Bab 50

5.4K 219 19
                                    

Hari sudah mulai gelap sewaktu Muiz tiba di perkarangan apartmentnya. Hatinya dipagut rasa tidak sedap hati sebaik melihat kereta miliknya tiada di tempat letak kereta.

'Kay park tempat lain kut.' Hatinya masih bersangka baik meski akalnya menolak hebat.

Tidak mungkin isterinya meletakkan kereta di tempat lain sedangkan semua penghuni di situ tidak akan mengambil tempat letak mereta milik orang lain sesuka hati. Tambahan pula kotak parking milik mereka kosong. Bukannya diletakkan dengan kenderaan lain.

"Would you mind to wait here? I'll be right back in ten minutes or so.."Tanya Muiz kepada rakannya.

"Okay sure." Jawab Eric dengan senyuman.

Muiz bergegas keluar dari kereta bersama backpck dan m soemanjat tangga ke rumah mereka di tingkat dua. Pintu rumah dibuka dan seluruh rumah gelap gelita tanpa sebarang cahaya. 

Jantung Muiz mulai berdebar hebat.

"Sayang?!"

"Sayang kat mana?"

Panggil Muiz beberapa kali. Hatinya yakin bahawa isterinya tiada di rumah namun secebis harapan masih tersisa dan mengharap bahawa Mikayla ada di situ.

Langsung tiada sahutan dari Mikayla. Muiz sudah mengalah untuk mencarinya di situ.

Telefon yang kehabisan bateri dicucuh ke arah pengecas yang sedia terdapat di dalam bilik tidur sementara Muiz mencari powerbank milik Mikayla di dalam sling bag yang selalu isteriya bawa ke kelas. Powerbank milik Mikayla diambil memandangkan kepunyaan Muiz sudah habis digunakan.

Chat Mikayla dibuka dan terdapat tiga deleted message daripada isterinya sebelum masuk mesej lain kemudiannya.

Mikayla:
Kay teman kawan dekat hostel malam ni. Ada emergency. Sorry sayang tak dapat tunggu sampai you balik.

Mesej Mikayla dibaca beberapa kali dengan dahi yang berkerut. Tangan Muiz mulai menekan keyboard untuk membalas mesej isterinya.

Muiz:
It's okay. So esok balik pukul berapa?

Nombor Ian di dail dan panggilan Muiz hanya berjawab setelah tiga kali mencuba. Muiz sudah mundar-mandir kerana gelisah.

"Bro apasal? Aku solat asar tadi. Baru sampai rumah." Ujar Ian sebaik panggilan bersambung.

"Aku nak minta tolong kau sikit." Jawab Muiz dengan lagak tenang. Dia kini sudah duduk di birai katil.

"Go on." Balas Ian di hujung talian.

🌸🌸🌸

Iphone milik Mikayla dipandang dengan ekor mata. Mesej yang diterima daripada Muiz hanya dilihat sekilas di pop up notifikasi.

Terbit senyuman sinis dibibirnya. Tanda kemenangan.

"Bodoh." Desisnya kuat dan diikuti dengan ketawa kemudiannya. Tawanya kini disambut oleh lelaki yang berada di belakangnya.

"You sound so happy. Anything to share sayang?" Tegur suara kesayangannya sambil memeluk erat pinggangnya dari belakang. Batang leher miliknya kemudiannya dikucup lembut oleh lelaki tersebut.

"I ingatkan Mikayla je yang naif, rupanya suami dia dua kali lima. Bukan naif je, tapi bodoh sekali. Macam ni senanglah kerja kita sayang." Ujar Izzy dengan nada teruja.

Ya dia menelefon Mikayla dengan tujuan untuk memerangkap rakannya itu dan apa yang lebih memeranjatkan Izzy, Mikayla tidak berfikir panjang sebelum muncul menyerah diri.

"Idea you memang brilliant sayang but why here?" Soal Syahir sewaktu memusingkan badan Izzy untuk menghadapnya.

"Orang takkan anggap benda macam ni suspicious kalau dekat sini. And yet we don't really have any other option though." Balas Izzy selamba.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now