Bab 31

7K 275 5
                                    

Tangan Muiz disalam sebaik Mikayla menghampirinya di bahagian bonet kereta. "Dah lama b tunggu?" Soalnya sebaik menghulurkan bagasi buat Muiz.

"Taklah. Baru je." Jawab Muiz sambil menjeling jam di tangan kirinya. Pukul 1.30 petang.

"Awalnya b habis kelas?" Tanya Mikayla pelik kerana selalunya Muiz akan selesai kelas pada pukul 3.30 petang.

Muiz senyum sebelum menjawab. "Diorang ada kena attend talk apa tah, so automatically b kena cancel kelas. Takpelah, boleh lama sikit dengan sayang."

Badan Mikayla dipeluk seketika untuk melepaskan rindu dan sebaik Muiz meleraikan pelukan, dahi, pipi dan bibir Mikayla dikucup lembut.

"Sayang bawa apa ni sampai dua luggage?" Soal Muiz dengan dahi yang berkerut sebaik mereka memasuki kereta.

Jangan kata Mikayla bawa ini semua disebabkan permintaannya dua malam lepas supaya Mikayla membawa pakaian lebih. Takkanlah sampai dua bagasi untuk menginap hujung minggu.

"Luggage besar tu baju yang I dah tak pakai. Ingat nak simpan dekat rumah kita. Yang pink tu je baju yang nak guna." Jelas Mikayla tidak mahu Muiz salah faham.

Kereta dipandu menghala ke arah lapangan terbang. Sebaik sahaja Muiz memandu masuk ke tempat parking, Mikayla memalingkan wajahnya untuk melihat Muiz. Sedari tadi dia sudah pelik kerana Muiz tidak memandu ke arah rumah mereka namun Mikayla menahan dirinya dari bertanya kerana dia mahu memerhati terlebih dahulu.

"Kita buat apa datang airport?" Soalnya setelah tidak mampu menahan rasa ingin tahu. Wajah Muiz dipandang secara berterusan.

"We will be having a short getaway." Jawab Muiz dengan senyuman di bibir.

Riak Mikayla berubah ceria. "Serius lah b?" Soalnya sambil memegang kedua belah pipi Muiz.

Muiz ketawa dengan soalan Mikayla. "Sayang ni, selalu tanya macam tu, serius lah b? Serius lah b?" Balas Muiz dengan meniru gaya Mikayla sambil ketawa. Mikayla sula menarik muka masam kerana diperli oleh Muiz.

"Sayang, mana pernah b main-main. Mestilah serius." Jawab Muiz sambil mencium tangan Mikayla yang sedia ada di pipinya.

"Kita nak pergi mana?"

"Rahsia."

Mereka berdua berjalan beriringan ke dalam lapangan terbang. Mikayla memeluk lengan Muiz serta sebelah tangan lagi menarik bagasi.

Mereka mencari kerusi untuk diduduki di balai perlepasan kerana penerbangan mereka adalah pada pukul 3.30 petang.

Mikayla menyandarkan kepalanya di bahu Muiz. Muiz hanya menjeling sekilas akan isterinya itu. Mata kembali melihat skrin telefon untuk membalas mesej Datin Anis dan Ian.

"Kenapa tiba-tiba je kita nak pergi Sydney? B tak bagitahu pun I? Bagi klu pun tak pernah." Tanya Mikayla diantara perasaan ingin tahu dan ingin marah dengan sikap Muiz.

Muiz tersengih dengan soalan Mikayla.

"Honeymoon lah sayang. Kita kan tak honeymoon lagi. Lagipun b memang dah lama plan nak holiday macam ni dengan sayang." Jawab Muiz.

Hasil daripada kerja part timenya langsung tidak disentuh melainkan untuk diberikan kepada Mikayla sebagai nafkah bulanan. Muiz tidak lupa menghulurkan wang sebanyak 500 AUD setiap bulan buat Mikayla.

Mendengar sahaja perkataan honeymoon, Mikayla terkelu seketika. Honeymoon? Mestilah akan dipenuhi dengan keintiman.

Mikayla jadi tidak betah tiba-tiba. Muiz dijeling seketika sebelum dia melarikan pandangan sebaik merasakan pipi mulai panas.

Epilog Cinta MikaylaKde žijí příběhy. Začni objevovat