BAB 27

4.9K 214 6
                                    

Natalia Adawiyah menyemak telefon bimbitnya. Dia langsung tidak memperdulikan telefon bimbitnya selama dia bersama Danial Akmal, data internet turut di matikannya. Konon nak nikmat saat indahlah. Choi!

Hambek kau! berduyun what'sapp dan wechat yang masuk. Kebanyakkan dari Sofia dan Hannah.

"woi! kau kay mana? - Hannah.

"You, I dah spam you banyak kali kot. Mana you pergi, Lia." - Sofia

" Natalia Adawiyah binti Azhar tolong lah reply." - Hannah

"Lia!! Lia!! " - Sofia

Itulah antara mesej yang masuk. Inilah orang zaman sekarang asal tak online aje dah susah nak hubungi. Kalau penting kenapa tak sms ke tak pun call aje. Ini lah remaja zaman sekarang lebih pentingkan nilai kredit berbanding nilai persahabatan. Cubalah berkorban sikit. Berapa sen sangat lah nak sms tu.

"I'm sorry. Jom jumpa. Hannah kau cuti kan? Jom jumpa. Aku ada story ni." - Natalia

****

"what???! mama bantah!" Teriak Datin Roza.

"Kak Dee pun bantah!" Diana pula menunjukkan ketidak setujuannya.

"tak salah pun kan?" Kata Danial Akmal.

"yes.. Tapi Danny berhak menerima lebih baik!" Datin Rozana sekali lagi membantah.

"Roz, apa salahnya Danny buat keputusan sendiri. Mungkin dia ada sebabnya." Dato Ahmad membela.

"betul tu, Za, Dee.." kini Encik Rahman pula menyokong.

Encik Rahman kebetulan tiba di teratak Dato' Ahmad kerana ada urusan. Tidak menyangka pula yang Danial Akmal mahu dia turut serta dalam perbincangan ini.

"Man, awak tolong lah nasihatkan anak awak ni." Datin Rozana yang dari tadi berdiri kini duduk bersebelahan Dato' Ahmad.

Dato' Ahmad mengurut belakang isterinya.

"Danny, cerita lah kenapa sebabnya?"

"hmm.. for me this is the best." Danial Akmal menelan air liurnya.

"apa sebabnya Danny..." pinta Diana.

"Danny gagal. Danny gagal mencapai target. Dan ini cabaran Danny."

"Gagal?! You get a good result. What do you mean by gagal?" Diana tidak faham apa yang diperkatakan adiknya itu.

"Kak! I don't get a straight A+. That is a gagal for me!" tegas Danial Akmal.

"But you still have a chance to go abroad." Diana menghelakan nafasnya.

"teruk sangat ke perkataan tingkatan 6 tu? Teruk sangat ke? For your information, STPM is the third hardest examination in east - west asia! So, apa salahnya Danny buktikan pada diri Danny yang Danny boleh dapat 4 flat dalam STPM?"

"Danny, papa tak kata tak setuju tapi..." kata - kata Encik Rahman terputus.

"But why pa? Pa, tingkatan enam sudah dijenamakan semula. Dah boleh pakai baju biasa, dan sistemnya ialah sistem penggal. Every sem ada exam. So tak ada teruk mana. Dan sepatutnya STPM diangkat di mata masyarakat. Ini tak. Semua pandang hina pada budak form 6. STPM dapat pengiktirafan oxford. Tolonglah pa, ma, daddy, kak Dee. Hilangkan segala persepsi buruk terhadap form 6. Please!" Rayu Danial Akmal.

*******

Suasana dalam restoran Texas itu agak lengang memandangkan hari ini hari kerja.

"wei, mana kau menghilang?" Kata Hannah sambil menggigit jalapeno boomers, nugget yang berinti chesse dan chili. Sekali gigit boom! meletup cheese nya mengalir keluar.

"kecoh lah korang. Aku tak ada sehari aje." Natalia mengambil butter scoth biscuit.

Fuh! okey teringin makan texas.

"sehari tak sehari. Mana you hilang." soal Sofia pula.

"aku tidur rumah makcik Danny.

Fuh!! Tersembur juga air ni. Nasib baik jatuh ke lantai dan nasib baik juga air boleh refill banyak kali.

"eiihh! Hannah. You ni.." Sofia menghulurkan tisu kepadanya.

"sorrylah. Aku terkejut sekejap." Kata Hannah sambil mengelap mulutnya.

"buat apa kat sana?" serentak Hannah dan Sofia bertanya.

"Tak sengaja sampai rumah makcik dia. Alaa panjang sangat ceritanya. Susah nak cerita lah." Natalia Adawiyah terus mengunyah biskutnya itu.

"tapi..." sambung Natalia Adawiyah.

"tapi apa?" Hannah mula bertanya

"Sekejaplah, aku tercekik ni." Natalia Adawiyah terus menghirup aIrnya.

"tapi apa?" terus Sofia bertanya sebaik saja Natalia Adawiyah melepaskan straw dimulutnya.

"dia lain sangat! Dia tak macam Danial Akmal yang kita selalu tengok di sekolah. Cara dia layan ibu dan sepupunya berbeza sangat.."

"ibu?" Hannah bertanya.

"oh, dia panggil mak saudaranya, ibu. Dia layan ibu saudaranya sangat lembut. Memang berbeza sangat bila dia di sini dengan di kampung. Dengan mama dia pun aku tak pernah nampak dia lembut sangat macam tu." jelas Natalia Adawiyah.

"pula? tak akan lah dia dengan parents dia dingin aje?" soal Sofia.

"ya. Memang dingin. Aku ni kenal famili dia. Jadi aku tahulah. Tapi part yang paling best sangat..." Natalia Adawiyah tersenyum sinis.

"Danny kata dia tak kisah kalau kena ambil dan hantar dari rumah ke sekolah. Memang rasa macam peh! heaven bila dengar!" teruja Natalia Adawiyah memberi tahu.

"kau silap dengar kot." Hannah cuba menafikan.

"hello, aku dengar wei! dia disebelah aku. Disebelah. Bukan belakang ke tepi. Aku siap pandang dia lagi." Natalia Adawiyah cuba meyakinkan kawannya.

"hmm.. okey, so kalau dia keluar dengan other girl.. what is yor respond?" soal Sofia bersahaja.

"maksud kau?" Natalia Adawiyah dan Hannah serentak.

"tengok belakang.." jari Sofia membuat pusingan sebagai arahan memandang belakang.

Serentak Natalia Adawiyah dan Hannah memusingkan kepala.

Semua terdiam.

"siapa tu?" Hannah musykil.

"tak tahu..." Natalia Adawiyah menjawab lemah.

Tiada siapa yang tahu. Bukan Liyana atau Raisha... Amira pun bukan. tetapi ini siapa?


Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now