BAB 24

4.8K 228 7
                                    

"tak sangka jumpa awak di sini!" gadis bernama Amira itu teruja berjumpa Danial Akmal.

"Me too.. so sekarang macam mana?" soal Danial Akmal turut kelihataan teruja. dari wajahnya.

Natalia Adawiyah terasa dirinya terasing dari kelompok ini.

"I'm fine. Result pagi tadi Alhamdulillah. Mungkin saya dapat mencapai impian saya untuk sambung belajar ke Korea. Awak pun tahukan saya suka sangat pasal Korea."

Danial Akmal memang mengenali gadis di hadapannya. Dia tahu yang Amira menyukai negara Korea Selatan. Amira juga merupakan Kpopers. Lebih - lebih lagi kalau EXO, yang si D.O. hmm mahu meroyan minah ni.

"yeah, I know how obsess you are. InsyaAllah tercapai. I know you can do it."

Nampaknya Danny betul - betul kenal Amira ni lebih daripada aku. hmm. Natalia Adawiyah semakin mengecilkan dirinya.

"Of course I can! Eh, siapa dia ni? Girlfriend ke?" Amira baru menyedari kehadiran Natalia Adawiyah.

Dari tadi dok gelak sana sini baru nak peghasan aku terpacak di sini? Cheit! Getus Natalia Adawiyah.

"Saya Natalia." terus dia menghulurkan tangan.

"Amira." Amira menyambut huluran tangan Natalia.

"Dia ni ke pengganti Aina?" soal Amira.

Aina? siapa pula tu? Aduduh!

"Aina..." terdengar keluhan kecil Danial Akmal tatkali mendengar nama itu.

"ya.. Aina."

"No. Natalia just my friend. Saya belum lagi jumpa pengganti Aina." Mata Danial Akmal redup. Seperti ada sesuatu yang mengganggu di fikirannya.

Siapa Aina ni? Apa ni?

"dah agak." matanya memandang sinis ke arah Natalia Adawiyah.

"dah agak apa?" Danial Akmal tak faham.

"Yes, I will shocked if this girl be your girlfriend. Lain kot Aina dengan dia. Langsung tak dapat nak kalahkan Aina." jujur Amira.

eh.. eh.. minah ni. Apa ingat aku tak cantik ke? Cantik sangat ke Aina tu? Eleh!

"sometime ada benda yang kita tak sangka terjadi dalam hidup kita. Kita ni sudah tertulis oleh Illahi." Danial Akmal mencampak pemandangan ke arah laut yang terbentang luas.

wow! Are you kidding me, Danny? Awak suka saya ke Danny? ngomel Natalia Adawiyah dalam hati. Nak je tanya soal tu tapi takut di reject lagi, malu je.

"ya betul.  eh dengar Wawa nak kahwin." Amira menukar topik.

"really? cepatnya!"

"jodoh awal. Future husband dia orang berada. Ada bisnes sendiri. Memang rezeki dia."

Siapa pula Wawa. Aduduh! Sekali lagi aku di biarkan.

Telefon Natalia Adawiyah berbunyi. Tertera nama Mama.

"excuse me." Natalia Adawiyah pamit.

Segera panggilan mamanya diangkat. Natalia Adawiyah mengambil langkah jauh sedikit.

"hello, ma."

"Lia! mana Lia pergi? kata nak tunggu dekat rumah aunty Roza. Ni tak ada sesiapa pun." Suara Puan Nazatul kedengaran cemas.

"Lia di pantai morib..."

"Pantai morib??? dengan siapa?" laju saja Puan Nazatul berbicara.

"macam ni, tadi memang nak pergi rumah aunty Roza. Tapi tiada sesiapa di rumah. Danny bawa lah Lia jalan pusing sana sini. Tup tup dah sampai sini." terang Natalia Adawiyah.

Encik Crush, aku disini!Kde žijí příběhy. Začni objevovat