Bab 4

6.9K 299 0
                                    

"Muiz! Muiz!" Panggil Melissa sambil berlari anak keluar dari dalam biliknya dan masuk ke bilik Muiz kemudiannya. Muiz yang sedang leka menghadap nota untuk kertas peperiksaan terakhirnya lusa terkejut dengan tindakan Melissa.

"Kenapa?" Soalnya sambil bingkas bangun dari kerusi di meja belajar. Diri Melissa dihampiri.
Telefon di tangannya dihulurkan buat Muiz.
Skrin yang sudah gelap dibuka olehnya.

Terpampang gambar Mikayla yang sedang duduk di sebelah lelaki dalam lingkungan lewat 30-an di dalam kelab malam.

"Is she the one yang Muiz tanya hari tu?" Soal Melissa.

Muiz yang terkejut dengan apa yang dilihatnya tidak dapat memproses persoalan Melissa. Dirinya seakan tidak dapat menerima apa yang baru dilihatnya.

"Kat mana ni?" Tanya Muiz kemudiannya.

"Escapade."

"Macam mana Mel boleh ada gambar ni?" Soal Muiz lagi.

"Tadi classmate Mel bagi sebab dia nampak Izzy dekat sini. Lepas tu Mel terperasankan yang Kay ni ada sekali." Jawab Melissa sambil menarik skrin menunjukkan gambar asal yang sudah dizoom untuk melihat Mikayla seketika tadi.

Niat asalnya mahu menanya Muiz adakah itu Mikayla yang ditanya Muiz sebelum ni.

"Mel tak sangka lah yang dia jadi gro sebenarnya. Izzy tu memanglah social sikit so Mel tak pelik sangat tapi Kay ni macam nerdy sikit tau. Sekali tengok pakai top tank and skirt pendek macam ni rasa nak je pergi tengok sendiri sebab tak percaya. Tapi muka dia tak nampak happy pun duduk sebelah pakcik tua tu." Omel Melissa sambil melihat semula gambar di dalam telefonnya.

"Muiz rasa kan.. Ehh?" Melissa yang baru sahaja ingin menyoal Muiz terkejut kerana kembarnya itu sudah tiada di kerusi dan sebaik berpaling, dia dapat melihat Muiz yang berdiri di hadapan almari pakaian.

"Eh siap-siap ni nak pergi mana?" Soal Melissa yang terkejut dengan Muiz yang sedang memakai jaket coklat gelap diluar t-shirt putih bersama jeans hitam.

Melissa yang kebingungan hanya mengikuti Muiz ke muka pintu.

"I wanna see it myself." Balas Muiz sambil mengambil kunci kereta. "Mel jaga diri. Kunci pintu lepas Muiz keluar nanti." Pesannya sambil menyauk kasut Nike.

"Err. Okey." Jawab Melissa mengiakan meskipun dia masih bingung dengan sikap Muiz.

🌸🌸🌸
Berkali-kali Muiz cuba menelefon Mikayla namun langsung tidak berjawab. Hatinya mula berasa berang kerana apa yang dilihatnya seketika tadi mungkin betul.

Mesej kemudiannya ditaip.

You kat mana?

Tiada jawapan.

"Arghh!" Jeritnya sedikit kuat sambil menghentak stereng kereta.

"Someone please tell me this is not true."

"Someone please tell me this is not true."

"Someone please tell me this is not true."

Muiz mengulang ayat tersebut beberapa kali seolah-olah sedang membaca mantera.

"Why should I care about her? Entah-entah dia dah lama buat kerja terkutuk tu." Omel Muiz perlahan.

Sedar tak sedar, dia kini sudah berada di hadapan kelab malam yang bernama Escapade itu.

Jarinya dilekapkan di dahi, memicit-micit kepala yang terasa sakit tiba-tiba. Tangan kirinya menelefon Mikayla sekali lagi sebelum dia nekad melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now