Bab 57

5.2K 208 55
                                    

Hannah menanggalkan telekung yang dipakainya. Telekungnya itu disangkut di kerusi belajarnya. Hannah mencapai telefon bimbitnya. Telefon bimbit pemberian Syafiq.

Syafiq memberinya kerana telefon bimbit Hannah rosak akibat terjatuh dari tingkat dua di sekolah. Menangis Hannah waktu itu. Syafiq mengetahui bahawa telefon Hannah rosak daripada Rayyan. Tanpa membuang masa,Syafiq segera membeli telefon baru untuk Hannah.

Pada awalnya Hannah menolak kerana dia sudah terlalu banyak berhutang budi dengan Syafiq. Dia tak mahu disalah anggap kononnya berkawan dengan Syafiq sebab harta. Tetapi atas desakan Syafiq, Hannah akhirnya akur menerimanya.

Oppo A37, berwarna rose gold. Bukan itu saja, wallpaper telefon itu siap dengan gambar Syafiq. Syafiq yang menukarkannya sebelum memberi ke Hannah. Syafiq sempat berpesan supaya jangan cuba menukar wallpaper tanpa keizinannya.

Hannah tersenyum sendiri mengingati kenangan itu. Telefon bimbit yang dipengangnya berbunyi, dengan segera dia melihat ke arah skrin.

"The Prince Charming. "Okeyy nama ini pun sebab Syafiq yang set. Apa dia ingat dia tu Prince Charming dalam cerita dongeng tu ke.

Hannah mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum. "Hannah menyambut panggilan.

"Waalaikumsalam, bidadariku. "Suara Syafiq dihujung talian.

Hannah tergelak kecil dengan perangai Syafiq.

"Awak sihat? " soal Syafiq.

"Alhamdulillah. Sihat. Awak? "Hannah pula bertanya.

"Alhamdulillah sihat. Saya call ni nak kata minta maaf. "

"Maaf? Kenapa pula? Awak mana pernah buat salah. "

"Saya nak minta maaf sebab dah lama tak telefon awak. Tak whatsapp awak. Sebab saya sibuk. "Suara Syafiq kedengaran sedih.

Syafiq sememangnya sibuk sejak akhir- akhir ini. Selain menjadi pengarah ayarikat, dia juga terikat sebagai pelajar separuh masa.

"Saya faham. Saya tak kecil hati pun. Cuma saya nak pesan, sibuk macam mana pun awak, tolong jangan lewatkan solat. "

"Baik! Saya akan ingat pesanan awak. Okeyylah bonda dah panggil makan. Awak jangan tak makan okey. "

"Okey. Assalamualaikum. "

"Waalaikumsalam. Love you! "Syafiq sempat melafazkan sayangnya.

Hannah tak menyambut sebaliknya dia hanya ketawa sebelum mematikan panggilan. Hannah mahu melafazkan sayang itu setelah mereka ada ikatan yang sah. Bagi Hannah biarlah mereka hanya sekadar kawan sahaja sebelum kahwin sebab Hannah sendiri tak yakin yang dia mampu mengawal sifat cemburunya.

********

Danial Akmal memasuki lebuh raya. Kereta yang dipandunya dengan cermat. Hari ini dia ada penggambaran, sebagai pelakon yang baik, dia kena pastikan bahawa dirinya sentiasa tepat pada masanya. Dia tak mahu dirinya dicop sebagai pelakon bermasalah.

Meskipun Danial Akmal masih hijau dalam dunia lakonan ini, dia mahu membuat yang terbaik. Segala cabaran yang diberi akan dia laksanakan dengan baik. Keretanya memasuki suatu perkarangan rumah. Kelihatan kru - kru sedang sibuk menyiapkan kerja mereka sebelum penggambaran dijalankan sebentar lagi. Danial Akmal memakirkan kereta disuatu tempat yang agak jauh daripada lokasi penggambaran kerana dia tak mahu kehadiran keretanya mengganggu kerja mereka. 

Jam tangannya semoat dikerling sebelum dia keluar daripada kereta. Ternyata dia hadir 55 minit lebih awal berbanding masa yang sepatutnya. Good job, Danny. sempat dia memuji dirinya. Danial Akmal keluar daripada kereta untuk pergi ke arah lokasi penggambaran.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now