BAB 9

6.1K 324 0
                                    

Hari ini sudah penghujung bulan oktober. Tidak sampai sebulan Natalia Adawiyah akan menduduki peperiksaan SPM. Berdebar di hati apabila menghintung hari.

Natalia Adawiyah menuju ke perpustakaan sekolah sendirian tanpa 2 orang sahabat baiknya. Hannah tidak hadir ke sekolah kerana demam, manakala Sofia perlu pulang dengan keluarganya untuk menjemput abangnya di KLIA.

Natalia Adawiyah mendapatkan tempatnya. Perpustakaan itu dilengkapi dengan pendingin hawa melegakan Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah bangkit mendapatkan buku rujukan. Dia kembali ke tempatnya untuk memulakan ulangkaji. Dia terlihat seorang pelajar lelaki duduk di mejanya.

"awak, ni tempat saya." Natalia Adawiyah memberitahu dia.

"jadi?"

"jadi? Err...."

"meja ni bukan kecil. Muat 4 orang. Lagi pun saya duduk sebelah sini, awak duduk sana."

"yelah. Hmmm.."

"kalau awak tak suka saya duduk sini tak mengapalah." Danial Adam bangun daripada tempat duduknya.

"eh, awak. Duduklah semula. Saya tak cakap pun saya tak suka. Saya Cuma pelik aje. Awak tak kisah ke saya semeja dengan awak?"

Danial Akmal kembali duduk di kerusinya.

"perlu ke saya kisah? Lagi pun semua meja di sini penuh. Saya tiada pilihan selain daripada duduk sini."

"oh...." Natalia Adawiyah sudah tersenyum –senyum seorang diri.

Natalia Adawiyah asyik curi – curi melihat Danial Akmal yang duduk di hadapan belah kanan Natalia Adawiyah.

"tak boleh ke awak belajar aje?" Danial Akmal sedari dirinya dipandang daripada tadi.

"eh, saya belajarlah ni." Natalia Adawiyah kembali selak buku matamatiknya.

Danial Akmal menggeleng kepala lalu mengeluh melihat kelakuan Natalia Adawiyah.

Aduh! Macam mana hendak selesaikan soalan ini. Aku dah lah lemah bab ni. Natalia Adawiyah menggaru kepalanya.

Eh, kan ada Danny di depan aku. Apa kata tanya aje. Mana tahu ini bakal mengeratkan lagi hubungan kami. Natalia Adawiyah tergelak kecil.

"awak ni kenapa tiba – tiba gelak?" Danial Akmal pelik dengan Natalia Adawiyah.

"tak ada apa – apa. Awak, macam mana nak selesaikan soalan ini?" Natalia Adawiyah menunjukkan buku nya pada Danial Akmal.

Kedengaran keluhan nafas Danial Akmal.

"soalan mudah pun awak tak dapat jawab?"

"saya ni bukanlah pelajar yang bijak macam awak. Saya asyik dapat nombor terakhir dalam kelas." Natalia Adawiyah menundukkan kepalanya.

"sedar pun diri tu lemah." Kata – kata Danial Akmal sedikit pun tak mengguris hati Natalia Adawiyah.

" ini macam ini. Ini kan kata kunci. Kalau soalan macam ini, formula dia begini." Danial Akmal mengajar Natalia Adawiyah satu per satu.

"ohh.."

"jangan oh aje. Buat sekarang." Danial Akmal menghulur kembali buku Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah membuat seperti mana yang di suruh oleh Danial Akmal. Tekun Natalia Adawiyah belajar. Sekali sekala dia di marahi oleh Danial Akmal kerana kesilapan kecil. Mujur mereka di perpustakaan jadi Danial Akmal tidak menjerit kuat.

******

Puan Nazatul mengerling ke arah jam. Sudah jam 4 petang tapi kelibat Natalia Adawiyah tidak kelihatan. Puan Nazatul sudah mula cemas. Tidak pernah Natalia Adawiyah pulang sekolah lewat tanpa memberitahu dia.

"Rina, saya nak pergi ambil Natalia di sekolah. Kalau ada apa – apa, telefon aje saya." Puan Nazatul mengambil beg tangannya.

"baik, Puan."

Puan Nazatul memndu kereta ke sekolah Natalia. Dia memndu dengan cermat. Sepanjang perjalanan dia berdoa anak kesayangannya selamat. Puan Nazatul memberhentikan kereta di hadapan pagar sekolah.

Dia memandang ke arah perhentian bas, tetapi tiada sesiapa kelihatan. Dia pergi ke arah pondok pengawal keselamatan.

"encik, semua pelajar sesi pagi sudah pulang ke?"

"saya tak pasti, mungkin ada lagi pelajar yang masih berada di perpustakaan atau surau. Kenapa puan? Anak puan belum pulang lagi ke?"

"ya. Hmm bila bas kali terakhir berhenti di hadapan sekolah?"

"lebih kurang setengah jam yang lalu."

Setengah jam yang lalu? Kalau setengah jam yang lalu, ada kemungkinan Natalia Adawiyah menaiki bas itu dan dah pun tiba di hadapan butik sekarang ni. Baik aku telefon butik. Puan Nazatul mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangan miliknya.

"hello, Butik Cahaya Adawiyah. Boleh saya bantu?" satu suara kedengaran. Suara itu amat di kenali Puan Nazatul.

"hello, Shima. Ni sayalah. Lia dah balik?"

"oh puan. Belum lagi. Kenapa ye?"

"kalau dia balik, awak suruh dia telefon saya dengan segera, ye?"

"baik, puan."

Puan Nazatul meletak kembali telefon bimbitnya. Mana pula budak ni. Daripada tadi tidak kelihatan.

Puan Nazatul sudah mulai resah. Dia terlihat sepasang pelajar sekolah menghampirinya.

"mama!!" Natalia Adawiyah mendapatkan mamanya dengan segera. Dia memeluk mamanya.

"sayang kenapa pulang lewat sangat? Risau mama."

"Lia belajar dengan Danny tadi. Khusyuk sangat belajar sampai tak sedar masa dah berlalu. Kan, Danny?"

"ye, aunty. Maaflah kalau membuat aunty risau."

"kalau Lia dengan Danny, lega hati aunty. Aunty percaya Danny jaga Lia dengan baik. Lia sudah solat zohor?"

"sudahlah, baru aje pulang dari surau ni."

"kamu solat lewat?!"

"alaa.. Lia dengan Danny tak perasan. Nasib baik Danny yang sedar."

"Lia, belajar tu memang penting. Solat lagi penting. Faham?"

"faham, mama."

"Danny, mari aunty hantar kamu balik."

"tidak mengapalah aunty, saya boleh naik bas."

"janganlah begitu Danny. Biar aunty hantar sebagai tanda terima kasih aunty sebab kamu sanggup habiskan masa belajar dengan Lia. Aunty faham. Bukan senang nak ajar Lia ni yang agak lambat."

Danial Akmal cuba menahan gelak. Apa yang diperkatakan Puan Nazataul sangat benar, susah untuk belajar dengan Natalia. Masanya banyak terhabis dengan mengajar Natalia Adawiyah. Dia langsung tiada kesempatan ulang kaji untik dirinya.

"Danny, ikut kami ye?" sekali lagi Puan Nazatul memujuk Danial Akmal.

"baiklah Aunty." Akhirnya Danial Akmal menerima tawaran puan Nazatul.


Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now