BAB 19

5.2K 244 4
                                    

Natalia Adawiyah melangkah masuk ke Istana Budaya. Dia ke seorangan. Tiket lagi satu yang di beri Diana tidak di gunakan. Dia mahu ajak mamanya tetapi mamanya kena jumpa client. Hannah kerja, Sofia pula ada majlis keluarga. Sofia ada cadangkan pergi bersama Rayyan tapi takkanlah. Natalia Adawiyah datang sini untuk Danial Akmal, kalau ada Rayyan tak syiok lah..

Natalia Adawiyah melangkah ke surau terlebih dahulu memandangkan sudah masuk waktu maghrib. Surau di Istana Budaya dipenuhi oleh ramai manusia yang sedang bergegas untuk menunaikan suruhan Illahi.

Setelah menunaikan solat maghrib, Natalia Adawiyah kembali ke lobi memandangkan lagi 15 minit pintu akan di buka.

"Lia!" satu suara yang di kenalinya kedengaran.

"eh? Syafiq!!" Natalia Adawiyah melambai ke arah Safiq.

"datang dengan siapa?" soal Syafiq.

"seorang aje. Awak?"

"Dengan Farid. Dia di tandas sekejap. Rayyan sepatutnya datang tapi dia tolak katanya sibuklah. apa lah." Jelas Syafiq.

"oh.. kalau tahu tadi saya datang dengan kauorang aje. Ni pun saya ada extra ticket juga. Tak ada kawan. Nasib baik free.."

"eh, Lia pun ada." Tegur Farid.

"ha.. ha'ah.. eh, tempat duduk kauorang yang mana?" Natalia Adawiyah segera keluarkan tiket.

Syafiq juga keluarkan tiketnya dan tiket Farid.

"eh, sebelah - sebelah aje?" Farid kata setelah melihatnya.

"ha'ahlah. Bestlah. Takda lah saya sunyi dalam tu." Natalia Adawiyah teruja.

"eh, tu pintu dah buka, jom beratur masuk." Farid segera melangkah ke arah berisan itu.Syafiq dan Natalia Adawiyah menyusul di belakangnya.

*******

Danial Akmal kembali masuk ke bilik solek. Alhamdulillah selesai juga pementasan hari ini. Penat juga terasa hari ini. Ini bukan hari pertama dia melakukan pementasan bahkan sebelum ini dia berkali - kali buat pementasan sejak hari pertama dia habis SPM.

Hari ini dia agak gementar kerana pertama kali persembahannya di saksikan oleh seluruh keluarganya dan 2 orang rakan baiknya. Apalah respond depa.

"Hai, Danny." Liyana menyapa Danial Akmal sebaik saja melangkah masuk ke bilik persalinan Danial Akmal.

"eh, hai.." Mak ai, budak ni mai masuk aje. Mujur Kamal dan Rosli belum masuk, kalau depa masuk sah- sahlah depa buka baju terus.

"you macam terkejut aje jumpa I."

"eh tak lah." Mana tak terkejut, ni bilik lelaki, tetiba ada perempuan masuk.

"malam ni you hantar I balik boleh?" Pinta Liyana dengan suara yang agak manja.

"Sorry, I cant. Sebab I hari ni balik dengan family I."

"oh.. It's okey."

"Yana, boleh keluar tak? Saya nak nak tukar baju."

"Tukar ajelah, apa salahnya I tengok." Liyana ketawa kecil.

Terbeliak Danial Akmal di buatnya. Giler ke apa dia ni.

"hahaha! I guraulah. Bye." Liyana terus keluar dari bilik Danial Akmal.

Danial Akmal menghembus nafas lega. Fuh! Loga!

*****

Natalia Adawiyah, Farid dan Syafiq melangkah keluar dari panggung. Keriangan jelas terpacar dari wajah mereka.

"Lia!!!!" Suara Diana kedengaran di tengah tengah lautan manusia.

Natalia Adawiyah, Farid dan Syafiq serentak pandang ke arah suara itu.

Kelihatan Diana melambai ke arah Natalia Adawiyah. Diana tidak keseorangan, dia hadir bersama Datin Rozana, Dato' Ahmad dan Encik Rahman. Kalau hari ini cuti penggal mesti Danish pun turut bersama.

"Pa, Daddy ni Lia kawan Danny. Anak Auntie Naza." Diana memperkenalkan Natalia Adawiyah memandangkan bapanya dan bapa tirinya belum lagi berjumpa dengan Natalia Adawiyah sebelum ini. Farid dan Syafiq tidak di perkenalkan memandangkan mereka sering bersama dengan Danial Akmal.

"Hai, uncle" Natalia Adawiyah menyalami Dato Ahmad, Encik Rahman dan Datin Rozana bergilir gilir.

Farid dan Syafiq menyusul tindakan Natalia Adawiyah.

"Taksangka Danny ada kawan perempuan." Encik Rahman benar - benar terkejut bila ada kawa perempuan puteranya yang menyaksikan persembahan ni.

Dia pasti Natalia Adawiyah ni bukanlah calang - calang orangnya.

"ye, pa.. Papa pun terkejutkan lihat Lia. Lia ni special tau." Diana mengangkat keningnya.

"Lia ni anak Naza, owner butik yang selalu saya pergi. Baju dia sangat cantik. Selesa. Saya memang tempah dengan mamanya je. Ni pun baju dari butik mama Lia lah ni." Datin Rozana menunjukkan bajunya yang dipakainya.

"really? Cantik. Kalau awak nak belanja butik mama Lia ni lagi, bagi tahu aje saya. Saya tinggal hulur aje." kata Dato Ahmad.

"Mad, jangan Mad. Pokai kau." Encik Rahman berjenaka.

"tak apa. Demi isteri." Dato Ahmad ketawa.

Nampaknya hubungan Dato Ahmad, Encik Rahman dan Datin Rozana tiada masalah walaupun Datin Rozana adalah bekas isteri Encik Rahman.

"Farid, Syafiq naik dengan siapa?" soal Datin Rozana.

"oh, kami naik motor. Senang sikit nak cilok - cilok." Tangan Syafiq turut membuat aksi cilok cilok.

"hati - hati." Datin Rozana menggelengkan kepala.

Syafiq dan Farid mengangguk kepala sambil tersenyum.

"Lia pula?" Kini Datin Rozana menyoal Natalia Adawiyah.

"Lia patut datang dengan mama. Tapi mama jumpa client. Nanti Lia call aje lah mama. Harap - harap mama tak tidurlah. Nak tumpang depa, depa bawa motor pula." Jelas Lia.

"eh, tu Danny!" Syafiq menyedari kehadiran Danial Akmal.

"haaa! Dee dapat idea."

"idea apa?" mereka berlima serentak menanyakan.

"mama kan balik dengan daddy. Papa dan Dee kan bawa kereta sendiri. Apa kata Dee naik dengan papa. Danny bawa kereta Dee. Lia ikut Danny" cadangan Diana.

Danial Akmal yang baru muncul agak terkejut dengan cadangan Diana tu.

"kenapa tak Kak Dee aje yang hantar?" soal Danial Akmal.

"sebab, kak Dee balik rumah papa. Danny kan kata nak balik rumah mama. Kan satu jalan aje. Takkan nak tumpang mama dan daddy pula." jelas Diana.

"eh, tak payahlah.. Nanti Lia call mama." tolak Natalia.

"eh, tak apalah Lia. Ikut aje Danny. Kesian mama Lia tu. Mesti dia penat. Kalau nak call dia pun mesti take time nak sampai. Takkan Lia nak tunggu sini seorang diri." Datin Rozana menyokong cadangan Diana.

yes! Mama sokong cadangan aku.. getus hati Diana.

Kalau mama dah suruh, memang tak dapat nak tolak. ngomel Danial Akmal pula.

"okay tak, Lia?" soal Datin Rozana sekali lagi.

"tanya Danny lah." Natali Adawiyah tersenyum.

"Danny okay aje." Datin Rozana memwakili anak terunanya.

Yeppy!! balik dengan Danny. Hikmah aku mai sorang.



Encik Crush, aku disini!Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz