Bab 16

6.3K 268 3
                                    

Majlis akad nikah berlangsung di masjid dan berjalan dengan lancar. Muiz dan Mikayla sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja.

Majlis akad nikah dilakukam secara sederhana sahaja. Mikayla sudah tebal muka sebenarnya kerana katering pun dibayar oleh Datuk Mus.

"Kenapa monyok je? Senyum sikit. Nanti orang kata you kena kahwin paksa pula." Tegur Muiz yang sedari tadi memerhatikan Mikayla yang duduk di kerusi bahagian hadapan rumah.

Mikayla yang manis bertudung berjaya membuatkan Muiz terpegun dengan wajah tersebut. Matanya tidak lepas memandang Mikayla semenjak kali pertama dia melihat Mikayla di masjid tadi.

Mikayla tersentak dengan teguran tersebut.

"I rasa bersalah sebab family you banyak sangat bantu dan I hanya jadi penerima je." Jawabnya jujur.

Muiz duduk di sebelah Mikayla dengan sampin yang sudah dibuka.

"Tak payah fikir lah pasal tu. Setakat sponsor semua ni papa tak kisah pun. You doakan dia makin murah rezeki dan sentiasa sihat walafiat lepas ni pun dah cukup." Ujarnya cuba menenangkan Mikayla.

Mikayla mengeluh perlahan. Dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga mertuanya namun apa yang merisaukannya ialah sikap ibunya, Puan Azura yang tidak menyenangkan hati.

"Kata kaya tapi nikah gantung je?" Soal Puan Azura tidak puas hati. Matanya memandang tajam di antara Mikayla dan suaminya bersilih ganti.

"Semua belah lelaki nak tanggung pun dah kira baik. Awak cuba lah belajar bersyukur sikit." Tingkah Encik Zakaria tidak setuju dengan isterinya.

"Alah berapalah sangat." Sampuknya.

"Habis tu kalau berapalah sangat awak pakai duit awak jelah." Marah Encik Zakaria.

"Huhh." Puan Azura merengus kasar. Geram dengan suami dan anaknya.

Mikayla yang hanya diam mengambil peluang untuk menyampuk.

"Betul kata ayah tu. Nak buat majlis besar-besar kena perancangan yang rapi bu. Lagipun family diorang berpangkat. Lagilah kena teratur. Tak sempat nak siapkan semua dalam masa sebulan je." Dia menyokong pendapat ayahnya.

"Ahh abang apa tahu. Ntah-ntah dia dah apa-apakan anak kita itu yang nak kahwin tak dan-dan. Malas nak layan. Bapa dengan anak sama je." Omel Puan Azura dengan mulut termuncung-muncung. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik dengan langkah yang sengaja dihentak-hentak.

Encik Zakaria hanya mampu mengeleng dengan perangai isterinya. Usia sudah menginjak hampir 50 tahun namun perangainya masih kebudak-budakan.

"Takpelah Kay, biarlah ibu tu. Jangan ikut sangat dia. Ayah tahu Kay tak buat macam-macam dekat Aussie tu. Jangan terasa dengan ibu ya?" Pujuk Encik Zakaria risau anak sulungnya akan terasa hati.

"Kay okey je. Ayah jangan risau." Balas Mikayla cuba menenangkan ayahnya pula.

Semenjak ahli keluarga Muiz datang siang tadi, ibunya tidak habis-habis menunjukkan muka tidak puas hati sehinggakan Mikayla tebal muka di hadapan keluarga Muiz.

Mikayla merasa agak malu dengan keluarga tersebut kerana sepanjang tinggal di rumah mereka, dirinya dilayan dengan baik bagaikan ahli keluarga sendiri namun apabila mereka bertandang ke rumahnya pula, ibu Mikayla pula bual perangai.

"Kay." Panggil Muiz sambil jarinya memegang dagu Mikayla. "Berangan pula. You fikir apa ni? Share lah dengan I." Ujar Muiz cuba membuatkan Mikayla membuka mulut.

Mikayla memandang sekeliling. Sudah tidak ramai tetamu yang hadir dan keadaan juga semakin lengang. Keluarga Muiz juga sudah kembali ke homestay seketika tadi.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now