Bab 64

2.1K 85 4
                                    

Natalia Adawiyah menikmati kek di café yang berada di hadapan hotelnya. Sengaja dia mahu sendirian. Sofia mengalami masalah penghadaman manakala Rayyan rehat di biliknya. Ikutkan dia boleh saja meminta Rayyan menemaninya, tetapi sengaja dia tidak mahu. Tokyo ni bandar yang selamat insyaAllah.

Sesekali dia termenenung di luar jendela. Natalia Adawiyah menghelakan nafasnya. Terlalu kusut otaknya. Sepatutnya dia berada di Tokyo ini untuk menenangkan hatinya tetapi hatinya masih tertinggal di Malaysia. Danny. Itu saja yang berada di dalam pemikirannya.

Tet.. pesanan daripada Whatsapp masuk.

Oh daripada Raisha.

"lia, kau ada di mana?"

"saya ada di Tokyo. Kenapa?"

"oh.. seronok berjalan ye."

"hehehe.. saja amek angina di negara orang. Kot – kot jumpa jodoh"

"jodoh takpe jangan bodoh" seloroh Raisha

"manalah tahu balik daripada Tokyo ni dapat bawa balik suami Jepun. Uish cantiklah bakal anak – anak saya!"

"berangannyaaa!"

"tak apalah. Berangan itu free. Hahaha"

"ni aku rasa betul lah."

"beul apa?betul saya dapat lelaki Jepun? Amiin!"

"kau ni! Bukan tu! ni haa pasal Liyana dan Akmal. "

Natalia Adawiyah tersentak.

"haritu aku nampak dia dan Liyana keluar daripada kedai cincin. Tak sangka ye Akmal dengan si Liyana tu. aku ingat dengan kau. Ibu pun suka kau."

"dah jodoh mereka. J"

"serius aku ingat itu gossip saja. Ehh kau dengan siapa kalau bukan dengan Akmal?"

"saya?"

******

Danial Akmal menuruni anak tangga satu per satu. Hari ini dia bersama adik beradiknya yang lain ada di rumah encik Rahman. Papanya itu kata mahu sampaikan berita. Berita apa itu pun dia sendiri tidak pasti.

"Danny, hows the preparation for tomorrow." Soal Diana.

"Liyana kata semuadah beres."

"alhamdulillah. Haritu kak call Liyana. Panic kak Dee bila Liyana kata baju salah saiz."

Danial Akmal ketawa. Mana tidak salah saiz,kalau Liyana dah diet giler – giler. Memang makin kurus lah. Baju tu semestinya longgar.

"dah dia nak sangat diet. Diet lah. Tak sangka pula sampai kurus macam tu sekali. Danny dah pesan dah." Danial Akmal menarik kerusi makan.

Terhidang kek keju terbakar atau nama inggerisnya burn chesse cake. Tangan Diana terus mencapai kek itu. Kelihatan Danish juga turut sertai mereka. Danish masih asyik dengan game di tabnya.

"Danish.. sila letak kan tab anda." Pesan Diana.

"jap. Lagi sikit saja."

"biarlah kak... Danish nak kek ke? Abang ambilkan." Layan mesra Danial Akmal.

Diana sekadar melihat telatahdua adiknya. Diana terkaku melihat Danial Akmal. Sejak akhir ini, Danial Akmal sudah semakin mesra. Lebih banyak senyuman di wajahnya.

"okey anak – anak papa.. papa ada pengumuman." Encik Rahman segera mengambil tempatnya.

"papa nak kahwin!" teriak keriangan Encik Rahman.

Diana dan Danish tersedak. Kek yang ditelan oleh Diana tidak sempat menjejak di tekak terus tersembur keluar. Manakala air the yang dihirup Danish tidak semena mena lari ke hidung. Hanya Danial Akmal yang tenang.

"ya Allah.. korang okey tak ni?" soal Encik Rahman.

"kahwin pa?" soal Diana yang masih bersisa batuk.

"ye kahwin.." jawab Encik Rahman bersahaja.

Danial Akmal membisu seolah – olah dia tidak terkejut dengan berita ini. Dia seperti sudah mengagak lama.

"tapi.. dengan siapa?" giliran Danish pula berkata.

"alaa.. korang mesti kenal dia ni. Takk kan korang tak kenal lah. Papa dan dia ni dah lama dah pendam. Tapi baru hari ini..."

"iyalah.. siapa?" diana dan Danish serentak mematikan ayat Encik Rahman.

Encik Rahman tersentak sekejap.

"auntie... Naza...."

"auntie Nazatul mama Natalia?" Diana seolah tidak menyabar engan ayahnya yang terlalu lambat.

"bukan Nazatul. Nazarina. Yang staff auntie Nazatul korang."

Danial Akmal pula tersembur. Terbatuk – batuk dibuatnya.

"kamu ni dah kenapa Danny?" soal Encik Rahman.

Eh tak faham lah aku dengan budak – budak ni. Tersedak memanjang.

"nazarina? Bukan Nazatul?" soal Danial Akmal.

"ye.. nazarina"

Danial Akmal tergamam.

"next flight lagi 3 jam. Dan ada satu seat tinggal. Seat bisnes. Nak tak?" soal Danish.

"nak!" cepat saja Danial Akmal menjawab.

"oky done!" jawab Danish sambil tangannya meluncur – luncur di atas tab.

Danial Akmal ssegra bangkit. Terus dia naik ke biliknya.

Diana dan Encik Rahman kebingunga

Danial akmal terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya cepat saja menaip.

"sorry Liyana. Tak dapat nak buat esok" terus tangannya menekan button send.




ps: nampak tak banyak sangat typo. typo seba laptop buat hal. so jumpa minggu depan! huhu

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now