Bab 67

2.5K 82 12
                                    

Suasana masjid itu meriah kerana majlis pernikahan sebentar tadi. Natalia Adawiyah mencampakkan pemandangannya ke luar masjid. Cantiknya.

"aku terima nikahnya Natalia Adawiyah binti Mahmud dengan mas kahwin sebanyak 2 ribu ringgit tunai! " dengan sekali lafaz Natalia Adawiyah selamat menjadi isteri orang.

Dia tidak pernah menyangka bahawa hari ini akan tiba juga. Dia juga tidak menyangka dia akan kahwin dengan orang yang sanggup bermatian deminya.

"Nat! "sergah Hannah daripada belakang.

"kau ni, bila nak jadi sopan? Depan Syafiq bukan main sopan. "Natalia Adawiyah menepuk bahu Hannah.

"mesti lah kena sopan. Bukan selalu. Hahahaha. Ehh aku ada soalan dah lama nak tanya tapi aku lupa. "

"tanya lah"

"kau pakai tudung ni sejak bila? "

Natalia Adawiyah sekarang sudah pun berhijab. Makin manis orangnya.

"dekat Jepun. Rayyan bagi aku hadiah tudung. " dia ingat lagi Rayyan datang ke biliknya semata mahu membaginya tudung. Terkejut. Teruja. Semua ada.

Tidak pernah lagi seseorang itu menghadiahkan dia tudung. Dia merasa amat terharu.

"lia.. I doakan perkahwinan you bahagia. " Sofia muncul dengan air mata.

Siapa je yang sanggup menahan air mata bila lihat orang yang dia sayang dah pun jadi milik orang lain.

"Sofia.. " Natalia Adawiyah terus memeluk Sofia.

"sayang mummy! " Datin Suraya menghampiri sendirian tanpa Dato Hamid.

"mummy! " sapa Natalia Adawiyah.

Mummy Rayyan sudah pun dia panggil mummy. No more auntie.

"mummy doakan Lia bahagia. "tangan Datin Suraya berpaut pada tangan Natalia Adawiyah.

"doakan perkahwinan kami bahagia macam perkahwinan Mummy juga! "

"mummy akan sentiasa doakan perkahwinan anak mummy ni diberkati oleh Allah. Mummy doakan juga cepat² lah mummy dapat cucu! "Seloroh Datin Suraya

Hannah dan Sofia turut ketawa.

"Natalia! "kelihatan Liyana baru memasuki masjid.

"hai Liyana. "Natalia Adawiyah tidak menyangka Liyana akan tiba.

"okey mummy masuk dulu ye. Nak borak dengan besan. "Datin Suraya membawa diri.

"sorry lambat! Tak sempat nak tengok majlis you. Danny lah ni geramnya i. Dia tak cakap betul² masa sepatutnya you nikah. "getus Liyana

"tak apa. Nikah saja. Tak gempak mana pun"

"ehh tapi I taknak lepaskan peluang. I nak dapatkan berkat. Yelah next month i pula yang nak kahwin. " kata Liyana.

Pertunangannya tempoh hari masoh diteruskan. Walaupun Liyana bertunang dahulu, tetapi Natalia Adawiyah terlebih dahulu kahwin.

"aku kat Syafiq jap. "Hannah pula mengundurkan diri.

"so macam mana preparation? "tanya Natalia Adawiyah.

"boleh lah. Sebab semua wedding planner yang uruskan. I bayar je. I busy kan. Danial punya jadual lagi. Serabut kalau urus sendiri. "

"ye.. Faham. Ini pun saya punya wedding sesak nafas juga lah naj buat. Last minute kan! "Natalia Adawiyah ketawa.

"mana tak last minute. Lepas kena propose dekat Jepun. Balik Jepun terus tunang. " kata Sofia sambil menggelengkan kepalanya.

Mujurlah mama Natalia Adawiyah ni pemilik butik perkahwinan. Jadi small matter lah.

"rancak berbual" tegur Rayyan yang segak berbaju melayu.

"ehh Rayyan. Haa jom Liyana. I kita minum. Ada jamuan sikit² - sikit depan tu. " ajak Sofia.

Sofia dan Liyana membawa diri.

"cantiknya" puji Rayyan.

"terima kasih. "malu Natalia Adawiyah.

"dah lama I bayangkan you berhijab tak sangka. Harinya tiba juga. "kata Rayyan sambil matanya tidak lepas melihat kecantikan Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah melarikan pemandangannya ke luar. Malu weyh kalau orang pandang macam tu.

"terima kasih Rayyan sebab hadiahkan saya tudung. "

"sama - sama. Saya tak sangka yang awak akan pakai tudung terus. "

Rayyan teringat sewaktu di Jepun. Pagi - pagi lagi Rayyan dah mengetuk pintu bilik Natalia Adawiyah dan Sofia. Dia memberikan tudung kepada mereka. Dia tak menyangka Natalia Adawiyah terus memakainya.

Rayyan waktu menunggu mereka di dobi, tsrkaku melihat kecantikan Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah sememangnya sudah cantik. Pakai pula tudung. Aduh! Ibarat bidadari!

"ehem! "Danial Akmal berdehem.

"bro. "Rayyan dan Danial Akmal berjabat tangan.

Mereka telah berjanji yang mereka akan berbaik. Tiada lagi persengketaan antara mereka.

"semoga bahagia. "ucap Danial Akmal.
Rayyan menyambut ucapan itu dengan tawa Manakala Natalia Adawaiyah hanya senyum memerhati.

Dua orang ini pernah berebutkan dia. Dia tak pun sangka dia yang bebal ni pun ada orang rebut. Lawaklah Natalia Adawiyah ni!

Natalia Adawiyah berdoa perkahwinannya ini selamat dunia akhirat. Itu saja yang dia harapkan.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now