Bab 1

24.3K 453 1
                                    

Kesejukan terasa sehingga ke tulang hitam, tambahan pula dengan perut yang berkeriut lapar sedari tadi. Mikayla panggung kepala di meja individu di dalam perpustakaan tersebut.

Padahal perpustakaan ini sudah dilengkapi dengan pemanas namun masih tidak dapat melawan dinginnya musim sejuk di bumi Australia ini. Sah dia melayu tulen kerana tak tahan sejuk.

Sekali lagi perutnya berbunyi dan kali ini mula berkeroncong hebat. Jam dilihat Mikayla seiring dengan dahi yang dikerutkan.

"Patutlah lapar. Dah pukul 3 petang." Ujarnya perlahan kepada diri sendiri.

Laptop dan buku nota dikemas ke dalam backpack sebelum dirinya melangkah keluar dari perpustakaan tersebut.

Langkah diayun dengan pantas kerana tidak mahu berlama-lama di luar malahan dengan cara ini sahaja dia dapat memanaskan badan.

Terasa ada getaran di dalam poket jeans miliknya. Tangan segera menggapai telefon di poket kanan. Nama Iris terpampang sebagai pemanggil. Segera telefon dilekapkan ke telinga.

"Hello." Ujar Mikayla sepatah.

Sekilas sahaja dia merasa dunianya berpinar dan sedar tak sedar dia sudah terduduk di atas tangga.

"Careful!" Ujar satu suara yang kedengaran sedikit cemas.

Kepala didongakkan untuk memandang tuan punya suara yang wajahnya berada beberapa inci sahaja dari wajah Mikayla.

Mikayla telan liur beberapa kali. Mata turut terbuntang luas seiring dengan liur yang ditelan.

Lelaki itu!

Wajah kacak itu dijauhkan sedikit dari Mikayla dan dia bangun sambil mengemaskan pegangan tangan untuk membantu Mikayla bangun.

Meskipun mereka hanya bertentang mata untuk beberapa ketika, jantung Mikayla tetap berdetak hebat dan dia turut merasakan dunia seakan terhenti seketika bagi memberi perluang untuk mereka menghayati saat istimewa itu.

Sedar akan Iris yang masih setia di ganggang, Mikayla melekapkan telefon ke telinga semula.

"Babe kejap lagi I call you balik." Ujarnya senafas dan segera mematikan panggilan tanpa menunggu balasan dari Iris.

"Malay?" Soal lelaki itu sepatah.

"Y-yes." Balasnya teragak-agak.

"Huhh. Senang sikit. Lainkali you jalan tengok depan la. Ni tak, mata ke mana, fikiran ke mana, kaki pun tak tahu melangkah ke mana. Tadi tu nasib baik I ada je tau.. Kalau tak, boleh patah riuk tulang you. Free-free macam tu je. Tak pasal-pasal masuk hospital pula." Bebelnya sambil mengeleng beberapa kali.

Mikayla terdiam mendengarkan bebelan lelaki tersebut. Seriously dia tanya aku malay ke tak sebab nak membebel je ke? Meskipun dia membebel, namun bebelan tersebut kedengaran bagaikan melodi indah yang menyapa gegendang telinganya.

Mikayla garu kepala memikirkan kemungkinan itu.

"Berangan pulak dah!" Cantas figura di hadapannya.

"Sorry." Ucap Mikayla tiba-tiba sambil memandang lantai. Dia malu sebenarnya.

"It's okay. Just be careful next time. Good luck won't always be with you." Pesannya dengan lagak serius.

"Thanks Muiz." Balas Mikayla tanpa sedar.

🌸🌸🌸
Sebaik sahaja terdengarkan ayat yang diutarakan oleh gadis di hadapannya. Muiz tidak jadi untuk berlalu.

"So you know me?" Soalnya dengan dahi yang sedikit berkerut.

Mikayla hanya mampu untuk menelan air liur. Macam manalah dia boleh terlepas cakap tadi. Bibir bawah diketap perlahan.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now