Amato menoleh ke arah Gempa. Seukir senyuman diberikan kepada puterinya itu. "Kamu rasa? "

"Eh? Eerrr... Gempa tak pastilah... " Gempa menggaru-garu kepalanya buntu.
Amato tertawa kecil melihat kebuntuan anaknya itu. Diusapnya kepala Gempa lalu menjawab soalannya sebentar tadi, "Ayah adalah CEO yang menguruskan hal angkasa. Lebih kurang tentang kajian di luar angkasa macam tu. Tapi sebenarnya kerja utama syarikat ayah ni ialah mencipta mesin dan roket angkasa buat angkasawan yang boleh terbang ke angkasa. "

Mendengar penerangan serba sedikit dari ayahnya sudah cukup membuatkan Gempa terlopong teruja. "Woaahh!! Ayah ketua dalam syarikat yang sukar untuk orang miliki?! Padanlah 6 pakcik-pakcik tu bukan main nak ambil syarikat dari ayah! "

"Hahaha! Kejam betul kamu panggil diorang 'pakcik'. "

"Benarlah kan? Mereka itu jauh lebih tua berbanding Gempa! Memang padan mereka dapat gelaran tersebut! "

"Macam kejam sangatlah. Hahaha! Tapi ayah sendiri pun suka sebenarnya dengar Gempa panggil macam tu. Bagus Kimchi ayah ni. " Amato mengusap kepala Gempa sekadar ingin mengusutkan rambut anaknya.

Gempa ketawa terkekeh-kekeh apabila dia berjaya membuatkan ayahnya terhibur. Sudah lama dia ingin mendengar suara tawa ayahnya itu.

Pintu lif terbuka. Amato berjalan terlebih dahulu untuk keluar dari lif dan diikut rapat oleh Gempa. Sekali lagi dibuatnya Gempa kagum melihat kawasan di sekeliling pejabat yang luas itu. Tidak ubah seperti luas padang sekolah yang sesuai dibuat acara larian 100 meter! Walaupun padat dengan staff yang bekerja di situ, namun masih dapat dilihat ruang-ruang kosong kerana susunan perabot dan meja kerja yang stabil dan sesuai dengan keadaan sekitar. Ditambah pula bangunan pejabat tersebut ada sebuah cermin tingkap gergasi di sisi bangunan yang menampakkan suasana bandar dari atas.

Gempa berjalan mendekati cermin tingkap tersebut. Dia dapat melihat hampir seluruh bandar dari atas bangunan yang berketinggian 68 tingkat itu. Agak menggerunkan kerana ketinggian itu sudah cukup tinggi baginya namun perasaan terujanya masih tidak dapat dikalahkan oleh ketakutannya.

Amato tersenyum melihat anak gadisnya yang begitu teruja sekali melihat keadaan pejabatnya. Dia pun berjalan mendekati Gempa sambil membalas sapaan para pekerja bawahannya.

"Kamu suka, kan? Ayah tahu kamu memang macam arwah mak kamu. Suka design yang macam ni. Jadi ayah sudah rancang yang setiap sektor bangunan ni dibinakan khas untuk kamu. " Amato tersenyum sambil menatap wajah Gempa.

Gempa menolehkan wajahnya ke arah Amato lalu memeluk lelaki separuh usia itu dengan erat. "Terima kasih, ayah! Gempa tahu yang segala penantian Gempa selama ini tidak akan pernah sia-sia walaupun Gempa pernah kecewa pada ayah suatu ketika dahulu... "

Amato membalas pelukan anaknya. "Maafkan ayah, ya? Ayah tahu yang ayah terlalu inginkan keselesaan kamu sehingga ayah terleka akan tanggungjawab ayah ke atas kamu. Mulai dari hari ni, biarlah semua orang tahu bahawa gadis bernama Gempa ni adalah satu-satunya anak kesayangan ayah yang akan ayah jaga dengan penuh kasih sayang! "

Kata-kata Amato membuatkan Gempa tertawa kecil namun pada masa yang sama dia juga terharu. Gempa mendongakkan kepalanya menatap wajah Amato. Sebuah senyuman manis diukirkan untuk Amato. "Terima kasih banyak ayah. "

"Sama-sama, sayang. Ok, jom kita ke pejabat ayah, ya? Banyak kamu perlu tahu tentang kerja ni. "

"Ok bos! " Gempa memberikan tabik spring kepada Amato yang mendapat tawa dari lelaki separuh usia tersebut. Selepas itu, mereka berdua pun berjalan menuju ke arah pejabat Amato yang mana berada di tingkat ketiga dari atas.

💖✨💖✨💖✨💖

Sementara itu, di sebuah mega mall di pusat bandar, kelihatan seorang gadis yang umurnya dalam lingkungan remaja bersama ibunya sedang menunggu ketibaan seseorang di sebuah restoran yang terdapat di dalam mega mall tersebut. Mereka berdua berbual kosong sambil menikmati minuman mereka yang baru sahaja siap dipesan.

Tidak terlalu lama mereka menunggu, akhirnya datang pula seorang lelaki yang mengenakan baju hoodie yang berwarna hitam beserta seluar jeans berwarna darkblue dan dipadankan pula dengan cermin mata hitam. Jika dilihat oleh para pengunjung mega mall itu, pasti dia seperti orang yang mencurigakan.

Suzy bersama Sofia yang menjadi penunggu lelaki tadi hanya memandang sahaja lelaki itu membuat pesanan kepada pelayan restoran tersebut sehingga selesai.

"Jadi, macam mana dengan progress rancangan kita? " Tidak membuang masa, lelaki tadi terus bertanyakan topik utama mereka.

Sofia yang tidak mengenali lelaki itu merenung wajahnya lama. "Sebelum itu... Boleh saya tahu siapa kamu? "

Lelaki itu tersenyum lalu melepaskan cermin mata hitamnya menampakkan wajahnya yang sepenuhnya. Dia pula menurunkan hoodnya sekadar membantu Sofea lebih mudah mengecamnya.

Melihat akan wajah lelaki itu, terkedu Sofia jadinya. "Bukan ke... "

"Mama, dia dan Suzy sudah lama bersama. Kan Suzy pernah perkenalkan dia pada Mama? Mama lupa ke? " Suzy berpaling ke arah Sofea dengan muka sebal.

Sofea menoleh ke arah Suzy lalu tertawa canggung. "Maafkan Mama ya, sayang? Ekhem! Jadi... Kamu sudah tahu tentang rancangan kami berdua? "

"Heh, sudah tentu. "

"Hmm... Jadi, aunty tahu apa kerja pertama kamu. "

Lelaki tadi tersenyum sinis. "Silakan. Katakan sahaja. Dan saya akan lakukannya dengan segera dan menunjukkan hasil yang memuaskan untuk kalian berdua. "

Mendengar jawapan yakin dari lelaki itu, Sofia dan Suzy tersenyum kemenangan.








TBC(?)

Alamak. 😅 Macam makin hambar je cerita ni. Banyak misteri yang perlu diungkapkan tapi takpe! Satu per satu akan terbongkar tak lama lagi!
.
Dan Ani pasti, rahsia terbesar yang akan terbongkar tidak lama lagi pasti akan membuatkan korang semua terkejut dan pada masa yang sama kagum. Hmmm... Tapi kenapa, ya?

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now