Bab 50

3.9K 170 10
                                    

"Syafiq? "Satu suara menegur Syafiq.

"Hey, bro! "Syafiq menyapa.

Terus Syafiq memeluk pemuda itu atau lebih tepat sepupunya.

"Apa cite bro? Tak pernah pernah kau ramah dengan staff aku. Ini siap panggil nama dia lagi. Kau terpikat ke doe? "Soal sepupunya.

"Taklah, Mir. Dia tu kawan sekolah aku dulu. Sebenarnya kami ada urusan sikit yang perlu di settle kan. "Jelas Syafiq.

"Hmm aku ingat kau dah ter fall in love dah. "Sengaja Amir menyakat.

"Hney. Come on. Aku ni masih pegang rekod lelaki bujang terhangat di Malaysia tau. "

"Bujang terhangat konon. Jangan jadi bujang terlajak sudah. "

Mereka berdua bersama sama ketawa. Syafiq memang sejak dahulu tak pernah bercinta. Bondanya pernah berpesan supaya dia menghabiskan pelajarannya terlebih dahulu baru bercinta. Oleh itu dia masih lagi bujang.

Syafiq tidak sama seperti adik lelakinya yang buaya darat. Walaupun adiknya masih belum habis sekolah tetapi sudah berani mempermainkan perasaan perempuan. Sayfiq pula tidak pernah bercinta sebelum ini. Bukannya tidak laku. Rupa paras Syafiq sangat kacak, bijak dan juga hartawa, teatpi itu bukan tiket untuk Syafiq bercinta. Dia sangat menghormati wanita.

*****

Hannah kembali ke dapur setelah selesai menghantar pesanan. Dia meminta Anne untuk menghantar pesanan Syafiq. Dia kalau boleh tak nak jumpa Syafiq.

Hannah duduk di belakang Cafe. Dia termenung jauh. Bukan niatnya untuk ponteng kerja. Tetapi saat ini, dia mahu menjauhkan diri daripada Syafiq.

"Hey, Han. Kau buat apa kat sini?! "Terjah Maya.

"Eh.. Suka aku lah nak buat apa. Kau bukan bos pun." Hannah tiada niat untuk berkurang ajar, tetapi dia tak pernah gemar dengan peraangai Maya yang kepoh dan bossy.

"Pandai kau nelawan ye. Kau siap. Aku laporkan kat Encik Amir. "Ugut Maya.

"Nak laporkan apa? Laporkan yang aku ni melawan kau sebab kau ni konon berkuasa? Heyy tak hairanlah aku. Boleh blah. "

Maya menahan marah.

"Ohh mentang mentang kau skandal dengan sepupu Encik Anir, kau ingat kau boleh buat suka hati lah. Kau siap lah. "Maya terus berlalu pergi.

Sepupu encik Amir? Siapa pula sepupu encik Amir? Minah ni pelik peliklah. Getus hati Hannah.

"Hey, Han. Encik Amir nak jumpa. "Fakrul tiba.

"Jumpa aku?" Hannah membulatkan mata. Jarinya ditunjuk ke arah dirinya sendiri.

"Ye cij Hannah binti Shuib. Encik Amir nak jumpa. "

"Aii.. Cepatnya minah tu mengadu kat encik Amir. "Hannah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hey Hannah oi.. Cepatlah. Mengamuk juga encik Amir nanti. "Fakrul menyergah Hannah.

Hannah dengan segera bangkit dan terus melangkah menuju ke Amir. Langkahnya terhenti sebaik saja dia melihat Amir bersama Syafiq. Hannah ingin berpatah balik. Tetapi di halang oleh Fakrul.

"Kau nak ke mana? Terus je jalan. "

Hannah melangkah denga keterpaksaan.

"Ye, encik Amir. "Hannah menegur Amir. Dia hanya memandang ke arah Amir.

"Ini sepupu saya, Tengku Syafiqul Razi. Awak kenal kan? "Sengaja Amir memperkenalkan Syafiq.

Tengku? Mak ai! Bila masa mamat ni ada tengku. Aku tak tahu pun selama ini. Hatinya mula berbicara.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now