Ingatan Muiz terimbau di saat Puan Azura mulai mengugutnya untuk menceraikan Mikayla.

Muiz menangis semahu-mahunya sewaktu pulang ke rumah. Dia memberitahu Mikayla bahawa dia perlu pulang untuk mengambil laptop kerana mahu menyiapkan report di hospital namun sebenarnya dia perlukan ruang untuk bersendirian.

"Kalau ibu tahu awal-awal yang Muiz tak boleh nak jaga anak ibu macam mana ibu dengan ayah jaga dia selama ni, ibu takkan bagi dia kahwin dengan Muiz."

"Ap.. Apa maksud ibu?" Soal Muiz dengan tergagap-gagap. Dia sendiri sudah sedia bingung dengan kenyataan ibu mertuanya itu. 

Kedengaran tawa sinis ibunya dari corong telefon. "Kay sejak kahwin dengan Muiz asyik dapat bala je. Baik tak payah kahwin kalau macam ni." Bentak Puan Azura. Hati Muiz remuk dengan kata-kata ibu mertuanya itu. 

"Ibu.. Muiz tahu Muiz tak jaga Kay dengan baik, dengan sempurna, tapi ibu ingat Muiz nak ke semua ni jadi? Tak pernah ibu. Kalau boleh nyamuk pun Muiz taknak gigit Kay. Dia isteri Muiz bu, jangan buat Muiz macam ni." Balas Muiz dengan esak perlahan. 

"Malas lah ibu nak cakap dengan kamu ni. Buat sakit hati je." Bentak Puan Azura sebelum memutuskan panggilan.

Muiz hanya memandang sepi telefon miliknya. Tidak menyangka bahawa ibu mertuanya akan berkata sebegitu. Dirinya sudah sedia kusut dengan apa yang terjadi terhadap Mikayla dan kini pwrlu berhadapan dengan sikap Puan Azura pula.

🍃🍃🍃

"B?"

Teguran Mikayla menyentak lamunan Muiz.

"B ok tak ni?" Soal Mikayla gusar.

Lambat-lambat Muiz mengeleng. Mikayla yang setia memandangnya dari sisi dipandang dengan hati yang gundah. "No.." Jawabnya dengan desis perlahan. Kedua belah tangan Muiz mengusap pipi Mikayla.

"I don't wanna lose you. You know how much I love you right?" Soal Muiz dengan suara yang mulai serak. Matanya juga sudah memerah saat mengutarakan soalan tersebut.

Pantas Mikayla mengangguk. "I know.. I tahu b takkan lepaskan I. I cuma kecewa bila ibu buat kita macam ni." Balas Mikayla dengan mata yang sudah kembali berair.

"Pasal ibu tu, biarlah dia. Lama-lama dia senyap lah tuu. Sayang jangan fikir sangat eh?" Pujuk Muiz lembut. Lebih kepada memujuk hati sendiri.

Tindakan Puan Azura benar-benar sukar dijangka.

Mikayla menggapai tangan Muiz. "Sorry b. I minta maaf sebab teremosional tadi."

Muiz senyum nipis. Kedua belah jari kelingking dihulurkan kepada Mikayla dan disambut dengan kerutan di dahi isterinya itu.

"What?" Soalnya sepatah. Keliru dengan perbuatan Muiz.

"Pinky promise that we will always be together forever and ever!" Ujar Muiz bersungguh-sungguh dan disambut dengan jari kelingking serta hilai tawa Mikayla.

"Pinky promise." Jawab Mikayla sebelum mengucup tangan Muiz.

Telefon Mikayla berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia sedikit terkejut dengan bunyi telefon segera melepaskan pegangan tangan Muiz.

Panggilan video dari Melissa. Pantas sahaja jari menolak skrin untuk menjawab panggilan dari iparnya.

"Assalamualaikum Kay." Sapa Melissa teruja.

"Waalaikumussalam Mel." Balas Mikayla ceria.

"Kay sihat dah? Muiz ada kat rumah?" Soal Melissa kemudiannya.

"Alhamdulillah better. Penat sikit. Ada. Jawab Mikayla sebelum menyandarkan badan ke arah lengan Muiz sebelum menghalakan skrin telefon kepada suaminya itu.

"Amboi tengah bermanja dengan Kay ke tu? Patutlah Mel call tak jawab. Ni kalau tak call Kay mesti sampai esok tak berangkat kan?" Melissa mulai membebel. Mikayla pula sudah mengekek ketawa.

"Nak bermanja dengan isteri sendiri pun tak boleh ke? Kacau daun jela Mel ni. Macam ni lambat lagilah nak dapat anak buah. Asyik kena kacau je. " Balas Muiz selamba mahu mengenakan kembarnya itu.

Pipi Mikayla sudah merah padam. "B jangan mengarut sangat boleh tak?" Bebelnya sebelum menampar paha Muiz perlahan.

Muiz hanya ketawa dengan jawapan Mikayla. "Takde lah telefon Muiz silent tadi lepas tu Kay guna sekejap. Itu yang tak perasan tu." Jelas Muiz akan keadaan sebenar.

"Yelah-yelah.. Mel call ni sebab nak tanya korang. Yang mana lawa? Maroon, baby blue or champagne?" Soal Melissa sambil menunjukkan tiga pasang baju pengantin yang tergantung cantik. Dia menunjukkan detailing setiap helai baju yang tergantung itu.

Muiz sudah garu kepala." Mel, hantar gambar jelah.  Senang sikit. Nanti kitorang pilih yang mana lawa." Ujar Muiz kerana dia sudah keliru dengan design baju pengantin tersebut.

Melissa sudah buat muka. "Kalau whatsapp tu berbalas, takdenya Mel nak call ni. Dah setengah jam Mel whatsapp Muiz, takde reply pun. Itu yang terus call ni."  Omel Melissa dengan bibir yang memuncung.

Mikayla hanya mampu mengelengkan kepala dengan sikap suami dan iparnya yang bagikan tidak matang itu. Keduanya sering bersikap kebudak-budakan.

Telefon milik Muiz diunlock dan matanya melihat akan gambar yang dihantar oleh Melissa. Dia kemudiannya  menunjukkan gambar yang dihantar oleh Melissa kepada Muiz. Jarinya ligat menekan skrin untuk meneliti gambar baju yabg dihantar Melissa.

"Kalau sayang, suka yang mana?" Soal Muiz.

"B kalau I kan, I suka warna champagne ni. Cantikk. Dia punya detailing pun lawa. Sesuai dengan Mel." Jawabnya teruja.

Muiz kembali memandang Melissa di skrin telefon. "Haa dengar tak? Kay kata warna champagne." Jawab Muiz bagi pihak Mikayla.

Melissa menayangkan senyuman manis dihujung talian. "Ok then. Thanks for your cooperation." Ujarnya sebelum mematikan talian.

Mikayla menghulurkan telefon Muiz dan telefon miliknya diberikan semula oleh Muiz.

"Pejam celik, tak lama dah kan Mel nak kahwin dengan Ian. I pula yang tak sabar b." Ujar Mikayla teruja.

Meskipun perkahwinannya dengan Muiz dilakukamn secara koboi sebelum ini dah tidaklah semewah perkahwinan asik beradik Muiz yang lain, Mikayla tidak kisah kerana kebahagiaan itu bukan terletak kepada betapa mewahnya sesebuah majlis perkahwinan itu.

"Itu lah. Sebulan lebih je lagi. Jadi juga dua orang tu rupanya."

2 more chapters to go. Doakan I sempat siap by this month ok. In the mean time, jangan lupa vote and comment banyak2 ok!  Will try my best to finiah this story soon so that boleh start kisah sendiri pula (macamlah korang nak baca kann)

Thanks for reading. Next update InshaAllah next weekend ya 😘

Epilog Cinta Mikaylaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن