Bab 52

3.8K 182 8
                                    

Natalia Adawiyah duduk sebentar di ruang tamu. Dia terlihat bingkai gambar di sebelahnya. Gambar Danial Akmal, Raisha dan seorang gadis yang turut memakai baju sekolah seperti mereka.

"Lia.. "Tegur Raisha.

Natalia Adawiyah terus mengangkat mukanya memandang Raisha. Natalia Adawiyah menghadiahkan senyuman.

"Buat apa kat sini? Pergilah masuk bilik. Rehat. "

"Tak apalah. Nanti kalau saya rasa penat saya rehatlah. Hmm awak nak ke mana? Kerja ke? "Natalia Adawiyah menyedari yang Raisha memegang kunci motorsikal.

"Eh taklah. Saya nak ke kedai. Beli lauk. Awak nak tempah apa apa ke? "

"Hmm no thanks. "

"Okeylah. Saya pergi dulu. "

Natalia Adawiyah hanya mengangguk. Matanya setia memandang ke arah Raisha hinggalah gadis itu hilang daripada pandangan matanya. Natalia Adawiyah tersenyum melihat Raisha yang semakin akrab dengannya.

"Eh.. Lia. Buat apa duduk sini? Tak rehat ke? "Kini giliran ibu menegurnya.

"Lia tak rasa penat bu. "Natalia Adawiyah tersenyum

Ibu melabuhkan punggungnya dengan kerusi yang dekat dengan Natalia Adawiyah.

"Tu Aina. "Kata ibu tanpa ditanya.

Natalia Adawiyah kembali memandang semula gambar itu.

"Cantik. "Puji Natalia Adawiyah.

"Secantik namanya. "

"Patutlah Danny sayang sangat dia. "

Ibu terketawa kecil.

"Akmal, Raisha dan Aina membesar sama sama. Jadi selalu juga Aina datang ke rumah ni. Akmal pernah bagitahu ibu, yang dia suka Aina. Dia nak kahwin dengan Aina sebaik saja dapat ijazah. Ibu pesan kepada Akmal, supaya belajar. Jangan sebab cinta matapelajaran terganggu. Lagipun waktu itu Akmal baru saja 15 tahun. Ibu tak galak mereka bercinta.
Akmal dan Aina setuju untuk tidak bercinta. Akmal dan Aina hanya beerkawan baik. Keluarga Aina tahu tentang Akmal. Jadi hubungan Akmal dengan keluarga Aina memang akrab. Lebih akrab berbanding dengan Raisha. Raisha ni walaupun membesar sama sama, tapi tak berapa rapat.

Raisha lain kelas. Raisha ni jenis malas sikit belajar. Tak sama macam Akmal dan Aina. Tu yang Aina lebih rapat dengan Akmal.

Tapi jodoh itu ditangan Allah. Allah yang tetapkan segalanya. Sekuat mana kita cuba bertahan, kalau Allah kata tak, maknanya taklah. "

Ibu menghelakan nafasnya. Matanya mula berkaca. Dia mengerling ke arah Natalia Adawiyah yag sedang menundukkan kepalanya.

"Lia.. Ibu tak ada niat nak sakitkan Lia. "Ibu segera mengenggam tangan Natalia Adawiyah.

"Eh. Tak ada apa pun bu. Lia dengan Akmal tak ada hubungan pun bu. Kami kawan je. "Natalia Adawiyah mengukirkan senyuman.

Sebenarnya dalam hati Natalia Adawiyah sedang menangis. Dia tersentuh dengan kisah Aina dan Danial Akmal. Kisah cinta seperti romeo dan juliet.

"Lia...pertama kali Akmal bawa Lia jumpa ibu. Ibu tahu kamulah orangnya. "

"Huh? "Natalia Adawiyah terpinga dengan kata kata ibu.

"Ibu kenal anak ibu. Walaupun bukan ibu yang lahirkan Akmal, tapi ibu cukup faham dengan Akmal. Lia.. Ibu doakan yang terbaik untuk Lia dan Akmal. "

"Tapi bu.. Saya tak ada apa apa hubungan dengan Akmal. "

"Ibu tahu. Tapi tak mustahilkan. Jadi ibu doakan Lia yang akan jadi menantu ibu. "Ibu menepuk lembut peha Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah mengukirkan senyuman. Saat ini pelbagai perasaan dihatinya. Yang pasti saat ini otaknya sibuk berfikir, bolehkah dia menjadi sebaik Arwah Aina?

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now