Terpana Syifa seketika mendengar penjelasan suaminya. Nasib baik Alisa dah bertunang dengan Lokman, tidaklah perempuan itu mengoda suaminya lagi.

"Mesti mama mengamuk sakan bila dapat tahu Alisa goda papa. Tapi memang patut pun Alisa nakkan papa itu, sebab Syifa tengok papa itu masih handsome, muda, tak nampak tua langsung." Pujinya.

Zaim ketawa. Dia bersetuju dengan isterinya.

"Tengoklah siapa anaknya? Anaknya pun handsome jugak kan?" Zaim memuji diri sendiri.

Syifa mencebik.

"Yalah itu." Nasi kerabu yang dipesan sudah pun habis dimakan. Begitu juga dengan suaminya. Barulah dia rasa bertenaga.

"Sayang... Lepas ini, abang tak nak sayang buat macam ini lagi. Ingat! Kalau abang dapat tahu sayang keluar senyap-senyap tanpa izin abang, abang tak teragak-agak kunci Syifa dalam rumah. Tak payah pergi mana-mana. Duduk rumah, sambut abang balik. Rehat banyak-banyak." Amaran diberikan. Tidak mahu kejadian tadi berulang. Dua lelaki yang pernah menyimpan perasaan pada isterinya boleh buat apa-apa saja demi mendapatkan haknya kembali. Dia kenal sangat dengan lelaki macam itu.

Syifa diam tidak membalas langsung kata suaminya. Tak sabar rasanya nak balik rumah mama. Ada juga tempat dia berbual.

"Sayang? Dengar tak apa yang abang cakap ini?" Soal Zaim dengan wajah serius.

Lamunan Syifa terhenti.

"Ya Syifa dengar."

"Abang bukan apa, abang risaukan sayang. Itu aje."

Syifa mengeluh rimas. Sudah berkali-kali ayat itu didengarinya. Ya faham!

"Syifa masih okey lagi. Tadi dia orang tak buat apa-apa pun dekat Syifa pun. Abang itu aje yang risau lebih." Kata Syifa masih mempertahankan dirinya.

Zaim mengeluh suaranya semakin dilembutkan supaya hati isterinya cair.

"Abang cuma nak sayang ikut cakap abang. Tak salah pun kan? Abang ini suami Syifa. Jadi Syifa kena ikut segala arahan abang. Ini semua kebaikan kita bersama. Abang tak mahu Farhan mahupun Lokman kacau Syifa lagi. Dia orang kena faham Syifa itu isteri abang, hak abang seorang." Tegasnya.

Bibir Syifa diketap rapat.

"Ya! Lepas ini Syifa tak pergi mana-mana tanpa keizinan dari abang! Puas hati?" Matanya menikam suaminya.

Zaim senyum. Dia nampak isterinya sedikit tertekan. Maafkan abang, sayang. Abang kena bertegas sikit dengan sayang. Takut nanti Syifa menjadi buruan mereka lagi. Abang tak nak semua itu terjadi.

MAN dan Black menyambut kedatangan bos mereka. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja bos mereka datang. Telefon pun tak, mesej pun tidak.

"Macam mana bos tahu kami ada dekat kafe sini?" Soal Black.

Farhan menapak masuk dan duduk di atas katil. Matanya menyelinap segenap ruang bilik yang agak sempit biliknya. Agaknya mereka lupa yang location kafe yang dikirim Man minggu lalu? Dengan itu dia dapat menjejak sampai ke sini.

"Kau lupa ke, kau orang jugaklah yang hantar location kafe ini dekat aku?" Jawab Farhan kasar. Dia membuka butang bajunya. Penghawa dingin ini langsung tidak memberikan dia sejuk. Walaupun waktu ini sudah berganjak pukul satu pagi. Gara-gara dia pergi melihat rumah milik Zaim dan Syifa tadi.

Man dan Black memandang sesama sendiri sebelum tersengih atas kealpaan.

"Maaf bos." Jawab Black.

Farhan merengus kasar. Dia datang KL ini sebab Syifa! Dia mahu Syifa segera berkahwin dengannya. Tidak kisahlah seluruh dunia ini menentangnya, dia tetap tekad.

"Betul mereka duduk dekat rumah itu?!" Soal Farhan kasar. Dia bangun dan menuju ke tingkap. Diselaknya langsir itu dengan kuat. Terpampang pemandangan indah di Bukit Bintang ini.

Man dan Black berjalan perlahan mendekati Farhan.

"Betul." Jawab mereka serentak.

Farhan menoleh.

"Habis, kenapa aku nampak rumah dia orang gelap?! Tiada kereta?! Mana mereka pergi malam-malam?!" Tempelaknya. Arghhhhh!!! Buntu fikirannya. Macam mana agaknya nak larikan Syifa dan hapuskan Zaim dengan segera?

Man dan Black berkerut dahi. Sepatutnya, dua pasangan itu pasti ada di rumah waktu malam.

"Errrr... Aku mana tahu." Jawab Black. Man di sebelah terangguk perlahan.

Farhan meramas rambutnya. Sakit hatinya! Mana Zaim bawa Syifa pergi malam-malam ini? Huh!

"Aku tetap nak kau orang berdua hapuskan Zaim secepat yang mungkin. Aku tak nak dia hidup dalam dunia ini. Lepas dia mati, aku nak Syifa kahwin dengan aku! Hahahah!" Ketawanya semakin kuat sehingga membuatkan bulu roma Man dan Black mencanak naik.

"Tap... Tapi... Macam mana nak hapuskan Zaim? Bukan senang..." Kata Man tergagap-gagap. Hapuskan sampai mati, pula itu! Black juga mati kutu.

Farhan menarik kolar baju mereka berdua.

"Aku tak kira! Kau kena buat kerja ini sekali harum! Kau orang berdua nak sangat duit dua puluh ribu itu kan?" Farhan mahu memancing mereka. Kau ingat aku ada duit sebanyak itu? Huh?! Sudahlah ayah aku dah sekat duit aku! Mana aku nak cari duit?!

Kepala Man dan Black terangguk-angguk seperti burung. Segera Farhan melepaskan kolar baju itu.

"Sudah! Aku nak keluar. Aku tak tidur sini! Aku tidur dekat kafe lain." Kata Farhan kasar. Kakinya dihayun laju meninggalkan bilik itu.

Man dan Black mengeluh.

"Kau rasa Farhan ada duit tak nak bayar kita?" Soal Black. Farhan itu bukan boleh percaya sangat.

Man menguis dagunya. Dia memandang Black semula.

"Kau rasa?"

"Kau jawablah solan aku dulu!"

"Entahlah... aku cuma risau kalau Farhan tak bayar duit kita setelah kerja kita selesai. Lagi satu, kita nak hapuskan Zaim bukan senang. Zaim itu anak orang ternama. Kalau polis syak kita suspek utama, macam mana?" Kata Man.

Black mengetuk dahi Man.

"Kau ini, ke situ pulak! Dah! Kita buat kerja kita." Arah Man sebelum dia masuk ke bilik air meninggalkan Man keseorangan.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now