak kena budak ni. Ada ke tinggalkan ibu mengandung sorang pulak tu." sambung Iskandar lagi. Dah la panas terik tinggalkan Ellina keseorangan dalam keadaan mengandung pulak. Memang nak kena sebiji ni Atiff.

" Along dekat atas kata ambil barang."

" Ohh .. sa..."

PUK !!! PUK !!!

Kedengaran tepukan dari bahagian belakangnya membuatkan kata-kata Iskandar terhenti. Terkejut Ellina dengan Iskandar munculnya seorang lelaki dengan pakaian kemas manakala seorang wanita tua yang kelihatan duduk tepinya dengan tiba-tiba sahaja dengan pandangan yang sinis.

" Mak, Dani dah cakap lepas Dani ceraikan dia masih berhubung dengan lelaki tu. Nampak sangat pompuan sundal." Kata Dani.

" Patut nyer kau ceraikan betina ni dari dulu lagi. Mak dah kata, pompuan nih memang tak baik. Keturunan dia dari dulu jahat, lepas tu pembunuh bapak kamu pulak tu." Kata Puan Rafiadah.

" Mak cik, kata-kata tu biar beradap sikit. Bukan saya nak kurang ajar, tapi saya bukan curang dengan BEKAS BINI dia tapi dia yang curang" backup Iskandar sambil menunjuk ke arah Dani. Mana tak marahnya. Bukan Ellina yang salah tapi anaknya.

Nak selindung kejahatan diri tapi salahkan orang lain.

" Mak, jangan macam ni. Dah la Ell tak kacau Dani dah." Kata Ellina sayu. Dari awal perkahwinan sampailah dia diceraikan mak Dani asyik-asyik cari kesalahan dia. Dia tak tahu nak buat macam mana dah. Kalau umi dia dengar mesti sedih.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now