Bab 37

5.6K 221 1
                                    

Muiz hanya memandang Mikayla yang sedang duduk di sofa. Isterinya sudah hampir sejam termenung jauh. Terbit rasa kasihan dan bersalah di dalam hatinya.

Tidak betah dengan kesunyian antara mereka, Muiz akhirnya duduk di sebelah Mikayla. Tangan menghulur kacang gajus kegemaran Mikayla.

"Sayang betul-betul nak balik ke?" Soalnya sambil memegang tangan Mikayla.

Soalan Muiz mengundang rengusan oleh Mikayla.
"B tak payah tanya lah. Bukan nak bagi pun kalau I cakap betul-betul nak balik." Balas Mikayla berjauh hati.

Tangan Mikayla gigih menekan remote untuk memilih rancangan kegemarannya di Netflix.

"Bukan b taknak bagi, tapi b risau je. Lagipun sayang nak tinggal b sorang-sorang dekat sini?"

Ayat Muiz mampu membuatkan Mikayla berpaling kepadanya. "Berapa hari je kan." Balas Mikayla sudah malas mahu memujuk Muiz. Dia tahu segala hujahnya tidak akan dilayan Muiz dengan keadaan dirinya sekarang.

Ingatannya mulai terimbau akan kejadian hujung minggu lalu. Bangun sahaja tidur, Mikayla nekad mahu membuat ujian kehamilan kerana periodnya sudah hampir sebulan lambat.

Dia menunggu di dalam debar dan sempat Mikayla mundar-mandir di dalam bilik air sehinggalah alat ujian tersebut menunjukkan dua line.

Mikayla hampir terlopong dengan apa yang dilihatnya. Separuh dirinya seakan tidak percaya apa yang dilihat itu.

"Alhamdulillah Ya Alalh." Desisnya perlahan.

Perut diusap perlahan. "There's a baby inside me. Daddy mesti happy bila tahu. Mommy pun tak sabar nak jumpa sayang." Ujar Mikayla dalam keadaan sebak. Dia menangis kegembiraan di hadapan cermin.

Pintu diketuk dari luar dan kedengaran Muiz memanggil-manggil Mikayla di balik pintu.

"Sayang tak siap lagi ke? Mandi ke kat dalam tu? Subuh dah nak habis ni."

Lantas Mikayla membuka pintu bilik air dengan wajah sendu dan tangisan yang tersisa. Muiz kaget melihat isterinya itu.

"Kenapa ni?" Soalnya penuh prihatin.

"B.." Panggilnya dalam sendu. Wajah Muiz dipandang tunak. "I'm pregnant." Ujarnya lancar.

"Hah?! Yeke sayang?" Balas Muiz agak terkejut. Mikayla dipeluk erat dan isterinya itu diangkat serta diayunkan dengan gembira.

"B.." Bahu Muiz ditepuk sedikit kuat oleh Mikayla. "Baby kita nanti tersepit b buat macam ni." Marahnya sebelum Muiz menurunkannya semula.

"Sorry sayang. Excited sikit." Balasnya dengan sengihan. Dahi Mikayla dikucup lama. "Thanks sayang." Ucap Muiz sambil mengusap perut Mikayla perlahan.

"Alaa dah kena ambil wudhu lain." Bebel Mikayla sebaik menyedari mereka bersentuhan seketika tadi.

"Sayang?" Teguran Muiz menghentikan lamunan Mikayla. Muiz disebelah dipandang.

Badan Mikayla ditarik menghampirinya dan kepala Mikayla diletakkan di dada Muiz. Rambutnya diusap perlahan.

"B izinkan sayang balik." Muiz akhirnya menyuarakan keputusannya. Dia kasihankan Mikayla yang monyok disebabkan dirinya tidak membenarkan Mikayla pulang sendirian.

"Really?" Mikayla mendongakkan kepalanya untuk memandang Muiz. Dahi dikerutkan tanda tidak percaya.

Anggukan Muiz dibalas dengan pelukan erat oleh Mikayla. Dia kemudiannya mengucup pipi Muiz bertubi-tubi.

Tindakan Mikayla mengundang tawa Muiz. "Amboi, bukan main eh?" Ujarnya dalam tawa.

"Thanks b." Ucap Mikayal benar-benar terharu.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now