Bab 23

6.3K 269 1
                                    

Kepulangan Muiz disambut mesra oleh Mikayla di muka pintu di mana dia merasa janggal dengan sikap Mikayla yang tiba-tiba itu.

"I masak untuk b malam ni." Ujar Mikayla sewaktu mereka beriringan menaiki tangga namun Muiz tidak membalas apa-apa.

"B dah dinner ke?" Soal Mikayla dengan suara yang mulai kendur sebaik ayatnya tidak mendapat sebarang balasan.

Gigih dia memasak di dapur dengan bantuan Acik Hanim. Meskipun Mikayla hanya memasak masak lemak ketam namun disebabkan itu merupakan kali pertama dan menurut Acik Hanim, menu tersebut merupakan salah satu kegemaran Muiz, Mikayla teruja untuk memasaknya.

"B takde selera la." Balas Muiz perlahan. Perutnya  yang tidak selesa akibat diserang gastrik disebabkan dia tidak makan tengah hari tadi.

"Tapi..." Sampuk Mikayla tergantung apabila kata-katanya bagai diabaikan Muiz sebaik dia berlalu masuk ke dalam bilik air.

"Tapi I masak lauk favourite b." Sambung Mikayla kepada dirinya kerana Muiz sudah meninggalkannya.

Keluar dari bilik air, Muiz memandang Mikayla yang sedang duduk di birai katil.

"Pergilah ambil wudhu'." Ujar Muiz kepada Mikayla yang kelihatan sedang termenung jauh.

Mendengarkan arahan Muiz, Mikayla segera bangun dan bergegas ke bilik air dan mereka solat jemaah bersama kemudiannya.

Mikayla merasa sedikit terkilan apabila Muiz hanya menjamah sedikit masakan yang disediakan olehnya.

"I masak tak sedap ke?" Soal Mikayla sebaik dia masuk ke dalam bilik setelah menghabiskan masa di ruang tamu bersama Melissa.

"Sedap." Jawab Muiz sepatah.

Muiz yang sedang berbaring di atas katil dihampiri. Mikayla duduk di birai katil. Seraya itu Muiz bangun dan bersandar di kepala katil.

"Tapi b makan sikit je. Kalau tak sedap bagitahu la. Next time I improve."

"B dah cakap sedap kan."  Telefon di meja sisi di ambil dan mula bermain game. Dia tidak selesa dengan Mikayla saat ini.

"Hmm." Balas Mikayla sedikit berjauh hati namun dia tidak mahu melayan perasaan. "Tadi b lunch dengan Ian ke?" Soal Mikayla kemudiannya.

Muiz mengeleng bersama senyuman sinis. "Tak. Masa lunch tadi b kenyang sangat dah." Jawabnya selamba. Mata masih dipkukan ke arah skrin telefon.

Mikayla melihat Muiz lama. "Sebab kita singgah McD ke?" Tanya Mikayla lagi.

"Tak."

"Habis tu b makan apa lagi?" Mikayla masih. Ingin tahu kerana menurut Datin Anis, Muiz bukanlah seorang yang akan mengabaikan waktu makan memandangkan dia mempunyai gastrik.

"B makan hati." Jawab Muiz dengan gigi yang diketap.

Mikayla tersentak dengan jawapan yang diberikan. Dahinya berlapis dengan ayat tersebut.

"Well kalau b tak kisah, share la dengan I." Ujar Mikayla dengan nada prihatin.

Muiz hanya merengus perlahan dengan kata-kata Mikayla.

"Kay.. Boleh tak jangan nak acah-acah prihatin bagai dengan I?" Balas Muiz sedikit tegas. Kali ini dia mulai memandang Mikayla tajam.

Hati Mikayla tersentap dengan ayat Muiz.

"B kalau ada masalah dengan orang lain tak payah lah nak lepas dekat I. Ingat takde perasaan ke? Salah ke kalau I jadi prihatin? You're my husband and dah memang tanggungjawab I untuk kisah." Balas Mikayla dengan mata yang mulai berair. Entah kenapa dia menjadi sensitif dengan Muiz.

Epilog Cinta MikaylaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt