Bab 40

6.1K 231 25
                                    

Rayyan mundar mandir di biliknya. Entah kenapa dia memikirkan Sofia. Mesej yang dihantar melalui What'sapp tidak dibalasnya. Kemana pula dia menghilang.

Rayyan menghempas badannya di atas katil. Pelik. Sofia tidak pernah menghilang sebegini rupa. Sebenarnya Rayyan bukan risau kehilangan Sofia, dia cuma memerlukan Sofia saat ini untuk mendengar ceritanya. Sofia saja yang akan dengar ceritanya. Siapa lagi yang mahu mendengar ceritanya? Farid? Syafiq? Sia sia sahaja bercerita masalah dengan lelaki, pasti akan diketawakan. Lelaki kan.

Rayyan memusing musingkan badannya. Dia mencapai telefon bimbitnya, What's apps yang dihantarnya sebulan lalu ditenung. Sofia paling lewat tidak balas, sejam itu pun sebab hal penting. Ini bukan setakat tak reply, tetapi tak diangkat bila ditelefon.

Knok! Knok! Pintu biliknya diketuk. Rayyan masih didalam dunianya. Dia langsung tidak dengar ketukan pintu itu.

Pintu biliknya dikuak oleh seseorang. Kelihatan Datin Suraya masuk dengan secawan coklat panas. Datin Suraya dapat merasa ada yang tidak kena dengan anak dia. Buka tadi, Rayyan hanya makan sedikit dan banyak mendiamkan diri. Rayyan berbeza dengan sebelum ini yang banyak bercakap tentang persekolahannya.

"Sayang... minum hot chocolate ni." Kata Datin Suraya sambil berjalan kearah anaknya. Dia melabuhkan punggung di atas katil Rayyan.

Rayyan cepat cepat bangun dari baringnya. Tangannya segera menyambut hot chocolate dari mamanya. Hirupan coklat panas itu memberi Rayyan ketenangan sedikit sebanyak.

"Want some muffins? " soal Datin Suraya.

"No thanks." Tolak Rayyan dgn lembut. Dia masih asyik dengan aroma coklat panas.

Sesekali mata Rayyan akan terpejam dek aroma coklat itu. Datin Suraya membiarkan saja anaknya dengan dunianya.

"Sayang.. dont you want to tell me anything? " Datin Suraya membuka mulutnya sebaik saja melihat anaknya yang tadi kekusutan telah tenang sedikit.

Rayyan terdiam. Jika boleh dia mahu mengelak daripada memberitahu Datin Suraya. Tapi dia tahu, Datin Suraya sudah pun rasa sesuatu. Tipulah kalau dia mahu menjawab yang dia okey saat ini.

"Sebab Sofia?" Soal Datin Suraya.

Rayyan tersentak.

Rayyan mengangguk lemah.

Datin Suraya membiarkan anaknya yang masih diam. Dia tidak mahu memaksa Rayyan bercerita sebab dia tahu Rayyan pasti akan cerita. Naluri seorang ibu yang telah membesarkan Rayyan sejak kecil.

"Dia tak contact langsung Rayyan. I tried call dia, what's app dia. But no reply. And she doesn't pick up her phone. Langsung tak!" Luah Rayyan.

"Dia tak pernah lah tak contact Rayyan lama macam ni. Kali terakhir sebulan yang lalu. Ma... Sofia selalu tau ada dengan Rayyan. Bila dia tiba tiba jauh ni. Buat Rayyan rasa pelik. I lost someone untuk cerita macam macam." Sambungnya lagi.

"Hmm Rayyan masih ada kawan yang lain. Kenapa masih kamu cari Sofia?" Soal Datin Suraya lagi.

"No. They are not same!" Bantah Rayyan.

"She so special for you?" Datin Suraya tersenyum kecil.

"Yes. For sure!" Tegas Rayyan.

"More than Lia?" Perangkap Datin Suraya.

"No!" Rayyan menggelengkan kepalanya.

"Rayyan tak pernah tak keruan sebegini rupa. Rayyan seperti kehilangan seseorang yang teramat istimewa. Tanyalah hati Rayyan." Datin Suraya menepuk nepuk lembut peha Rayyan.

Rayyan membisu.

"Tanya hati Rayyan betul betul. Okey mama nak ke dapur." Datin Suraya bangkit. Segera dia meninggalkan anak terunanya.

Rayyan memandang kosong ke arah lantai. Tanya sama hati??

Hati? Apa yang berada didalam mu. Benarkah Sofia yang berada didalam hati mu.

Rayyan cepat cepat menggelengkan kepalanya.

"Tak! Aku suka Lia je! Only Natalia Adawiyah. " tegas Rayyan.

****

Sofia bersila sambil memuji muji nama Illahi. Keadaan surau di kolej kediaman Tunku Kursiah, Universiti Malaya ini masih sunyi. Azan isyak akan berkumandang lagi 15 minit, pasti ramai yang masih berada di dalam bilik masing masing.

Seseorang menepuk Sofia daripada belakang menyebabkan Sofia memandang ke arahnya. Adreena rupanya. Adreena merupakan rakan biliknya. Adreena memiliki wajah seperti cina. Jika dia membuka telekungnya, pasti ada yang menganggap dirinya cina yang tersesat di dalam surau.

"You tak makan ke?" Soal Adreena.

"Kan I dah makan kurma buka tadi." Jelas Sofia. Sofia sejak kebelakangan ini hilang selera. Mungkin kerana tertekan dengan pelajran.

"Mana cukup. Sikit sangat tu. Tadi Razi belikan burger McD untuk you. I letak di atas meja you. Jelas Adreena.

Sofia mengeluh. Razi. Lelaki itu tak pernah putus asa untuk mendapatkan perhatiannya. Sofia berkenalan dengan Razi ketika minggu orientasi memandangkan Razi merupakan presiden di kolej kediaman ini. Razi sentiasa cuba untuk mendekati dirinya.

Razi mempunyai rupa paras yang menarik dan mempunyai perwatakkan yang sangat karisma. Tidak hairan jika ramai yang akan histeria bila Razi lalu.

"You kenapa tolak Razi? Dia tu handsome. Good in sport. Bijak." Puji Adreena.

Eh amoi celup ni. Puji Razi lebih lebih pula. Getus hati Sofia.

"I mana pernah tolak dia." Nafi Sofia.

"Ya. You tak pernah tolak dia. Tapi you tak layan dia." Adreena menepuk peha Sofia.

"Laa kalau penting I layanlah. Kalau setakat nak tanya khabar, tak perlu kot. Sebab for sure I dalam keadaan baik. Kalau I sakit, I tak ada nak jalan sana sini." Terang Sofia.

Adreena mengelengkan kepalanya.

"Up to youlah. I nak ambil wudhu jap. Terasa macam hmm dah batal pula." Sengih Adreena.

"Patutlah bau." Sofia menutup hidungnya.

"Heyy!" Adreena sempat memukul bahu kawannya itu sebelum berlalu pergi.

Sofia termenung seketika. Mustahil untuk dia terima sesiapa saat ini. Hatinya benar benar tertutup. Masih belum ada insan yang berjaya buka.




P/s: hello!! Kali ni Sofia and Rayyan. Siapa rindu mereka? Angkat tangan! Hahaha. So macam mana bab kali ini?? Okey? Ke tak? Komen tau. Oh ye, kalau sesiapa ada idea dialu alukan komen. Sesiapa ada kisah ttg crush nak story, pun boleh. Lagilah nana suka nak membacanya.

Okey nana makin sibuk sebab dah start kuliah. So makin susah. Maaf sangat tau. Sesiapa nak add wechat nana boleh, nanazairel. Add je. InsyaAllah nana approve. Boleh ikuti perkembangan nana di wechat. Cheit! Ayat macam artis je. Haha.okeyy jumpa dilain bab. Mata nee!! 😘

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now