Sudden Attack Again?!

Start from the beginning
                                    

"Kenapa korang datang nak jumpa aku ni? " Tidak berbasa-basi lagi, Gempa terus bertanyakan tujuan mereka.

"Kami datang ni nak jemput kau lunch dengan kitorang lah! Jom, Gem! Kita makan masakan Indonesia!" Dengan penuh keterujaan Taufan mempelawa Gempa bagi pihak sahabatnya yang lain.

Gempa tidak membalas kata-kata Taufan. Sebaliknya, dia menatap sahaja wajah jejaka di hadapannya itu. Bukan pandangan biasa, namun pandangan yang geram dan tidak puas hati akan sesuatu.

"Gem? Something's wrong? " Ais bertanya apabila dia sedar akan pandangan Gempa itu.

Gempa menarik dan menghela nafasnya bagi menenangkan dirinya. "Tidak. Ini bukan masa yang sesuai. Aku akan beritahu mereka selepas ini. " Gempa kembali memandang ke arah mereka berenam.

Seukir senyuman dipamerkan kepada mereka. "Tidak. Tiada apa-apa. Baiklah, ayuh kita pergi. "

💖✨💖✨💖✨💖

Kini mereka bertujuh telah pun tiba di sebuah mall yang agak besar di bandar tersebut. Gempa melihat mall yang besar itu dengan pandangan bersahaja. Tiada apa pun yang menarik dengan mall itu. Ditambah pula mood dia sekarang sedang dalam keadaan tidak baik.

"Yosh! Jom kita makan? Aku dah lapar betul dah ni! " Blaze merangkul bahu Gempa sambil mengajak yang lain untuk masuk.

Mereka tidak membantah apa-apa. Dan hanya mengekori sahaja Blaze dan Gempa yang berjalan terlebih dahulu ke hadapan.

Siiuuu- Zzuupp!

"Tsk! Jaga-jaga, Gempa!! "

"Huh? "

Dengan refleks yang cepat Gempa menarik dirinya dan Blaze mengelak dari sebuah panah yang jauh terbang dan ingin menyerang mereka secara tiba-tiba. Namum nasib baik mereka berdua selamat. Gempa mengerling ke arah Halilintar. "Yang berikan amaran dekat aku tadi tu... Dia ke? "

Yang lain yang tidak sedar akan pandangan Gempa mula melihat dan mencari punca asal kedatangan anak panah tadi yang kini sudah pun jatuh di atas lantai konkrit. Mereka pada masa yang sama juga menjaga diri masing-masing agar tidak terleka akan apa-apa perangkap. Takut-takut jika ada yang berkehendak untuk menjatuhkan mereka. Siapa tidak mahu? 6 Saudara Boboiboy kan adalah para CEO di setiap cawangan syarikat yang hebat-hebat belaka!

"Apa benda tadi tu?! " Taufan bertanya hairan. Matanya masih tidak lekang melihat kawasan sekelilingnya.

"Anak panah. Aku rasa ia datang dari atas-atas bangunan dekat-dekat kita ni. " Solar menjawab. Dia pun segela menelefon pengawalnya untuk meminta bantuan.

"SERAAAANNNGGG!!!! "

Tiba-tiba pula kedengaran suara jeritan seseorang yang nyaring membuatkan 7 orang itu serentak berpaling ke arahnya. Alangkah terkejutnya mereka bahawa mereka melihat sekumpulan lelaki asing yang berpakaian seperti pengganas berlari mendekati mereka bertujuh dengan lengkap bersenjata.

"A-apa jadi ni?! " Blaze bertanya dengan nada yang terkejut. Serta-merta dia bersama yang lain membuka kekuda dalam luar pemikiran.

"Kita diserang?! Hali, kau buat hal apa lagi weyh?! " Tak semena Solar pergi tuduh Halilintar sebagai perilaku utama serangan mengejut itu.

Halilintar yang dituduh mula menjeling ke arah Solar dengan marah. "Aku pulak?! Aku takde kaitan apa-apa pun lah! "

"Habis?! Macam mana diorang boleh nak serang kita ni?! " Taufan pula bertanya dengan nada panik.

"Mana lah aku tahu!! Korang yang tuduh aku ni apahal?!" Jawab Halilintar yang masih tidak berpuas hati.

"Diam! Waktu macam ni pun korang sempat nak gaduh?! Lawanlah cepat diorang tu!! " Ais yang tadinya berdiam diri kini mula menjerit geram. Sabar jelah.

Mendengar arahan tegas dari Ais, yang lain mula melupakan hal tadi dan kembali fokus kepada musuh yang kian mendekat. Ais dan Thorn menarik Gempa supaya gadis itu masuk ke dalam perlindungan mereka berdua sementara yang lain mula mengelilingi mereka bertiga untuk melindungi mereka.

Sebaik sahaja pihak lawan tiba, Halilintar, Taufan, Blaze dan Solar mula menyerang mereka dan membawa musuh masing-masing menjauhi Ais dan Thorn dari melindungi Gempa.

Walaupun ramai yang menumpukan perhatian dalam berlawan dengan 4 jejaka tadi, namun masih ada segelintir yang datang menyerang Ais dan Thorn juga. Namun begitu, mereka sama sekali tidak terleka dan malah mereka sudah pun bersiap sedia akan serangan musuh.

Ais menggunakan mesin renjatan elektrik untuk menyerang musuh manakala Thorn sekadar mengelak dan menumbuk pihak lawan di tempat yang dapat melemahkan pihak lawan. Pergaduhan antara Ais dan Thorn sekadar biasa-biasa sahaja dan tidak terlalu menyakitkan. Berbeza pula di pihak yang lain. Kelihatannya, Halilintar, Taufan, Blaze dan Solar melawan pihak musuh dengan begitu... Ekstrem sekali. Setiap saat dapat didengar das tembakan dan jeritan kesakitan dari pihak lawan.

"Wahahahaahhha!! Tembak lagi Taufan!! Kita tembak diorang secara berjemaah!!"

"Yosh!! Wahahahahah!! Blaze! Kau bom kumpulan sana! "

"Roger!! Rasakan letusan bom keinsafan!!! "

"WOOII!!! NAK LAWAN TU BUATLAH BETUL-BETUL!!! "

Kemarahan Halilintar langsung diabaikan oleh Taufan dan Blaze. Nampaknya mereka berdua begitu seronok 'berlawan' dengan pihak musuh.

Dan pergaduhan itu berlaku memang cukup lama sehingga datangnya pihak polis bagi menghentikan keadaan.








TBC(?)

Tiba-tiba pula kena serang. 😅 Maaf kalau hambar, ya? Susah betul nak kembangkan cerita ni sampai ke penamat yang telah dirancang. Tapi takpe. Ani akan cuba berikan yang terbaik! 😉
.
Dan oh ya, Ani nak minta tolong boleh? Tolong doakan kesihatan Ani, ya? Ani sedang dalam keadaan yang agak membimbangkan sekarang. Mata Ani jadi pedih dan berair, sakit tekak, sakit habis satu badan, selesema dan badan Ani juga panas semacam. Ani risau kalau tak sembuh nanti jalan cerita terpaksa dihentikan. Jadi mohon doa semua, ya? 😣
.
Terima kasih! 😄

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now