The Reason Why...

Start from the beginning
                                    

Keenam Saudara Boboiboy mula diam dari bertekak dan masing-masing mula menikmati makanan mereka yang dipesan sebaik sahaja para pelayan membawanya ke meja mereka. Dengan penuh selera sekali mereka menikmati makanan tengah hari mereka.

Gempa memerhatikan sahaja gelagat mereka berenam dengan senyumannya. Namun ia tidak kekal lama. Senyumannya kembali pudar dan tatapannya kembali sayu.

Gempa menarik dan menghembus nafasnya. Terasa berat pula untuk dia berkata-kata selepas ini. Namun, hatinya telah menetapkan sesuatu... Sesuatu yang penting.

"Umm... Semua? "

💖✨💖✨💖✨💖

"Macam mana orang-orang tu boleh kalah?! Aaarrrghhh!!! Aku nak perempuan tu mati!! "

Di tempat lain, kelihatan Suzy begitu marah sekali dengan berita yang baru diperolehinya. Segala barang yang ada di hadapannya dicampak dan dibaling sesuka hati menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

Seorang lelaki yang duduk di atas kerusi yang mempunyai roda menatap Suzy dengan pandangan bersahaja. Dia menyilangkan kakinya dan memasukkan sebatang rokok ke dalam mulutnya lalu dinyalakan api untuk membakar hujung rokok itu. Disedut gas beracun rokok itu dengan tenang lalu dihembuskannya tanpa memikirkan kesan buruk rokok yang merbahaya itu.

"Aku tak puas hati!! Aku nak perempuan tu mati jugak!! "

"Relaks, Suzy... Waktu tu, kan... Dia tengah bersama dengan diorang tu? Kita tak boleh buat apa-apa dah bila dia bersama mereka. "

"Ckh!! Menyusahkan!! Patutnya kau tembak je minah tu tadi!! "

"Ada risiko kalau aku tembak dia. Kau nak rancangan kita gagal ke apa? "

Suzy mengetap bibirnya apabila menerima ucapan balas dari lelaki tadi. Dia mendesah kesal lalu memalingkan badannya dari menghadap lelaki tadi. "Aku tak kira. Aku nak, suatu hari nanti perempuan tu mati. Supaya harta pusaka ayah dia tu akan datang ke keluarga aku. "

Lelaki yang bersembunyi di bawah bayang gelap itu hanya mencebikkan bibirnya. Tidak mahu bertekak dengan kekasihnya itu. "As your wish, princess. But make sure that I will be pay too. "

Suzy mengerling lelaki tadi. Dan dia pun menganggukkan kepalanya setuju.

💖✨💖✨💖✨💖

Kembali ke mereka bertujuh tadi. Masing-masing diam tidak bersuara apabila menunggu ucapan Gempa.

"Gem? Something's wrong? " Dengan prihatin Ais bertanya ke arah Gempa apabila dia mendapati gadis itu diam sahaja dan tidak mengungkapkan sebarang kata-kata setelah memanggil perhatian dia dan yang lain.

Gempa mengetap bibirnya gelisah tatkala kini dirinya menjadi tumpuan 6 lelaki dewasa yang baik rupawan mereka dan masing-masing mempunyai kerjaya yang cemerlang. Walaupun berasa bangga dapat bersama mereka, namun sekarang Gempa mengalami kesulitan pula.

"Eerrr... Aku... Ada sesuatu nak bagitau korang. " Tidak menggunakan bahasa formal yang sentiasa dibahasnya, Gempa seolah-olah memberikan isyarat kepada yang lain supaya memberikan tumpuan kepadanya.

"Ok...? Kau nak cakap apa? " Blaze bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya.

Gempa meletakkan kembali sudu dan garfu yang dipegangnya di atas pinggan semula. Satu tarikan nafas diambil lalu dihembus berat. Dengan keadaan yang masih hening tidak bersuara, Gempa menatap setiap wajah para jejaka yang berada di hadapannya.

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now