Bab 30

7K 266 3
                                    

Zaim dengan rela hati menawarkan diri untuk menemani ibunya ke butik Mia untuk mengambil pakaian yang ditempah sempena majlis perkahwinan adiknya.

Matanya sedari tadi melilau mencari kelibat Mikayla namun gadis tersebut langsung tidak kelihatan.

"Mikayla dah tak kerja sini ke Mia?" Soal Zaim sebaik ibunya selesai berbual dengan Mia dan membelek pakaian yang tergantung.

Mia menguntum senyum sebelum menjawab soalan Zaim. "Kay tu part time je haritu masa cuti sem. Sekarang dia dah masuk belajar balik." Jawab Mia menjelaskan keadaan sebenar.

Zaim mengangguk faham meskipun hatinya sedikit kecewa dengan jawapan yang diperoleh daripada Mia.

Sudahlah Mikayla merupakan seorang yang tidak membalas mesej. Sudah beberapa kali Zaim mencuba nasib dengan menghantar mesej Whatsapp buat Mikayla namun mesejnya hanya diberikan bluetick sahaja. Hanya sekali mesejnya dibalas, itu pun sewaktu Zaim beberikan locarion workshop sebelum ini.

Jual mahal betul.

"So dia memang takkan kerja dekat sini lah kan?" Soal Zaim dengan harapan yang masih tersisa.

Mia teragak-agak sebelum menjawab. "Yang tu tak pasti lah pula. Tapi kalau dia nak kerja nanti kami terima je dengan hati yang terbuka. Indirectly dia pun ada hak dengan bisnes ni." Balasnya sekaligus memberikan Zaim harapan kerana Mikayla mungkin akan kembali bekerja di situ.

"Wait. Apa maksud you dia pun ada hak?" Tanya Zaim tidak memahami maksud Mia.

Mia duduk di kerusi berhampiran kaunter pembayaran. Dia yang cepat penat dan tidak boleh berdiri lama disebabkan perutnya yang semakin membesar.

"She's a family."

Dahi Zaim berkerut dengan jawapan Mia. Setahunya Mia memang mempunyai adik perempuan namun dia yakin bahawa bukan Mikayla adik Mia kerana anak bongsu Datin Anis bernama Melissa.

"Maksud you? Dia bukan adik you kan? I kenal adik you." Soal Zaim dengan yakin. Dia pernah terjumpa Melissa di beberapa majlis sebelum ini dan wajah Melissa sangat jauh berbeza berbanding Mikayla.

"She is." Jawab Mia dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir.

"Maksudnya?" Zaim memandang Mia tunak. Dia inginkan jawapan disebalik ayat Mia.

"Dia adik ipar I."

Ayat Mia mampu membuatkan jantung Zaim seakan terhenti. Dia seolah-olah ditampar realiti yang maha hebat.

Adik ipar atau dalam erti kata lain Mikayla sudah berkahwin. Patutlah setiap kali dia menghantar mesej, dirinya langsung tidak dilayan.

Jawapan kepada kemusykilan sewaktu di lapangan terbang beberapa bulan yang lalu juga turut terjawab.

Zaim tersalah jatuh cinta rupanya. Gadis yang diangankan untuk dijadikan sebagai suri hari rupanya sudah menjadi milik orang. Silapnya juga tidak menyiasat terlebih dahulu. Namun Mikayla sendiri tidak pernah memberitahu bahawa dirinya sudah berkahwin.

🌸🌸🌸

Muiz kebosanan di rumah. Entah apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Mikayla di hostel. Niat dihati mahu sahaja dia menyuruh Mikayla tinggal disitu namun dia perlu bertoleransi dengan Mikayla yang awal-awal sudah memberitahunya bahawa dia mempunyai banyak kerja minggu ini.

"Tiga hari je Muiz." Dia memujuk dirinya sendiri sambil dada diurut perlahan. Entah kenapa perasaan rindunya kepada Mikayla membuak-buak kali ini walaupun dia baru sahaja berjumpa Mikayla tengah hari tadi untuk makan bersama.

Macam ni agaknya orang panggil angau bercinta.

Muiz ketawa dengan teori yang difikirkan itu.

Heh duduk sorang lama-lama boleh jadi sasau.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now