Bab 53

6.2K 227 13
                                    

Keadaan sekeliling yang serba putih serta disinari cahaya dari tingkap menyilaukan pandangan. Tekaknya juga terasa sangat perit.

Liur ditelan perlahan bagi menghilangkan perit serta dahaga. Sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri juga dia tidak tahu.

“Kay..” Desisnya perlahan. Cukup untuk didengari telinganya sahaja.

“She’s not here.” Cantas satu suara.

Syahir menoleh ke kanan. Kelihatan Muiz yang sedang berpeluk tubuh berhampiran pintu wad.

Perasaan bersalah menimpa Syahir bertalu-talu. Dia menelan liur sebelum kembali bersuara. Entah kenapa berhadapan dengan Muiz saat ini menggentarkan Syahir. Dia terasa begitu kerdil.

“Aku nak.. Jumpa dia.” Pinta Syahir mencuba nasib. Dia benar-benar mahu berjumpa dan meminta ampun daripada Mikayla.

“Ok.” Balas Muiz sepatah.

“Kau tak marah?” Tanya Syahir seakan tidak percaya. Wajah Muiz yang kelihatan berserabut itu dipandang tunak.

“Tak. Tapi kena tunggu doktor check kau dulu. Esok aku bawa kau jumpa dia."

🌸🌸🌸

Muiz menolak kerusi roda milik Syahir ke arah wad yang menempatkan Mikayla. Isterinya sedang tidur sewaktu dia menjenguk Syahir seketika tadi.

Pintu dikuak dari luar dan kelihatan Mikayla yang sudah terjaga dari lena. Dia sedang memeriksa telefon bimbit miliknya.

"B pergi mana?" Soal Mikayla seraya menoleh ke arah pintu dengan senyuman namun senyumannya mati sebaik sahaja melihat Syahir yang turut ada bersama suaminya.

"Kenapa bawa dia datang sini? I taknak jumpa dia. B hantar dia balik." ujar Mikayla keras. Dia tidak mahu berjumpa Syahir. Tambahan pula setelah apa yang berlaku.

Muiz beralih ke arah Mikayla. Bahu isterinya dirangkul dan diusap lembut.

"Sayang jangan macam ni please? Dia datang sini sebab nak minta maaf dengan sayang je. B janji, lepas ni dia takkan cari atau kacau sayang dah. Now, dia nak minta maaf je. Sayang nak maafkan ke tak, b takkan halang or cakap apa-apa. That's your right." Pujuk Muiz. Sedar bahawa emosi Mikayla masih belum stabil.

Wajah Muiz dipandang lama. Tubir mata Mikayla mula terasa panas. "How I wish I boleh jadi macam b, tapi I tak boleh. I tak boleh tengok muka Syahir. I benci dia b, hati I dah takde ruang untuk maafkan dia." Ujar Mikayla perlahan namun masih mampu untuk didengari oleh Syahir.

Muiz bertukar pandang dengan Syahir yang kelihatan agak tersinggung dengan kenyataan Mikayla.

"It's okay Kay. I sedar yang I banyak buat silap dengan you. Walaupun you takkan maafkan I, I redha Kay dan I juga tahu satu hari nanti hati you akan terbuka juga untuk maafkan I. Sebab you baik, hati you ikhlas Kay. " Balas Syahir sayu. Muiz yang sedang memeluk Mikayla dipandang.

"Muiz hantar aku balik boleh?" Pintanya kerana tangannya masih sakit untuk menggerakkan sendiri kerusi roda tersebut.

"Sayang, b hantar Syahir balik wad dia eh?"

Mikayla cuma mengangguk.

Muiz kembali dalam masa sepuluh minit. Dia segera duduk di birai katil bersama Mikayla.

"Sayang ok? Nak apa-apa tak?"

Mikayla mengeleng perlahan. Wajah keruh suaminya dipandang tunak. Pipi Muiz diusap perlahan. "B ok?" Soal Mikayla risau. Muiz hanya melayannya bagaikan tiada apa yang berlaku sedangkan kejadian ngeri itu baru sahaja berlaku dua hari lepas.

Muiz menayang senyum nipis. "Ok." Jawabnya sepatah.

"I minta maaf. I sedar I bodoh sebab senan terjerat dengan perangkap Izzy." Ujar Mikayla perlahan. Dia masih setia memandang wajah tanpa perasaan Muiz yang mulai berubah riak.

"Let's not talk about this." Cantas Muiz tegas sekaligus memeranjatkan Mikayla.

"B.." Panggil Mikayla seraya memegang bahu Muiz. "You can always talk to me." Pujuk Mikayla namun Muiz segera bangun dari katil.

"B pergi convenient store jap." Muiz memberitahu tanpa memandang Mikayla.

Belum sempat Muiz berlalu, tangannya sudah disambar oleh isterinya. "Don't go." Rintih Mikayla perlahan. "I need you here."

"I'm not going anywhere."

"B ingat tak b pernah cakap yang running away from our problem won't solve any? I rasa I akan lagi lega kalau b marah I daripada b terus diam dan buat macam takde apa yang jadi. It feels so wrong." Sambung Mikayla sambil tangannya menarik kembali Muiz untuk duduk di sisinya.

Badan Muiz langsung tidak berganjak. Dia sengaja mengeraskan dirinya namun wajahnya dipalingkan sedikit untuk memandang riak pilu sang isteri.

"You want me to be mad at you? For what? To hurt you even more? I should be mad at myself. For not being there when my wife needed me the most. Bukan sekali sayang, tapi dua kali. I almost lost you twice! Sayang nak b buat apa? I don't think I should blame or be mad at you. I should be grateful instead. Sayang tahu kenapa? Sebab Allah masih lagi bagi b peluang untuk jadi suami sayang. It's more than enough." Muiz mulai teresak perlahan. Wajahnya dipalingkan semula dari terus memandang Mikayla.

Mikayla sudah lencun dengan airmata. Kata-kata Muiz benar-benar meruntun hatinya.

"I janji lepas ni I takkan buat benda bodoh dan buat b risau lagi. I don't want to lose you as much as you do." Jawab Mikayla seraya bangun dari katil. Badan Muiz dihampiri dan dia memeluk suaminya dari arah belakang. Kepala Mikayla sandarkan ke belakang Muiz.

Nafas Muiz terasa memberat dan Mikayla sedar bahawa suaminya itu sedang menahan rasa sebak dan mencuba sedaya upaya untuk tidak menangia di hadapan Mikayla.

"I tahu I bukanlah isteri sempurna untuk b, I sslalu buat b risau. Tapi I janji, I akan jadi isteri yang lebih baik lepas ni. Thanks b sebab selalu utamakan I dan sanggup berkorban untuk I" Bisik Mikayla perlahan.

Men need to be comfort too. They were born to be tough but their heart can be fragile too.

Tangan kiri Mikayla dicapai dan dicium lembut. "I know sayang. You always be a good wife to me. Nasib je yang tak menyebelahi kita.

Muiz memalingkan badannya dan isterinya dipeluk erat. Kolam air mata Muiz mulai pecah dan dia terhinggut-hinggut di bahu Mikayla.

Mikayla cuma menenangkan Muiz dengan menggosok belakang suaminya itu.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now