BAB 20

5.4K 235 0
                                    

Danial Akmal memasuki perut Honda Jazz milik Diana. Natalia Adawiyah yang dari tadi setia mengikut turut mengambil tempat di tempat sebelah pemandu. Danial Akmal menghidupkan enjin kereta.

"dah bagitahu mama awak?" soal Danial Akmal.

Dia tidak mahu mama Natalia Adawiyah risau akan keberadaan anak daranya.

"bagitahu? apa?" Natalia Adawiyah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Danial Akmal menggenggam stereng kereta. Geram yang dirasa saat ini. Dia menghembuskan nafas untuk melegakan hatinya yang sedang membara menahan geram.

"yang saya hantar awak balik." jelasnya.

Natalia Adawiyah menepuk dahinya.

"ohhhh..... dah. Baru aje." tersengih - sengih Natalia Adawiyah.

Danial Akmal menggelengkan kepalanya. Malas dia mahu layan Natalia Adawiyah yang memang lembab baginya. Tangannya terus menggerakkan gear kereta dan mulakan perjalanan. Suasana dalam kereta agak sepi. Tiada suara perbualan ataupun suara dari corong radio kedengaran.

"awak, tadi persembahan awak best sangat!" puji Natalia Adawiyah.

"hmm.." itu saja ayat yang keluar.

"tarian awak amazing! Lakonan awak memang tiptop!" Natalia Adawiyah masih mencuba untuk berbual dengan Danial Akmal.

Tetapi tiada sahutan kedengaran dari mulut Danial Akmal. Ada emas kot dalam mulut dia ni.

"tadi saya nampak Liyana. Dia dancer je? Kenapa dia tak berlakon sekali?" kali ni dia cuba dengan guna nama Liyana sebagai umpan.

Danial Akmal masih membisu.

"awak ni ada emas kot dalam mulut tu." laju saja mulut Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah terus menutup mulutnya dengan kedua belah tangan setelah sedar kesilapannya itu.

Tapi masih tiada tindak balas dari Danial Akmal yang setia menguncikan mulutnya.

Natalia Adawiyah memerhatikan lampu - lampu di jalan. Dia cuba mengira meskipun kadar kelajuan yang dipandu oleh Danial Akmal menyukarkannya untuk mengira dengan baik.

Matanya semakin layu. Tidak sampai dua minit, matanya mula terpejam. Dia mula dibuai mimpi.

"Natalia, sayang..." suara Danial Akmal kedengaran.

"awak..." Natalia Adawiyah menyambut panggilan Danial Akmal.

"biar saya dukung." Kata Danial Akmal yang dari tadi sudah berdiri di pintunya.

"tapi..."

"sshhhhh" Danial Akmal meletakkan jarinya dibibir Natalia Adawiyah.

Danial Akmal segera mengangkat Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah berpaut dileher Danial Akmal.

"awak.. i love you!" kata Natalia Adawiyah.

"I love you too.. Natalia.." balas Danial Akmal yang tersenyum manis.

Dia terhanyut idalam pelukan Danial Akmal saat ini.

"natalia!" Danial Akmal memanggilnya.

"Natalia..."suara Danial bertukar menjadi satu suara yang dikenalnya.

"Nataliaaaaa!!!!!" ya! suara tadi. Badannya turut bergoncang.

Segera dia membuka matanya.

"Lia! dah sampai rumah ni, Pi masuk tidur dekat dalam bilik. Danny nak balik tu." kata Puan Nazatul

Encik Crush, aku disini!Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz