Bab 40

6.2K 230 5
                                    

Usai solat subuh, Muiz berbaring di atas riba Mikayla yang masih lengkap dengan telekung solat.

"Baby ok pagi ni?" Soalnya sebelum mengucup perut Mikayla dibalik telekung.

Mikayla tergelak halus. "Alhamdulillah, baby ok sebab daddy kan ada dengan dia."

Mikayla pelik kerana dirinya sihat sahaja sekiranya Muiz ada bersama. Sesekali dia merasa loya namun semuanya baik saja.

"Sayang, jom kita mengaji. B ada baca haritu, kita digalakkan untuk baca Surah Yusuf dengan Surah Mariam masa mengandung ni." Ajak Muiz.

Mikayla sudah ketap bibir. Pandangannya dialihkan ke tempat lain.

"Sayang?" Panggil Muiz sekali.

"Hmm. Boleh. Anything yang bagus untuk baby kita I ikut je cuma kalau mengaji I merangkak sikit. B tolong eh?" Balas Mikayla dengan perasaan segan. Jarang benar dia mengaji Al-Quran sehinggakan bacaannya juga mulai merangkak-rangkak.

Muiz memandang isterinya yang memberikan jawapan jujur itu. Sekali lagi dia ditimpanrasa bersalah kerana tidak mampu melakukan hal yang sama buat Mikayla.

"Takpe sayang. B baca lepas tu sayang follow." Balas Muiz sambil bangun dari riba Mikayla.

Dia mengambil dua buah Al-Quran dan mulai membaca Surah Yusuf dengan diikuti oleh Mikayla.

Bilik mereka bergema dengan alunan suara merdu Muiz dan Mikayla mengaji.

"Kita baca satu dulu ok? Lepas Maghrib nanti pula kita mengaji." Ujar Muiz setelah seleai membaca Surah Yusuf.

Dahi Mikayla dikucup lama.

"B rasa beruntung sangat sebab sayang jadi isteri  b. Tap b rasa lebih beruntung sebab anak-anak kita nanti dapat sayang jadi mommy diorang." Ucapnya perlahan buat Mikayla.

"I pun beruntung sebab dapat b. The greatest gift in my life." Balas Mikayla.

Muiz menyimpan Al-Quran di atas rak dan membantu Mikayla menyimpan telekung solat.

"B ada nak pergi mana-mana tak hari ni?" Soal Mikayla setelah duduk di birai katil.

"Ingat nak pergi studio jap. Lagipun Ian kata ada orang booking studio dan ada dua slot photoshoot hari ni. Saja lah nak tengok." Balas Muiz memberitahu rancangannya. Dia turut duduk di birai katil di sisi Mikayla.

Mikayla memaut lengan Muiz sebelum membalas. "I nak ikut boleh tak b? I janji I tak kacau b buat kerja." Pintanya. Dia tidak pernah menjejakkan kaki studio Muiz yang dimiliki bersama dengan Ian itu kerana dia sibuk dengan kerja di butik sebelum ini.

"Bukan b taknak bagi tapi takut sayang boring nanti. In case b kena tolong ke apa, dah tak boleh nak layan sayang." Halang Muiz.

Entah kenapa dia merasa tidak sedap hati dengan permintaan Mikayla itu. Sebolehnya dia hanya mahu Mikayla berehat di rumah.

Wajah Mikayla berubah keruh. Dia disapa rasa sedih kerana permintaan kecilnya itu tidak dilayan oleh Muiz.

"Duduk rumah takde b lagi bosan." Rengek Mikayla. Pegangan di lengan Muiz dileraikan.

Muiz mengerling Mikayla yang sudah merajuk di sisi. Dia tidak betah melihat isterinya kecewa.

"Ok, sayang ikut b. Tapi nanti jangan marah kalau bosan." Ujar Muiz akhirnya mengalah dengan Mikayla.

"Takpela b pergilah studio, biar I pergi butik kakak." Balas Mikayla dengan rajuk yang masih kedengaran.

Muiz mengeluh perlahan. "Sure then. Sayang siap-siap dulu. B drop sayang dekat sana before pergi studio lepas ni." Jawab Muiz mengiakan sahaja permintaan Mikayla. Dia malas mahu membantah apa yang diperkatakan oleh isterinya.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now