Bab 57

4K 188 26
                                    

Hello and sorry  for late update 🙏🏻🙏🏻
Enjoy your reading!
Hopefully you guys still get the vibes from previous one 🥺🥺🥺

"Muiz ada hal sebenarnya nak cakap dengan ibu dan ayah." Ujar Muiz sebagai pembuka bicara. Mereka kini sedang menonton drama di televisyen.

"Pasal apa tu?" Soal Encik Adnan, tidak jadi untuk menyisip kopi o. Cawan diletakkan semula ke atas piring.

Puan Azura yang baru mengambil duduk di sofa turut mengalihkan pandangan kepada menantunya.

Muiz bertukar pandang dengan Mikayla. Isterinya mengangguk tanda memberikan kebenaran kepada Muiz untuk meneruskan bicara.

"Kamu ni nak cakap ke tak sebenarnya?" Soal Puan Azura kurang sabar.

"Nak." Jawab Muiz sepatah.

"Kalau taknak cakap biar ibu yang cakap dulu. Ibu dengan ayah pun ada benda nak bagitahu kamu berdua ." Sambung Puan Azura lagi. Nadanya kedengaran agak tegang.

Riak Encik Adnan juga turut berubah dengan ayat isterinya itu.

"You nak cakap pasal apa pula ni?" Soalnya dengan agak keliru.

"You jangan buat-buat tak tahu pula." Marah Puan Azura. Satu jelingan tajam dihadiahkan buat suaminya.

Muiz sudah garu kepala. Mikayla di sebelah dipandang, mahukan jawapan namun isterinya hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

"Takpe bu, kalau ibu rasa benda yang ibu nak sampaikan ni lagi penting, ibu bagitahu la dulu. Muiz ok je." Muiz akhirnya bersuara sebagai tanda mengalah dengan ibu mertuanya selain ingin megurangkan ketengangan antara kedua mertuanya itu.

"Ibu dengan ayah dalam process bercerai." Ujar puan Azura lancar dalam satu nafas.

"Zura!" Sampun Encik Adnan agak kuat. Dia sudah bangun dari sofa.

"Kenapa? Memang betul pun kan I nak cerai dengan you. Sampai bila I nak kena hidup macam ni?" Balas Puan Azura tegas.

"Selagi I hidup, I takkan lepaskan you. Walaupun I sedar I terlalu berikan kebebasan untuk you sampai you jadi macam ni. I sedar silap I. Tapi I taknak jadi suami yang gagal Zura. I nak jadi suami yang terbaik, yang mampu bimbing you semula."

Suasana semakin tegang. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Muiz sudah serba salah di situ. Entah kenapa dia merasakan bahawa dialah punca ketengangan kedua mertuanya.

"Kalau betul you nak yang terbaik, you takkan seksa I macam ni. Kalau betul you sayang I, you takkan ikat I macam ni." Rengus Puan Azura tanda tidak puas hati.

Encik Adnan meraup muka beberapa kali. Jelas terpancar riak terkilan pada wajahnya. Perlahan-lahan dia kembali duduk di sofa.

"Benda boleh bincang kan. Tak manis lah dah tua-tua nak bercerai. I janji I akan cuba jadi suami yang lebih baik buat you." Pujuk Encik Adnan. Sememangnya dia segan dengan Muiz dan Mikayla yang terpaksa menonton pergaduhannya bersama Puan Azura.

"Kalau ibu dan ayah nak terus bergaduh macam ni, ibu ayah teruskanlah. Kay penat. Kay nak rehat." Sampuk Mikayla seraya bangun dari sofa. Sesungguhnya hatinya remuk melihatkan pergaduhan antara kedua ibu bapanya.

Tangan Mikayla dipegang oleh Encik Adnan. Wajahnya yang keruh memandang sayu anak sulungnya itu." Ayah minta maaf. Ayah tak berniat nak keruhkan keadaan macam ni. Tak ada lelaki yang sanggup tengok rumah tangganya sendiri hancur dan lukakan hati anak dan isterinya pada masa yang sama. Mungkin ayah gagal menjadi ketua keluarga yang terbaik." Ujar Encik Adnan sebak.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now