Bab 2

2K 33 0
                                    

Ketibaan mayat Jebat telah disambut seluruh rakyat Kerajaan Gangga Negara. Mereka berkerumun menantikan Tuah turun dari kapalnya. Tetapi Tuah tidak ada. Begitu juga Lekir. Hanya Kasturi bersama hulubalangnya membawa turun mayat Jebat. Pantai Kerajaan Gangga Negara dipenuhi seluruh rakyat jelata yang riuh rendah saling berbisik-bisik sesama sendiri.

Dari atas kapal Sultan Mahmud Shah mundar mandir di bawah kain kuning DiRaja yang memayungi persada singgahsananya. Kejadian Jebat mengikat dan menawan baginda bersama permaisurinya tidak dapat baginda lupakan. Hati baginda sungguh sakit. Baginda nekad tidak akan berlembut dan bertolak ansur lagi kepada seluruh pembesar dan rakyatnya.

" Ampun Tuanku, di manakah mayat Jebat layaknya kami kebumikan? Patik hanya menurut perintah Tuanku" Kasturi menjunjung sembah.

"Beta tidak mahu menyebut di mana layaknya mayat Pendurhaka ini di tanam...hati beta murka padanya!" Jawab Tuanku. Baginda memalingkan wajah ke arah lautan luas sambil tangannya di belakang.

"Jadi apa harus patik lakukan, Tuanku?" Soal Kasturi lagi. Mukanya sedikit resah. Dia dalam dilema. Titah perintah Sultan jua yang harus ditaati dan diikuti.

" Sebelum beta menjawab soalan kamu itu...beritahu beta di mana Raja Muda Istana Melaka dan isterinya? Sejak kamu pulang mereka berdua tidak datang mengadap beta!" Suara Sultan Mahmud Shah meninggi. Dia berdiri di hadapan Kasturi yang masih duduk menyusun sembah.

"Maafkan patik Tuanku. Tuah tidak dapat datang menemui Tuanku. Hanya pesan yang di kirimkannya, Ampun Tuanku" Kata Kasturi lalu menundukkan wajahnya.

"Apakah pesan Tuah?" Soal Tuanku menjeling Kasturi.

"Ampun Tuanku, Tuah berpesan Raja Muda Istana Melaka tidak dapat datang mengadap kerana Jebat adalah sahabat baginda sejak dari kecil berkasih tiada bercerai dengannya. Kerana hal dunia ini Tuankulah yang maklum" Jawab Kasturi. Tuanku sungguh terkejut. Baginda terdiam buat seketika.

" Kalau begitu sampai bila Tuah akan merajuk dengan beta? Bagaimana Puteri kesayangan beta...Puteri Lipur?...Layakkah seorang suami memisahkan seorang Puteri daripada ayah dan bondanya" Sungut Tuanku. Baginda memandang ke bawah kapal. Rakyat jelata masih berbaris di persisir pantai menantikan Tuanku Sultan Mahmud Shah mencemar duli ke tanah jajahan Kerajaan Gangga Negara.

" Ampun Tuanku..bukan Tuah merajuk dengan Tuanku. Sebaliknya Tuah bersedih hati atas kemangkatan Tuan Puteri Lipur dan Jebat " Terang Kasturi. Dia tidak dapat berselindung lagi.

"Apa??????!!!!!!" Mata Tuanku terbeliak merenung Kasturi. Dadanya sedikit menusuk. Baginda memegang dada sambil sedikit tertunduk.

"Permaisuri!!!!" Dayang istana menerpa ke arah Permaisuri Ratna Gumilah Sari. Isteri Tuanku terjelepuk jatuh di atas lantai persada.

" Ampun Tuanku, Permaisuri pengsan!" Beritahu salah seorang Dayang.

Semua para pembesar istana Melaka bergegas bangun. Kasturi memimpin Tuanku ke singgahsananya.

"Dayang, bawa Permaisuri ke bilik peraduan untuk berehat" Arah tabib diraja selepas memeriksa Tuanku Permaisuri.

" Patutlah Tuah tidak mahu mengadap beta!!!!!" Tuanku mengetap bibir. Tangannya masih menekan dada yang sakit.

" Sabar, Tuanku. Patik yakin Tuah bukan sengaja" Kasturi membela abang segurunya itu.

"Beta tidak menyangka sebegini hebat perbuatan si Jebat Pendurhaka itu...beta tidak akan ampunkan seluruh keluarganya!! Seluruh keluarga Si Jebat Pendurhaka itu akan beta jatuhkan hukuman bunuh!!!!" Titah Tuanku dalam keadaan murka.

Titah Sultan Mahmud Shah sungguh mengejutkan seisi kapal, terutama para pembesar baginda.

" Ampun Tuanku...elok di usul periksa siapakah keluarga Jebat sebelum dihukum bunuh" Nasihat Datuk Seraja Imam Di Raja.

" Beta tidak mahu tahu siapakah mereka!!!!!Bunuh ke semuanya!!!!Ini titah perintah beta!!" Jerit Tuanku sambil kakinya terlunjur di singgahsana. Dadanya masih sakit. Tetapi baginda masih murka.

"Menjunjung perintah Tuanku" Sembah Kasturi.

" Beta mahu seluruh keluarga Jebat ditangkap termasuk isteri dan anaknya..hukum bunuh mereka semua!!" Jerit Tuanku lagi. Tanpa di duga airmata Tuanku jatuh satu persatu. Baginda terbayang-bayang wajah Puteri kesayangannya. Baginda bangun dari singgahsana lalu berjalan meninggalkan Kasturi dan para pembesar istana Melaka. Masing masing saling bercakap-cakapan atas berita kemangkatan Puteri Lipur.

Sementelah itu Kapal layar Lekir telah selamat berlabuh di Kota Inderapura. Atas titah perintah Tuah, Lekir telah membawa Tun Bongsu yang sedang berbadan dua bertemu Sayyid Ali.

"Saya tidak menyangka pengakhiran hubungan persahabatan Tuah dan Jebat sampai berbunuhan..."Keluh Sayyid Ali.

"Tuah terpaksa membunuh Jebat, Tuan Sayyid Ali. Abang Jebat mengamuk di istana Tuanku Sultan Mahmud Shah" Beritahu Lekir. Sayyid Ali mundar mandir di hadapan Lekir. Anak dan isterinya sedang berbual-bual dengan Tun Bongsu.

"Malah Puteri Lipur turut terkorban dalam perlawanan abang Tuah dan Jebat" Kata Lekir lagi.

"Saya kenal Mekong! Baginda tak akan lepaskan seluruh keluarga Jebat. Pasti murkanya hingga ke titisan darah terakhir keluarga pendurhaka! Apatah lagi Puteri Lipur telah terkorban" Kata Sayyid Ali.

"Tuah meminta tolong Tuan Sayyid Ali membantu Tun Bongsu. Ini adalah amanah Jebat sebelum dia meninggal..." Pinta Lekir.

"Saya tidak suka masuk campur lagi dalam urusan keluarga diRaja Melaka. Tambahan pula hal yang melibatkan Datuk Bendahara Tun Perak. Tapi kerana Tuah, saya cuba membantu" Jawab Sayyid Ali.

"Kalau begitu saya akan tinggalkan Tun Bongsu di sini. Saya harap Tuan dapat membantu. Tuah juga berpesan, nama Tun Bongsu harus ditukarkan kepada Wan Zaleha" Beritahu Lekir.

" Wan Zaleha?" Sayyid Ali mengerutkan dahinya.

"Tuah yang meminta nama Tun Bongsu ditukarkan kepada Wan Zaleha.."Kata Lekir.

"Baiklah, saya akan uruskan hal itu. Janganlah Dibimbangkan...Wan Zaleha selamat di sini" Kata Sayyid Ali memegang bahu Lekir.

"Kalau begitu kata Tuan, maka selesailah tugas saya. Malam ini juga saya akan belayar pulang ke Selat Melaka untuk bertemu Tuah" Kata Lekir.

"Baiklah. Semoga kita bertemu lagi" kata Sayyid Ali.

Puteri Buih 2Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon