Bab 34

5.5K 219 6
                                    

Usai subuh, Muiz dan Mikayla bersiap-siap untuk check out hotel meskipun badan mereka kepenatan akibat seharian menghabiskan masa di Luna Park dan membeli belah di sekitar Queen Victoria Building dan Surry Hills semalam.

"Weekend je tak cukup lah nak explore Sydney. Kita kena datang lagi next time sebab b nak sangat bawa sayang pergi Bondi Beach dan Blue Mountain." Ujar Muiz seraya duduk di sisi Mikayla di birai katil. Dia sudah selesai membantu Mikayla mengemas beg pakaian mereka dan barangan yang di beli semalam.

Wajah Mikayla bercahaya dengan ayat Muiz. Sesekali short vacay apa salahnya namun tugas mereka sebagai pelajar mungkin membantutkan perkara tersebut. "Tapi kita dua dah busy nanti. I dah nak exam and b pun busy."

"There's always next time, sayang." Balas Muiz sambil mengelus pipi Mikayla. "Manalah tahu, tak dapat baby made in Melbourne but made in Sydney instead. Still made in Aussie apa." Muiz bercakap sambil mengeyitkan mata buat Mikayla menghantar maksud tersirat buat isterinya itu.

Mikayla cepat-cepat menolak pipi Muiz yang memerhatikan wajahnya yang memerah itu. Dia segan dipandang sebegitu.

"Eh.. Eh.. Ada orang blushing lah." Sakat Muiz lalu Mikayla bangun dan katil dan berlalu ke tingkap untuk melihat luar hotel.

Sedar akan tindakan spontan akibat rasa kaget Mikayla, Muiz hanya ketawa geli hati. Hei, Mikayla walaupun dah hampir empat bulan berkahwin dengannya namun masih malu-malu.

"Sayang nak balik hostel terus ke nak balik esok?" Tanya Muiz sebaik memeluk isterinya dari arah belakang. Jari-jemarinya memaut jemari Mikayla. Dagu dilabuhkan di bahu Mikayla.

"Balik rumah dulu lah. Kenalah jenguk kalau-kalau ada orang lain ke dalam rumah tu." Balas Mikayla selamba. Dia sengaja mahu mengenakan Muiz.

Muiz tepuk dahi. "Kalau ada orang lain dalam rumah tu mestilah b takde kat sini. Lebih baik spend time dengan dia." Jawab Muiz.

Mikayla menyiku perut Muiz dari hadapan. "Gatal eh." Ujarnya sambil mengetap rahang.

"Dia yang mula dulu, dia jugalah yang tumbuk orang. Berdosa tau buat macam tu dekat suami." Muiz mulai menakutkan Mikayla.

Segera Mikayla memusingkan badannya dan memeluk Muiz. Kepalanya disandarkan di dada Muiz.

"I minta maaf, I gurau je tadi. Sebenarnya I nak balik rumah sebab nak kemas apa yang patut dengan top up barang dapur. Yalah b boleh buat sendiri tapi I rasa tak best lah lepas tangan macam tu." Jelas Mikayla akan hal yang sebenar.

Muiz sudah tersengih-sengih dengan penjelasan isterinya itu. Mikayla tidak pernah membiarkan peti sejuk dan bekalan mereka berkurang malah dia sudah awal-awal menyediakan bahan untuk Muiz memasak sewaktu ketiadaannya.

Apa yang lagi mengagumkan Muiz ialah sikap Mikayla yang gigih belajar memasak. Setiap hujung minggu dia akan meminta resepi baru daripada mama Muiz, Datin Anis.

Muiz gembira melihat keakraban ibu dan isterinya itu. Dia turut menyedari bahawa Mikayla lebih selesa bersama mamanya berbanding ibunya sendiri. Muiz tidak berani untuk menyentuh topik kerana risau bakal mengganggu emosi isterinya.

Ubun-ubun Mikayla dikucup lembut bagi menzahirkan rasa sayangnya buat isteri tercinta.

"Auch!" Muiz seakan terjerit sebaik Mikayla mengeratkan pelukannya.

"B sakit kat mana?"

"Tempat sayang tumbuk ni lah." Jawabnya sambil tangan kanan menggosok perut di bahagian kanan.

"Ngada-ngadanyaa." Omel Mikayla. "Nak kena lagi sekali tak? Mana tahu terus tak sakit nanti?" Balas Mikayla.

Muiz buat muka.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now