Bab 45

3.7K 174 9
                                    

Natalia Adawiyah dengan segera menyiapkan diri untuk majlis iftar malam nanti. Sebagai ahli jawatankuasa program ini, Natalia Adawiyah diminta datang awal untuk persiapan. Natalia Adawiyah mengenakan baju kurung berwarna putih.

Natalia Adawiyah mengikat rambutnya sebelum meletakkan selendang berwarna emas di atas kepalanya. Dia menyelitkan sepit di kiri dann kanan kepalanya bagi mengelak selendang itu jatuh ketika sibuk melakukan aktiviti. Hujung selendang dipinkan di setiap bahunya.

Untuk sentuhan terakhir, Natalia Adawiyah mengenakan lip gloss berwarna peach. Dia mahu nampal cantik tetapi tidak terlampau menonjol.

"Sayang! Danny dah sampai! "Kedengaran suara Puan Nazatul dari tingkat bawah.

"Baik! "Natalia Adawiyah menjawab seruan mamanya.

Natalia Adawiyah segera mencapai beg tangannya. Kakinya terus berlari anak turun anak tangga. Dia sempat mengambil puddingnya di atas meja makan.

Kelihatan Danial Akmal sedang berbual mesra dengan Puan Nazatul di depan rumahnya. Danial Akmal segak berbaju melayu berwarna putih dan bersamping warna emas. Ya. Sedondon. Bagaimana boleh sedondon?

Ini semua kerja Diana. Diana yang mengaturkan Danial Akmal memakai baju itu. Macam macam Diana cuba untuk memastikan Natalia Adawiyah dan adik kesayangannya termasuklah kononnya tertumpahkan air secara tidak sengaja.

Danial Akmal tersentak melihat Natalia Adawiyah. Dia cuba bertindak tenang seperti biasa. Dia tersentak melihat Natalia Adawiyah bukan sebab cantik tetapi sebab pakaian mereka sedondon. Dia patut sedar yang ini mesti kerja kakaknya. Kalau tidak, tak kan Diana bersungguh suruh dia memakai baju itu setelah dia tumpahkan air.

"Amboi. Cantiknya anak mama. "Tegur Puan Nazatul sebaik saja Natalia Adawiyah menghampirinya.

Natalia Adawiyah tersipu malu.

"Cantik Lia pakai selendang. Tapi lebih cantik kalau tutup penuh. "Tegur Puan Nazatul lagi

Natalia Adawiyah tersentak dengan kata kata mamanya.

"Auntie, kami pergi dulu. "Danial Akmal pamit.

"Haa.. Baiklah. Hati hati. "

"Assalamualaikum. "Danial Akmal memberi salam sebelum beredar.

"Waalaikumsalam. "Puan Nazatul tersenyum. Dia sangat tersentuh dengan sikap pemuda di hadapannya.
"Bye ma. "Natalia Adawiyah sempat menyalami mamanya sebelum beredar.

Puan Nazatul melambai lambai ke arah mereka.

Danial Akmal memulakan perjalanan dengan membaca basmallah. Gear ditukar ke D.

*****

Kereta milik Danial Akmal diparkir di tempat biasa.Natalia Adawiyah dan Danial Akmal keluar daripada perut kereta. Danial Akmal segera mengeluarkan pudding di tempat duduk belakang. Manakala Natalia Adawiyah terus melangkah.

Rayyan terus menghampiri Natalia Adawiyah.

"Oh my dear! "Tegur Rayyan

"Haa Rayyan. Tolong Danny angkat pudding tu. "Pinta Natalia Adawiyah.

Wajah Rayyan terus berubah mendengar permintaan Natalia Adawiyah.

"Awak tunggu apa? Pergi tolong Danny. "Natalia Adawiyah terus melangkah meninggalkan Rayyan.

Rayyan dengan langkah malas menghampiri Danial Akmal. Rayyan terus mengambil kotak berisi pudding di tangan Danial Akmal.

"Aku buat sebab Lia aje tau. Kalau ikutkan aku tak mahu langsung tolong. "Terus saja Rayyan beredar.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now