Bab 43

5.8K 302 28
                                    

Mikayla tersedar dari tidur dengan melihat kepala Muiz terlentok di lengannya. Tangan kanan Mikayla digenggam erat oleh Muiz. Tangan kiri Mikayla kemudiannya mengusap rambut Muiz yang kelihatan agak serabut.

"B.." Panggil Mikayla lembut. Pipi Muiz kemudiannya dielus.

Tiada respons.

Hidung mancung Muiz ditarik perlahan.

"B bangunlah." Panggil Mikayla lagi namun kali ini suaranya dikuatkan sedikit. Bahu Muiz turut digoncang untuk menyedarkan suaminya.

Muiz akhirnya sedar dengan mata mengantuk yang teramat sangat. Mikayla dipandang dengan mata yang memberat.

"B dah solat subuh?"

Pantas Muiz mengeleng. Matanya digenyeh sebelum tangan dihulur untuk mencapai telefon di atas meja sisi katil.

"Dah nak pukul 7. Nanti sambunglah tidur balik." Ujar Mikayla sebelum Muiz melihat jam telefonnya.

Muiz bangun dan dahi Mikayla dicium. "Morning sayang." Ucapnya dengan suara yang sedikit serak.

Ekor mata Mikayla menuruti langkah Muiz ke bilik air. Dia setia menunggu sehingga Muiz keluar.

"Sayang tidur lah dulu. Awal lagi ni."

"Takpe."

Usai solat subuh, Muiz kembali duduk di sisi katil Mikayla. Wajah mengantuk dan keletihan Muiz dipandang Mikayla.

"Kenapa tak tidur atas sofa?" Soal Mikayla penuh prihatin.

Muiz senyum nipis. "B takut kalau sayang kejutkan b tak dengar nanti." Jawab Muiz jujur.

"Hmm b tidur atas katil la." Ajak Mikayla. Ruang di sisinya ditepuk.

Muiz mengerutkan dahi.

"Idea apa ni sayang? Nurse masuk kejap lagi tak pasal-pasal kena marah. Takpelah b tidur atas sofa." Muiz akhirnya mengalah. Rasa kantuk sudah tidak mampu ditahan. Dia baru boleh melelapkan mata ketika jam menujukkan empat pagi.

"Ok. B tidurlah dulu. Apa-apa nanti I panggil." Dia akhirnya setuju.

🌸🌸🌸

Izzy:
Babe, remember him? He's so smoking hot Kay! 🔥🔥 Didn't know that he's a VIP here.

Mikayla:
Guess I've met him somewhere in the campus but I don't know. Who is he?

Izzy:
I thought that you remember him..

Mikayla:
No I don't 😅

Muiz yang masih nyenyak tidur diperhatikan lama. Mesej daripada Izzy masih bermain-main di fikirannya.

Sekali lagi telefon dikeluarkan dan mesej tersebut dibaca. Gambar yang disertakan bersama si zoom beberapa kali. Skrin telefon dan wajah Muiz dipandang secara bergilir disulami rasa yang mulai berbaur.

Hati Mikayla menolak apa yang dilihatnya namun logik akalnya sedar bahawa apa yang terpampang itu adalah benar.

Kedatangan doktor menghentikan lamunan Mikayla. Dia memandang Muiz yang sedang tidur di sofa dan Mikayla menegah doktor tersebut dari mengejutkan Muiz. Bukannya Mikayla tidak tahu Muiz tidur lambat semalam. Beberapa kali dia tersedar dan suaminya masih berjaga.

Semuanya baik-baik sahaja malah dia sudah boleh discharge namun Mikayla diminta untuk lebih banyak berehat.

Mikayla mengangguk faham dengan apa yang diperkatakan oleh doktor itu.

Epilog Cinta MikaylaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora