BAB 13

5.6K 259 4
                                    

Danial Akmal mengatur langkahnya ke dapur. Susun atur dapur mampu menarik perhatian sesiapa yang masuk. Ruang dapur yang besar amatlah menerujakan untuk sesiapa yang memasak.

"Danny, nak makan apa malam ini? Boleh papa masak untuk kamu." Soal encik Rahman.

Encik Rahman senang dengan kehadiran putera sulungnya. Sejak dia bercerai dengan isterinya, anak – anaknya jarang pulang ke rumahnya bersama – sama. Mereka sering pulang berasingan. Encik Rahman faham dengan komitmen yang perlu di lakukan oleh ketiga – tiga anaknya.

"Danny tak tahulah nak makan apa. Papa masak ajelah apa – apa. Cuma Danny teringin minum mango lassi."

Danial Akmal senang pulang ke rumah papanya kerana segala permintaan anak tekaknya akan dituruti oleh Encik Rahman. Bertuah dia mempunyai papa yang merupakan seorang tukang masak terkemuka di Malaysia.

"okey. Kalau begitu, papa masak kamu ayam masak emak cili api dan sayur campur. Danny, tolong masak nasi ye."

Encik Rahman akan masak setiap kali anak –anaknya pulang ke rumahnya. Kalau hari lain dia lebih gemar makan di restoran miliknya berbanding masak di rumah.

"papa tak sunyi ke duduk seorang diri aje?" tangan Danial Akmal ligat membasuh beras.

"sunyi? Hahaha. Papa ni dah hampir 7 tahun duduk sendiri, dah biasa dah." Tangannya yang tadi ligat memotong sayur terhenti.

"papa perlu cari mummy."

"papa dah tua. Papa ni bukannya handsome lagi. Lainlah mama kamu tu. Masih cantik. Itu yang buat daddy kamu terpikat."

"lain macam aje papa ni, papa masih sayangkan mama ye?" dia terus menarik kerusi yang berada di hadapan papanya.

"tak adalah. Papa dan mama kamu masih lagi kawan. Kalau ada perasaan sayang itu hanyalah sebagai kawan."

Sesekali dia menyesal dengan tindakannya dulu. Tapi apabila melihat bekas isterinya hidup lebih bahagia sekarang, dia yakin dengan pilihannya dahulu.

"haa.. kawan – kawan kamu pun dah lama tak datang ke sini."

"mereka sibuk, pa. SPM kan dah nak dekat. Masing – masing belajar sendiri di rumah."

"oh ye. Papa lupa kamu akan duduki SPM. Bila tu?"

"lusa."

"bagaimana persediaan kamu?"

"okey aje."

"papa tahu Danny dapat lakukan dengan baik. Ni kamu nak balik rumah mama bila?"

"esok pagi."

"awalnya. Balik petang ajelah."

"pagi tu Danny nak ulang kaji dengan kawan. Tu yang kena keluar awal pagi."

"oh. Kamu tu bawa kereta hati – hati. Papa tahu kamu ada lesen tapi faham ajelah sekarang ni senang sangat nak dapat saman."

Danial Akmal hanya mengangguk tanda faham. Tangannya kembali meneruskan kerja memotong sayur.

******

Diana melabuhkan punggungnya disebelah mamanya.

"Danny mana, ma? Tak Nampak dia pun seharian ni."

"Danny balik ke rumah papa. Dee tu tak nak balik rumah papa juga ke? Dah lama mama tengok Dee tak ke sana." Datin Rozana mencapai alat kawalan jauh.

"mama ni, macam tak suka Dee tinggal di sini aje."

"bukan tak suka. Biasanya Dee akan tidur rumah papa seminggu dalam sebulan. Mama rasa kali terakhir Dee balik 3 bulan lalu. Mama bukan apa, Dee. Mama risau papa kamu tu terasa hati. Ingat Dee, dia masih papa Dee." Tangannya menepuk – nepuk lembut peha puteri tunggalnya.

"Dee bukan tak nak. Kalau Dee balik sana mesti papa asyik tanya bila nak kerja. Rimaslah Dee."

"memang patut pun papa bising. Kamu tu dah graduate dari hujung tahun lepas, tapi sampai sekarang tak kerja lagi. Kerjalah. Kalau tak nak kerja di restoran papa, kerja aje di company daddy. Jangan sia – siakan degree kamu tu."

"Dee janji, awal tahun depan Dee akan kerja. Bagilah Dee honeymoon dulu." Diana membuat muka comel di hadapan ibunya.

"okey, mama pegang janji Dee."

"mama, ni Dee nak cakap something." Suara Diana separuh membisik.

"cakap apa? Tak payahlah nak berbisik – bisik."

"Lia, anak Aunty Naza tu suka Danny. Dan Dee yakin Danny pun suka Lia."

"macam mana kamu tahu?"

"Lia dah mengaku hari tu. Danny pula, kalau tak suka Lia takkan nak spend setiap hari di butik Aunty Naza dan ulang kaji pelajaran sama – sama."

"jadi?"

"jadi Dee rasa kita perlu rapatkan mereka!"

"kak Dee jangan merepek. Abang Danny takkan suka rancangan kak Dee. Ayish yakin yang abang Danny akan bantah." Danish yang tiba – tiba muncul daripada dapur.

"ish Ayish ni. Kak Dee kenallah adik – adik kak Dee bagaimana."

"Ayish lagi kenal perangai abang Ayish bagaimana. Kak Lia bukanlah taste abang Danny." Danish melabuhkan punggung di atas sofa dihadapan kakaknya.

"kalau Ayish tahu sangat. Cakaplah bagaimana taste abang Ayish tu."

"Abang Danny suka perempuan yang lemah lembut, sopan santun, bijak dan cantik. Tengok Kak Lia tu langsung tak ada ciri – ciri yang abang Danny nak." Danish mengelengkan kepala.

"Ayish ni budak kecil, jangan nak masuk campurlah." Diana menghempaskan badannya ke belakang.

Geram rasanya apabila adik bongsunya tidak menyokong cadangannya.

"kamu berdua ni. Mama penat tengoklah. Dah lah, mama nak naik. Tidur lagi baik daripada dengar korang bergaduh di sini." Datin Rozana segera melangkah ke arah tangga.

"mama, Dee belum habis cakap lagi."

"Dee cakap sendiri ajelah. Mama penat ni." Kakinya terus memanjat anak tangga.

Danish sudah tersenyum mengejek Diana.

"ini semua Danish punya pasal." Diana juga ingin masuk ke bilik tidurnya.

Danish hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia segera mencapai alat kawalan jauh dan tukar siaran kegemarannya.


Encik Crush, aku disini!Место, где живут истории. Откройте их для себя