Bab 17

6.3K 261 0
                                    

"Nak balik dah?" Soal Puan Azura tanpa perasaan. Dia hanya memerhatikan anak menantunya memasukkan barangan ke dalam bonet kereta sedari tadi.

"Ya ibu. Muiz ada kerja sikit. Lagipun Kay lusa dah mula kerja dengan kakak." Jawab Muiz lembut meskipun beberapa hari ini ibu mertuanya hanya melayannya secara endah tak endah sahaja.

Jawapan daripada mulut Muiz mengundang rengusan di bibir Puan Azura. Tak pasal-pasal lepas kahwin dengan Muiz anak dia nak kena kerja pula.

Ingatkan makin senang tapi nampak gayanya anaknya makin susah.

"Nanti Kay balik lagi bu." Sampuk Mikayla sebaik menghidu suasana tegang antara Muiz dan ibunya.

"Yalah. Dah kahwin tu jangan lupa ibu ayah pula." Balasnya mendatar. Sempat Mikayla dijeling sekilas.

"Kami pergi dulu ya ayah." Muiz meminta diri dari bapa mertuanya. Tangan dihulur untuk bersalaman.

"Bawa kereta elok-elok. Dah sampai nanti call ayah." Pesan Encik Zakaria kepada menantunya.

"InshaAllah ayah. Kami minta diri dulu ibu." Balasnya sambil beralih untuk bersalaman dengan ibu Mikayla pula.

Puan Azura hanya memghulurkan hujung jari untuk disalam oleh Muiz. Tindakannya itu sedikit sebanyak menyinggung perasaan Muiz.

"Kay nanti kelik sokmo la sini. Payah sungguh nah nek nak buleh jupo ngan cucu sorang ni." Ujar nenek Mikayla sewaktu bersalaman dengannya.

"Nanti sebelum balik Australia kami balik lagi." Janji Muiz.

Selesai bersalaman, Muiz dan Mikayla masuk ke dalam Honda City yang sudah dipanaskan seketika tadi.

"Muiz nanti kalau you penat bagitahu lah I. Kita rotate drive." Ujar Mikayla sebaik perjalanan dimulakan.

"It's okay. You teman I je ok? I still need to know you better." Balas Muiz seraya memalingkan wajah untuk memandang Mikayla di sebelah.

Sudah tiga hari mereka bergelar suami isteri namun tidak ada bezanya dengan keadaan mereka sebelum berkahwin melainkan mereka sudah tidak lagi bertegang urat.

"Muiz berhenti jap!" Arah Mikayla kuat. Paha Muiz di sebelah ditepuk beberapa kali.

"Kenapa Kay?" Soalnya panik. Kereta diberhentikan di tepi jalan. Nasib baiklah bukan dekat highway.

Mikayla segera keluar dan memuntahkan isi perutnya ke atas rumput. Nasib baik sempat tahan dan tidak muntah di dalam kereta.

Muiz menghampiri Mikayla lalu belakangnya diusap perlahan bagi melegakan Mikayla.

"Better?" Soalnya sebaik Mikayla berhenti memuntahkan segalanya tidak lama kemudian. Perutnya terasa kosong dan sebu.

Dia mengangguk perlahan. Badannya terasa lemah. Air yang dihulur Muiz diteguk perlahan. Tekak masih terasa pahit dan perit.

"Thanks Muiz." Ucapnya sambil memandang Muiz yang setia menanti di hadapannya.

"Welcome." Balasnya dengan sengihan.

"You mabuk darat ke Kay? Sorry. Kalau I tahu, kita naik flight je." Tanya Muiz sebaik dia menyambung semula perjalanan. Ubat mabuk di dalam dashboard diberi kepada Mikayla seketika tadi. Minyak angin turut dihulurkan.

"Selalu okey je. Dah lama tak naik kereta jauh agaknya." Jawab Mikayla lemah. Tangan kiri memicit kepala yang masih sakit.

Muiz menggenggam tangan kanan Mikayla. "You rehat lah Kay. Kejap lagi ok lah tu." Pujuk Muiz.

🌸🌸🌸

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa enam ke tujuh jam sahaja menjadi lapan jam apabila Mikayla berhenti muntah sebanyak tiga kali. Entah apalah yang tidak kena. Mungkin sarapan yang dimakan olehnya tidak kena dengan perut dan keadaan jalan raya yang mungkin menjadi penyebab.

Muiz memandang Mikayla yang lemah tidak bermaya. Sewaktu di R&R tadi dia menolak untuk makan namun dipaksa oleh Muiz. Mana boleh biarkan Mikayla dengan perut kosong.

Hanya sedikit makanan yang dijamah oleh Mikayla. Tekaknya yang terasa pahit tidak mampu untuk menelan apa-apa makanan. Minum air kosong pun terasa pahit.

"Kay kenapa pucat je ni?" Tegur Mukhriz sewaktu terlihat Mikayla yang berpimpin tangan dengan Muiz sedang menaiki tangga.

"Dia muntah tadi abang. Tiga kali. Itu yang lembik semacam je ni." Jawab Muiz bagi pihak Mikayla.

"Ye ke? Bawa masuk bilik la. Bagi dia rest. Malam karang kalau tak ok juga bawa pergi klinik." Pesan Mukhriz sebelum berlalu.

"Thanks Abang Riz." Ucap Mikayla sebelum menyambung langkahnya ke bilik.

"You tidur lah dulu I turun bawah cari paracetamol ke apa. Panas ni." Ujar Muiz sebaik merasa dahi dan leher Mikayla yang sedang terbaring.

Mikayla hanya mampu mengangguk. Kalau tadi dia hanya loya, sekarang kepalanya mulai sakit dan badannya turut merasa tidak selesa. Sekejap terasa panas dan sejuk kemudiannya.

Muiz masuk ke dapur untuk mencari Acik Hanim namun Alia yang dilihatnya berada di dapur bersama Adelia yang sedang makan coco crunch di kitchen island yang mempunyai barstool.

"Kak Alia, Muiz nak minta tolong sikit boleh?" Beritahu Muiz teragak-agak. Dia melabuhkan punggung ke kerusi di bahagian kanan meja, sebelah Adelia.

"Apa dia Muiz?" Tanya Alia setelah memalingkan wajahnya ke kanan. Dia duduk di bahagian kiri Adelia.

"Mikayla tak sihat. Tadi muntah banyak kali. Mabuk agaknya. Sebelum turun tadi Muiz try rasa dahi dia macam panas sangat. Muiz nak bagi ubat tapi boleh ke bagi dengan perut kosong? Kak Alia boleh bagitahu Muiz macam mana nak buat bubur ala-ala yang mcd tu tak?" Jelas Muiz panjang lebar.

"Yeke? Kesian dia. Takpelah nanti Adelia siap makan Muiz bawa dia naik atas boleh? Biar Kak Alia je yang buatkan. Muiz boleh tengokkan Kay tu sambil layan Adelia. Kalau tak dia kacau akak nanti." Balas Alia seraya bangun dari kerusi.

Beras dibasuh dalam kuantiti sedikit di dalam periuk bersaiz kecil. Alia mulai memasak bubur sambil tangannya liga memotong sayur dan lauk untuk dimasukkan ke dalam bubur.

Adelia yang sudah selesai memakan coco cruch didukung oleh Muiz ke tingkat atas. Pintu bilik Muiz dibuka dan kedengaran Mikayla yang seolah-olah sedang mengerang kesakitan namun dengan suara yang sangat perlahan.

"Kay kenapa ni?" Panggil Muiz sambil menggoncangkan perlahan bahu Mikayla. Rambut Mikayla yang hampir menutupi wajahnya diselak sedikit.

Pipi Mikayla basah dengan airmata dan mata yang tertutup itu tutup bergenang dengan air mata di birainya.

"Kay." Panggil Muiz sekali lagi seraya menepuk perlahan bahu Mikayla.

Tiada respons namun makin kuat pula tangisan Mikayla dengan mata yang kekal terpejam. Muiz bingung dengan keadaan yang dihadapinya ini.

"Sakit." Terbit perkataan tersebut dari mulut Mikayla.

Dahi Muiz berkerut mendengarkan pekataan tersebut.

"You sakit kat mana ni? Bagitahulah I. Kejap lagi makan ubat k? You sabar tau." Pujuk Muiz.

Dahi Mikayla disentuh lembut. Semakin panas berbanding tadi. Muiz semakin dilanda rasa bimbang.

"Se.. Sejuk." Sekali lagi bibir Mikayla menuturkan kata-kata dengan getaran. Mata masih terpejam rapat.

Muiz bangun dan mematikan suiz aircond lalu kipas dibuka perlahan bersama air purifier. Tingkap turut dibuka untuk memberikan udara luar untuk masuk ke dalam biliknya.

Badan Mikayla diselimut sehingga ke dada. Dia kemudiannya melayan Adelia yang sedang bermain dengan anak patungnya.

"Lamanya mama Adelia ni." Omel Muiz sambil memandang jam di dinding.

Padahal baru sepuluh minit dia meninggalkan Alia di dapur namun disebabkan risau dan dia terpaksa menunggu, sesaat pun boleh jadi lama.

Epilog Cinta MikaylaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz