Bab 38

4.8K 198 6
                                    

Natalia Adawiyah masih membisu di dalam kereta. Sesekali dia tersenyum sendiri. Ada sesuatu yang mengeletek hatinya saat ini.

Danial Akmal yang sedang memandu sebenarnya sedar akan keletah Natalia Adawiyah saat ini. Tetapi dia tidak peduli. Malas mahu dia melayan manusia gila macam ni. Bukan dia tak tahu apa punca Natalia Adawiyah senyum sendiri. Tetapi sengaja dia berpura -pura tidak kisah.

"Ehem.. awak.." Natalia Adawiyah cuba bersuara. Bibirnya masih tak lekang mengukir senyuman.

Danial Akmal membelokan stereng kereta memasuki sebuah lorong. Seperti biasa, Danial Akmal akan mengabaikan Natalia Adawiyah. Huh! Ingat Natalia Adawiyah macam orang lain, orang lain mungkin mudah give up. Ini Natalia Adawiyah binti Azhar! Sentiasa berjuang sehabisnya.

"Awak... sedap ke pudding saya buat hari tu?" Soal Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah memusing badannya ke arah Danial Akmal. Matanya dikelip kelipkan menanti jawapan Danial Akmal.

Danial Akmal membisu. Malas dia mahu menjawabnya. Buang masa.

"Awak... jawablah." Natali Adawiyah mengoncangkan badan Danial Akmal sedikit.

Danial Akmal berdengus. Tak boleh ke sekali dalam sehari dia bagi aku ketenangan.

"Tak." Sepatah saja yang mampu dikeluarkan oleh Danial Akmal. Macam biasa.

"Tapi kenapa awak bersungguh nak saya buat?" Soal Natalia Adwiyah lagi. Dia tidak puas hati dengan jawapan Danial Akmal.

Danial Akmal membisu sekai lagi. Matanya terus fokus kearah pemanduan. Malas dia mahu menyerabutkan kepalanya.

"Awakkk...." Natalia Adawiyah memujuk Danial Akmal bersuara.

"Awak.." kali ni suarnya tinggi sedikit.

"Awak! Jawablah" haaa kau! Tak pasal pasal kena maki dengan Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah sempat memukul lembut lengan Danial Akmal.

"Saya tak nak Tania buat. Saya sengaja je. Sebab saya risau kalau dia guna-guna dalam pudding tu. Faham?" Uish! Jawapan Danial Akmal. Danial Akmal bagi jawapan begitu??

Biar betul? Dia lebih takut kena guna guna dengan Tania berbanding Natalia Adawiyah.

"Ye ke?? Ke awak dah termimpi mimpi kan pudding saya yang sedang teramat tu." Natalia Adawiyah sempat menyakat Danial Akmal. Jari jarinya digerak gerakkan seperti ombak ke arah Danial Akmal.

"Jangan merepek boleh tak?!" Arah Danial Akmal. Mukanya berkerut tanda dia sedanh serius.

Tetapi tidak bagi Natalia Adawiyah. Raut wajah Danial Akmal dianggap sangat lucu saat ini. Rasa macam cute overload!

"Eleleh... tak nak mengaku pula. Come on Danny. mengaku bukan satu kesalahan." Natalia Adawiyah bergelak kecil. Seronok pulak kacau encik crush dia.

Danial Akmal membrekkan kereta secara mengejut. Natalia Adawiyah kedepan sedikitbadannya. Mujur pakai tali pinggang keselamatan kalau tak mungkin dia mengalamai benjol di kepala.

"Auch! Awak ni.. pandu tu elok eloklah." Marah Natalia Adawiyah.

"Dah puas merepek?" Danial Akmal memandang ke arah Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah sekadar menayangkan giginya yang taklah putih mana.

"Sekarang sila keluar." Arah Danial Akmal.

Mata Natalia Adawiyah membulat? Dia halau aku ke??

"Tunggu apa lagi? Dah sampaI rumah awak!" jerkah Danial Akmal.

"Owh. Hihi. Terima kasih encik crush!" Malu Natalia Adawiyah. Macam mana dia boleh tak sedr dah sampai. Dalam keadaan malu sempat panggil encik crush. malu ke tu? Natalia Ada keluar dari kereta milik Danial Akmal.

Danial Akmal hanya mampu mengeleng tingkah laku Natalia Adawiyah. Kalau boleh nak aje dia cekik minah tu sekarang juga. Danial Akmal memasuki gear R untuk mengundur sebelum kembali ke gear D.

Natalia Adawiyah yang berdiri di hadapan pintu rumahya masih sibuk melambai. Entah bila dia mahu masuk ke rumah pun dia tidak tahu. Barangkali dia mahu masuk sampai bau asap kereta tu hilang.

Natalia Adawiyah membuka pintu pagar rumahnya dan kembali menguncinya semula. Sekarang ni banyak ke kecurian. Jadi dia perlu berjaga jaga. Sebaik sahaja dia memulas tombol pintunya, sebiji kereta Honda Jazz berhenti dihadapan rumahnya.

Seorang gadis berpakaian formal pejabat keluar dari perut kereta. Ya Natalia Adawiyah kenal kereta itu dan dia kenal pemilik lereta itu meskipun pemilik kereta itu memakai cermin mata hitam berjenenama.

"Ohh! My sweet Lia!" Teriak gadis itu.

"Kak Dee!"teruja dia menyambut bakal kakak ipar dia. Eh?

Diana membuka cermin mata hitamnya supaya dia dapat melihat jelas bakal adik ipar kesayangannya. Sudah lama dia todak berjumpa Natalia Adawiyah sejak dia memulakan kerjanya di syarikat bapa tirinya. Itupun setelah dipaksa habis habisan oleh Datin Rozana. Ibu mana yang suka lihat anaknya menganggur.

Natalia Adawiyah segera membuka pintu pagar rumahnya. Setelah pagarnya dibuka. Dia terus memeluk Diana dengan erat.

"Masuklah kak. Kita borak didalam." Pelawa Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah berjalan beriringan dengan Diana. Banyak benda yang ahu diceritakannya.

"Kak Dee tak kerja ke?" Soal Ntalia Adawiyah sambil membuka kasut sekolahnya.

"Kerja. Tadi ada meeting dengan client. Alang alang sudah keluar baik ponteng sekejap. Bukan selalu. Daddy pula out station so memang pejabat I yang punya." Kening Diana diangkat.

Diana melabuhkan punggungnya di atas sofa lembt milik mama Natalia Adawiyah.

"Kita duduk ajelah ye. Lia nak buatkan air pun tak boleh. Kan puasa." Natalia Adawiyah segera mengambil tempat dihadapan Diana. Televisyen dihidupkan. Nanti tak adalah bosan sangat.

"So Lia? Macam mana hubungan Lia dengan Danny?" Tu dia! Dah mai dah. Memang itu saja bahan topik yang dia suka bincangkan dengan Natalia Adawiyah.

"Masih macam tulah." Jawab Natalia Adawiyah acuh tak acuh.

"Setiap hari bersama masih tiada apa apa perkembangan?" Soal Diana yang masih penuh keterujaan.

"Berkembang apanya. Ada pesaing baru." Natalia Adawiyah mengeluh.

"Tania Sirajuddin?" Soal Diana.

Ya. Macam biasa. Diana sentiasa tahu siapa yang menjadi penghalang dalam kisah percintaan ini. Diana ni macam ada pasang cctv saja dekat badan Natalia Adawiyah.

"How you know?" Natalia Adawiyah membulatkan matanya. Dia belum cerita pasal Tania langsung.

"No need to know how." Diana mengangkat keningnya lagi.

"Geram betul dengan Tania tu. Dah lah gedik. Tadi boleh pula dia cari pasal. Sakitnya hatini. Tapi nasib baik Danny pilih Lia." Flip hair.

"Pilih Lia??!!" Teriak Diana.

"Bukan pilih tu lah kak Dee. Dia pilih Lia buatkan pudding untuk majlis iftar nanti. Mati mati dia tak mahu si Tania tu buatkan!" Teruja Natalia Adawiyah cerita.

"Wow! Biar betul. Perkembangan positif. Tapi dia suruh uat pudding apa?" Soal Diana lagi.

Natalia Adawiyah tidak terus menjawab. Sebaliknya dia tersenyum sendiri.

"Kak dee ingat tak yang Lia pernah bagi kak Dee rasa pudding Lia dulu?" Senyumnya masih tidak lekang.

Diana uba mengingat. Haa! Dia ingat.

" ya.. pudding yang Danny kata tak sedap tu?" Diana memetik jarinya.

Natalia Adawiyah sekadar mengangguk dengan senyuman.





P/S: hai sayang semua!! Maaf dah lama tak update. Lepas ni mungkin Nana makin susah nak update sebab Nana akan sambung belajar. InsyaAllah Nana akan cuba luangkan masa. 😘 oh ye. This is the new cover. Cantik tak?? Terima kasih sebab sudi buatkan untuk nana. Sayang korang!

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now