Bab 34

4.8K 219 9
                                    

Minggu orentasi, minggu yang disukai oleh pelajar sekolah itu. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah dan ajk MPP tingkatan enam. Cuma Natalia Adawiyah berharap hari orentasi ini berakhir dengan cepat, bukan dia tidak suka aktiviti yang diadakan. Natalia Adawiyah sangat suka dengan aktiviti yang dijalankan terutama slot bersama cikgu Marina, cikgu yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Natalia Adawiyah kurang gemar dengan senior - senior perempuan yang cuba menggedik dengan Danial Akmal dan Rayyan. Kalau si Rayyan tu dia tak kisah sangat, tu si Danial Akmal bin Rahman tu. Uish! Berani dia nak cuba caras Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah ada nampak senior - senior dan pelajar sebayanya cuba merapati Danial Akmal tetapi macam biasa Danial Akmal langsung tak pandang pun.

"Seronok tak??" Soal cikgu Marina yang baru usai menari chicken dance bersama pelajar - pelajar itu.

"Seronok!" Soalan cikgu Marina disambut oleh seluruh pelajar di dalam dewan itu.

"Alhamdulillah semua seronok. Ingat apa yang saya pesan tadi. Pilih apa yang kamu nak, dan kejar apa yang kamu nak! Never say never! Allah akan bagi jalan kepada hambaNya yang benar - benar mahukannya. Teruskan doa. Jangan pernah berhenti berdoa. Assalamualaikum. Sekian saja daripada saya." Ucap cikgu Marina yang berselendang labuh berwarna biru lembut sebelum menyerahkan mikrofon kepada salah seorang wakil MPP.

"Terima kasih kepada cikgu Marina. Banyak konten yang telah diberikan oleh beliau. Maka dengan ini berakhirlah minggu orentasi. Kami wakil MPP mengucap ribuan tetima kasih dan memohon ampun dan maaf atas segala salah silap kami. Saya menyerah mikrofon ini kepada cikgu Ruzi." Ucap Razmi, YDP Majlis Perwakilan Pelajar tingkatan enam.

Mikrofon sekali lagi bertukar tangan.

" okey anak - anak. Lepas ni kamu masuk ke kelas masing - masing ye. Kelas akan bermula lepas cuti. Jadi saya ucapkan, selamat bercuti semua!" Ucap cikgu Ruzi yang disambut oleh tepukan pelajar - pelajar.

Pelajar - pelajar enam bawah mengemas dahulu dewan sebelum masuk ke kelas masing - masing. Kerusi di masukkan semula ke dalam bilik stor. Natalia Adawiyah dan Hannah beriringan menuju ke kelas mereka. Maklumlah best friend forever mestilah kena sekelas.

Mata Natalia Adawiyah sempat melihat Danial Akmal yang sendirian menuju ke kelasnya. Kelas Danial Akmal berada ditingkat dua manakala kelas Natalia Adawiyah ditingkat tiga. Haish.. Kenapalah tak setingkat. Atau lebih tepat, kenapalah tak sekelas je. Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan di kelas Danial Akmal keriangan melihat Danial Akmal masuk ke kelas itu.

Hannah dan Natalia Adawiyah mengambil tempat duduk di sebelah kanan. Dan seperti biasa Hannah memelih tempat disebelah tingkap. Senang tengok luar kalau cikgu yang mengajarnya tidak berapa best. Bolehlah dia tengok padang sekolah yang menghijau tu. Rakan - rakan sekelas mereka sibuk mengemas tempat duduk masing - masing.

Natalia Adawiyah mengeluarkan tisu untuk membersihkan mejanya yang berhabuk sebab sudah enam bulan tidak berpenghuni kelas ini. Tiba - tiba Asyraf datang menujh ke arahnya. Asyraf duduk di hadapannya dengan muka yang agak serius. Ini... Serius...

" yes.. May I help you?" Soal Natalia Adawiyah.

"Pakwe kau ni sebenarnya siapa? Rayyan ke Danny?" Soal Asyraf kembali.

Soalan Asyraf mendapat perhatian selauruh kelas. Seluruh mata di kelas itu mengalih pandangan ke arah Natalia Adawiyah. Kebanyakkan pelajar di sekolah ini bukanlah dari sekolah yang sama dengan Natalia Adawiyah. Di kelas Natalia Adawiyah sendiri yang berasal daripada sekolah yang sama cumalah Hannah.

Hannah dengan tidak sengaja terketawa dengan soalan Asyraf yang menguji minda sangat tu. Natalia Adawiyah juga terpaksa menutup mulutnya dengan tangan sebab menahan gelak.

"Weyy.. Aku serius ni!" Asyraf memandang tepat ke arah mereka. Apa yang terlalu lucu sangat bagi mereka pun dia tak tahulah.

" okey.. Okey.. Apa yang berada difikiran kau sampai nak soalan tu?" Hannah masih gelak bersisa. Sesekali dia mengelap matanya yang berair kerana bergelak sakan.

" taklah, aku tengok kau selalu datang dengan Danial Akmal tapi di sekolah kau selalu dengan Rayyan. Tu aku tanya." Keningnya berkerut.

Bab yang Natalia Adawiyah datang ke sekolah dengan Danial Akmal tu yang buat hampir semua pelajar perempuan dikelas itu terkejut. Mereka berkata kata hal itu. Yelah, selalu Natalia Adawiyah dan Danial Akmal datang waktu masih gelap, jadi tak nampak sangat. Kalau balik pula, Natalia Adawiyah kena berjalan ke bus stop yang berada di seberang sekolah sebab Danial Akmal yang suruh. Katanya sebab dia tak nak lah pelajar lain tahu. Natalia Adawiyah pun tak membantah sebab dia boleh temankan Hannah menunggu bas. Kata aje tak nak budak budak lain tahu yang datang satu kereta. Ni haa si Asyraf dah kantoikan. Aku nak jawab apa? Nak jawab ohh.. Tak itu bayang - bayang aku yang selalu temankan Danny. Acantu??

"Kalau tak nak jawab boleh?" Natalia Adawiyah cuba mengelak soalan itu. Cukuplah dulu disekolahnya dulu banyak kontroversi tentabg dirinya dan Danial Akmal. Sampai cikgu pun tahu.

"Jawablah, Nat!" Pinta Raisa yang tiba - tiba menyampuk.

Kata - kata Raisa disambut oleh seluruh kelas. Ada suara yang kata 'sedang curious ni' 'bagitahu ajelah' 'takpayah berahsia lah..'

Hannah hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu masuk campur. Baginya, biarlah Natalia Adawiyah sendiri yang jawab. Ini urusan Natalia Adawiyah dan bukannya urusan dia. Jadi dia tidak berhak bersuara. Baik dia mengalih pandangan ke arah padang sekolah yang luas terbentang. Tiada pelajar mahupun guru di padang itu. Dah pukul 12 tengah hari mestilah tiada. Orang giler mana nak duduk dipadang tengah hari buta ni. Dah lah panas, baik duduk dalam kelas. Walaupun tak ber air-cond tapi tetap nyaman sebab ada kipas.

" sebenarnya...." Natalia Adawiyah masih teragak untuk menjawab.

" sebenarnya...??" Asyraf setia menunggu ayatnya seterusnya. Bukan Asyraf saja, malah seluruh kelas.

"Apa kata awak tanya Danny aje" cadangan Natalia Adawiyah.

Kedengaraan Asyraf mengeluh.

"Kau ni, maunya si Danny nak jawab. Hagham.." Cindy bersuara. Cindy ni nama aje cina, keturunan cina tapi gaya cakap tak ada ghupa orang cina. Mungkin sebab dah biasa dibesarkan oleh sekeliling masyarakat melayu. Jadi biasalah.

"Alaa.. Saya perempuan. Baik tanya Danny. Dia lelaki. Tak manis soalan ini dijawab oleh perempuan." Natalia Adawiyah menayang giginya.

"Memang taklah mamat tu nak jawab." Antara suara yang dia dengar.

Sebab tu Natalia Adawiyah suruh tanya Danial Akmal. Dia tahu Danial Akmal tak akan jawab. Kalau suruh tanya Rayyan. Tak ke haru. Rayyan dahlah suka menjawab merepek. Dibuatnya dia kata yang dia sedabg bercinta dengan Natalia Adawiyah kan kecoh satu sekolah.

"Yelah.. Sebenarnya.." Natalia Adawiyah cuba menyusun ayat.

"Okey class.. Apa khabar!" Cikgu Saiful yang tiba tiba masuk ke kelas. Cikgu Saiful merupakan guru kelas mereka.

Ada keluhan kedengaran. Natalia Adawiyah pula menghela nafas lega. Fuhh.. Selamat.

P/s: hai semua sayang - sayang nana yang sentiasa menunggu nana. Sorry sangat nana busy dengan kerja. Kalau kerja memang tiada masa nak buka henpon. Sorry. So mcm mana dengan sambungan kali ni?? Best? Okey. Lepas ni nana akan skip hari. Maknanya tiba - tiba dah bulan ni. Sbb nak habiskan novel ni dwngan cepat. Huhu. Okey. Jangan lupa tinggalkan komen. Oh lagi satu nana sedang bingung nak buat cover novel ni, kalau ada idea. Atau baik, nak tolong buatkan boleh dm nanà atau drop your comments. Bye. See you next chapter. Mata nee!!

Encik Crush, aku disini!On viuen les histories. Descobreix ara