Fang dengan baik hatinya menolong Gempa untuk duduk di atas kerusinya iaitu dengan menarik kerusi untuk Gempa. Gempa tersenyum senang apabila menerima perilaku baik dan sopan Fang lalu dia pun duduk di atas kerusi dan disebelahnya pula ialah Fang.

"Jadi, inilah Fang, ya? "Amato tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan tetamunya yang dibawa oleh anak kesayangannya. Sambil-sambil menunggu para pembantu rumah sedang menghidangkan nasi untuk mereka, Amato ingin mengambil peluang untuk mengenali Fang.

Gempa mengangguk sekadar untuk menjawab soalan ayahnya. "Fang ini ialah kawan baik Gempa sejak kecil. Kami banyak luangkan masa bersama-sama dan kami juga sangat rapat. Benar kan, Fang? " Gempa menolehkan wajahnya memandang Fang yang berada di sebelahnya. Fang tersenyum lalu mengangguk. "Saya rasa cukup bersyukur dapat berkenalan dengan seorang gadis yang saya sangka hanya orang biasa tetapi rupanya sangat bertaraf tinggi kedudukannya berbanding saya. "

"Eh! T-taklah! Mana ada, Fang! S-saya cuma anak ayah... " Gempa dengan muka kemerah-merahan cuba menafikan kata-kata Fang. Amato tertawa kecil melihat telatah anaknya bersama Fang. Sudah lama dia teringin untuk melihat anaknya itu berbual dengan selesa dengan orang lain.

"Ekhem! Sayang, tidak mahu perkenalkan budak ni kepada saya? " Sofia yang sedari tadi lagi menjadi bahan penonton tidak berbayar bersama anak-anaknya mula memandang sebal ke arah suaminya.

"Ah... Maaf, ya? Ini ialah Fang. Kawan baik Gempa sejak kecil lagi sewaktu saya tinggalkan Gempa dengan Tok Aba dulu. " Amato memperkenalkan Fang kepada Sofia, Suzy dan Stanley. Mereka bertiga sekadar merenung sahaja wajah Cina Fang itu.

"Orang Cina? " Suzy bertanya.

Fang diam dan tersenyum. Suzy mengangguk faham lalu meneruskan makannya.

Gempa menepuk bahu Fang sekadar ingin menenangkan diri Fang. Dia tahu bahawa Fang agak kurang selesa dengan keadaan persekitarannya sekarang. Mungkin kerana keluarga tiri Gempa?

"Baiklah. Apa tunggu lagi? Silalah menjamu selera. Makan dan buat macam rumah sendiri ya, Fang? " Pelawa Amato.

"Baik, uncle. "

Lalu mereka berenam pun mula menjamu selera dengan keadaan damai sambil menikmati perbualan antara Amato dan Fang yang kadang-kadang Gempa juga membantu Fang untuk menjaga segala soalan dari ayahnya.

💖✨💖✨💖✨💖

Seorang lelaki yang berpakaian warna hitam sedang mengintip di setiap ruang dalam rumah agam milik Tuan Besar Amato. Dia melirik setiap keadaan dalam rumah tersebut.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Kini semua penghuni dalam rumah agam tersebut telahpun lena dibuai mimpi.

Pintu jendela rumah agam di bahagian tingkat bawah terbuka memasukkan angin malam yang sejuk dan dingin. Kain langsir yang digantung pada tingkap tersebut berterbangan bebas sesuai dengan aliran angin yang menghembus.

"Kau nampak tenang sekali bila masuk ke dalam rumah ni. "

Seorang gadis datang menghampiri lelaki itu. Dia berjalan mendekati lelaki yang tidak kelihatan wajahnya kerana tersembunyi di bayang yang gelap dan menghalang wajahnya dari diterangi bulan.

Gadis itu berdiri di hadapan lelaki tadi sambil berpeluk tubuh. Menunjukkan wajahnya di sebalik sinaran bulan purnama pada malam itu. Suzy.

"Heh, tak lama lagi rumah ni akan jadi milik aku juga. Jadi aku kenalah sesuaikan diri~" Lelaki tadi menjawab dengan bersahaja sambil tersenyum bangga.

Suzy yang melihat tingkahlaku bongkak lelaki itu memberikan tatapan jengkel. "Jangan nak seronok sangat. Minah tu masih tak sedar akan benda ni. Jadi, aku tak nak kau diketahui pun dalam keluarga ni. Terutama sekali perempuan kampung tu. "

"Relaks Suzy~ Apa yang perempuan tu boleh buat? Dia sendiri sekarang sedang dalam mabuk cinta. Obses sangat dengan Fang. "

"Heh, tapi dia tidak sedar pun, bala bakal menimpa. " Suzy tertawa sadis apabila mengingat kembali betapa sayangnya Gempa pada Fang.

"Hari sudah larut malam. Aku rasa baik kita bersiap sedia untuk masa akan datang. "

"Bila rancangan kita akan dilakukan? "

Suzy diam sambil cuba memikirkan jawapan dari soalan lelaki tadi. "Hmm.. Lebih baik aku bincang dengan Mama aku dulu. Kau pergi tidur dan berehat. "

"Ok, sayang~" Lelaki misteri tadi sempat memberikan kucupan selamat malam kepada Suzy di bahagian pipinya.

Dia kemudiannya berjalan menghampiri tingkap rumah yang terbuka tadi. "Abang lalu ikut tingkap ya, sayang~?" Suzy tertawa kecil melihat telatah aneh lelaki misteri tadi.

Sebaik sahaja lelaki itu hilang dari pandangan, pintu tingkap pun tertutup dan meninggalkan Suzy sendirian.

Suzy termenung seketika sebelum wajahnya mula mengukirkan senyuman yang membawa maksud.

"Heh, soon enough you will disappear b*tch. " Suzy tersenyum bangga lalu membalikkan dirinya semula untuk naik ke tingkat atas untuk tidur.







TBC(?)

Aduuhh..!! Apa kes pula ni?! Diorang nak apa-apakan Gemgem kita ke?! ∑(゜□゜;
.
Hish! Siapalah lelaki misteri tu?! Watak baru ke?!

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now