Bab 47

6.7K 298 9
                                    

Nah! Hadiah new year untuk readers semua. Hehe.

Pulang sahaja ke rumah, isteri kesayangan dicari namun Mikayla tiada di mana-mana. Dalam bilik serta tingkat bawah turut tiada. Muiz akhirnya ke dapur untuk menghilangkan dahaga.

Hilai tawa kanak-kanak kedengaran dari arah luar rumah dan kaki Muiz segera melangkah ke arah suara tersebut. Dia tidak perasankan pintu sliding yang menghadap anjung terbuka luas sewaktu masuk tadi.

Kelihatan Mikayla sedang melayani Hezfan dan Uzayr bermain di anjung rumah. Keduanya sedang bermain lego dan diperhatikan oleh Mikayla yang duduk di sofa.

"Laa dekat sini rupanya. Puas b cari dekat atas tu." Tegur Muiz sambil menghampiri Hezfan dan Uzayr. Kedua mereka dipeluk erat. Muiz menarik-narik pipi Hezfan yang gebu dan Uzayr ketawa dengan perbuatan Muiz.

"Ya ke? Sorry I tak dengar. B dah lama balik?"

Muiz kemudiannya mengambil tempat duduk di sisi Mikayla. Pipi isterinya dicium dan bahu Mikayla dirangkul.

"Baru je. Sayang dah makan?" Soal Muiz.

Wajah isterinya dipandang. Mikayla sudah sihat sedikit malah wajahnya tidak lagi pucat seperti minggu lalu.

"Dah, tadi I makan dengan Acik Hanim sebelum dia keluar." Balas Mikayla seraya menyandarkan kepala di bahu Muiz.

"Acik Hanim keluar? Dia pergi mana?" Soal Muiz pelik. Jarang benar pembantu rumah mereka keluar selain ke pasar pada waktu pagi, kalau keluar pun bersama dengan mereka adik beradik mahupun Datin Anis.

"Dia pergi IJN tadi dengan sepupu dia. Melawat sedara kat kampung dia yang sakit. I pun tak tanya lebih-lebih sebab kebetulan Abang Hez datang tinggal diorang ni.." Jawab Mikayla.

Muiz mengangguk-angguk dengan jawapan Mikayla.

"B pelik sebenarnya, tadi dia cakap nak tinggal budak-budak ni rumah mummy dia, kalau b tahu nak hantar sini, b balik awal sikit."

"Dia cakap Efan taknak duduk sana nak datang sini duduk dengan I. I ok je ada dia, hilang sikit bosan kalau b takde kat rumah."

"B tahu sayang suka layan Efan ni, tapi kena ingat, tak boleh lasak-lasak tau. Kalau dia minta dukung ke apa, sayang tak payah dukung." Pesan Muiz.

Mikayla hanya mengangguk. Mana mungkin dia membenarkan Mikayla mendukung Hezfan yang seberat lima belas kilogram itu.

"B, Uzayr ni siapa?" Soal Mikayla. Kanak-kanak sekitar enam ke tujuh tahun di hadapannya diperhatikan.

Kanak-kanak lelaki yang sangat comel bermata biru sedari tadi mengundang persoalan di minda Mikayla. Ingin bertanya kepadanya, mungkin Mikayla tidak akan mendapat jawapan kerana dia masih kecil.

"Dia anak angkat kakak dengan Abang Hez."

"Hah? Tapi I tak pernah nampak pun sebelum ni." Omel Mikayla.

Anak angkat patutnya jaga lah kan?

"Long story short, dia sebenarnya anak kawan Abang Hez, mak dia kerja Singapore. Balik twice a month macam tu lah tapi Abang Hez memang jadikan dia anak angkat sejak lahir lagi." Jawab Muiz.

"Ayah dia?" Soal Mikayla ingin tahu.

"That's complicated sayang. B pun tak tahu sangat. Apa yang b tahu Kak Zara kena tinggal dengan ex husband dia masa tengah pregnant lagi. Sebab tu Abang Hez ambil dia jadi anak angkat since dia mampu dan taknak Uzayr membesar tanpa kasih sayang seorang bapa." Jelas Muiz panjang lebar.

"Baiknya Abang Hez tu. Untung kakak. Tapi I lagi untung sebab jadi wife b." Balas Mikayla sambil ketawa.

Muiz hanya tersenyum dengan ayat Mikayla. Nasib baik dirinya dipuji sekali.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now