Bab 47

3.6K 192 3
                                    

Danial Akmal memandu dengan cermat. Ikutkan hatinya mahu saja dia memecut saat ini. Tetapi dia memikirkan undang undang jalan raya yang perlu dia patuhi, dia berhati hati. Natalia Adawiyah disebelahnya tidak henti berdoa.

Kereta Danial Akmal memasuki perkarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Keadaan hospital ini yang terlalu sibuk, menyukarkan Danial untuk mencari tempat letak kereta. Puas dia mencari. Alhamdulillah dia dapat letak kereta dekat dengan laluan pintu masuk.

Natalia Adawiyah dan Danial Akmal segera masuk ke hospital. Tangan Danial Akmal segera mendail nombor telefon Raisha. Setelah mendapat kepastian di mana bilik ibunya, dia terus mempercepatkan langkah.

Langkah mereka terhenti apabila seorang pengawal keselamatan menghalang mereka daripada nemasuki wad. Memandangkan jam sudah pun pukul 11, memang wajar untuk dia menghalang pelawat masuk.

Danial Akmal terus menelefon Raisha dan memberitahu keadaan mereka di halang untuk masuk. Selang beberapa minit, Raisha muncul dengan Raqeem.

"Akmal. Kau tengoklah ibu kat atas. "Arah Raisha.

"Hmm baiklah. Oh ye. Malam ni biar aku yang jaga ibu. Kau baliklah dengan Lia. "Cadang Danial Akmal.

"Eh! Tak payah susahkan diri. Lepas kau lawat ibu, biar aku kembali jaga ibu. "Bantah Raisha.

"Sha.. Tak apa. Malam ni biar aku yang jaga ibu. Lagipun takkan kau nak aku tinggal dengan Lia tanpa pengawasan. Itu akan timbulkan fitnah. "Jelas Danial Akmal.

"Hmm betul juga. "Raisha mengangguk setuju.

"Esok pagi Aunty, kak Dee dan yang lain lain baru sampai. Jadi aku nak kau tutup pintu rumah. Ini kunci kereta. "Danial Akmal menghulurkan kunci kereta seakan dia tahu yang Raisha tiada kenderaan untuk pulang.
Raisha tiba dihospital ini pun atas bantuan Helmy, kekasihnya. Helmy telah pun pulang setelah Raisha mengarahkan dia pulang.

Kunci kereta itu bertukar tangan. Danial Akmal mengeluarkan wallet miliknya dan mengeluarkan not 50 sebanyak dua keping.

"Aku tahu kau lapar. Raqeem pun mesti lapar. Nanti singgahlah kat kedai serbaneka tu. Tak pun nanti singgah KFC. Drive thru je. Jangan makan kat sana. Bahaya. "Ucap Danial Akmal penuh prihatin.

Natalia Adawiyah terharu melihat Danial Akmal yang begitu prihatin.

"Baik. Terima kasih. "Ucap Raisha.

"Okeylah. Raqeem, Raqeem balik. Tidur, esok sekolahkan. Esok sekolah ye. Jangan risau tentang ibu. Abang ada untuk jaga Ibu. Raqeem sekolah je ye esok. "Pujuk Danial Akmal.

Kepala Raqeem diusap lembut. Raqeem mengangguk kepalanya dengan lemah. Barangkali dia sudah pun mengantuk.

"Awak. Hati hati. Jangan risau. Nanti apa apa whatsapp saya. "Pesan Danial Akmal kepada Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah terkedu dengan pesanan Danial Akmal. Saat ini dia rasa kembang kucup saja. Laju kepalanya mengangguk tanda faham.

Danial Akmal mengukir senyuman sebelum berlalu pergi.

"Okeylah, Raqeem. Kita balik. Qeem nak makan apa apa tak? Kakak nak belikan ni. "Soal Raisha.

Raqeem sekadar mengeleng.

"Betul ni? "Raizha ingin kepastian.

Raqeem menganguk pula sebagai tanda Ya.

"Okey. Jom kita balik. Lia. Mari. "Ajak Raisha dengan lembut.

Natalia Adawiyah terus akur. Dia sebenarnya pelik dengan perubahan Raisha yang tiba tiba saja melayan dia dengan baik. Seingat dia, Raisha tak suka akan dia.

Ibu yang sakit ke dia yang sakit ni? Sempat lagi Natalia Adawiyah mengutuk Raisha.

Mereka bertiga terus melangkah ke kereta. Natalia Adawiyah menunjukkan jalan.

Raisha mengambil tempat di tenpat pemandu. Raqeem di bahagian belakang. Manakala Natalia Adawiyah ambil tempat di sebelah Raisha. Raisha memulakan perjalanan.

Raisha melihat Raqeem di belakang melalui cermin pandang belakang. Ternyata Raqeem dah pun tidur.

"Aku minta maaf. "Raisha membuka mulutnya memecah kesunyian kereta ini.

"Untuk apa? "Natalia Adawiyah kehairanan.

Sah! Dia yang sakit malam ni.

"Masa mula mula kau datang ke rumah aku, aku layan kau teruk. Sebenarnya, aku teringat Aina. Aku masih tak boleh terima yang Aina dah tak ada. Yang paling aku tak boleh terima bila kau datang menggantikan tempat Aina di sisi Akmal. Aku jadi sakit. "Luah Raisha.

Natalia Adawiyah tersenyum kelat.

"Awak salah faham ni. Saya dengan Danny err maksud saya Akmal tak ada apa apa hubungan. "

"Aku tahu. Tapi tak mustahil korang akan bersatu juga. "

"Eerr.. "Natalia Adawiyah hilang kata.

"Akmal ni jenis lembut. Hatinya sangat lembut. Lepas kematian Aina, Akmal berubah. Dia bersikap dingin. Dia tak tegur dengan sesiapa. Susah nak dekat. Banyak kali aku suruh dia move on.

Tapi dia tak juga move on. Setiap kali balik kampung. Dia menangis teruk. Alhamdulillah dia semakin ceria. Ibu pun perasan, dia kembali ceria. Aku ingat dia move on macam tu saja. Tapi tak sangka ada yang gantikan tempay kesunyiaannya. Aku sangat terkejut melihat dia bawa kau jumpa ibu. "Luah Raisha.

"Awak salah faham ni. Hari tu tak sengaja kami sampai sini. Hari pula dah lewat, jadi kami tidur ajelah rumah ibu. "Jelas Natalia Adawiyah.

Dia masih lagi dalam keaadan kekok.

"Sudahlah Lia. Tak perlu kau nafikan apa apa lagi. Aku lebih kenal Akmal. Hmm tak apalah. Kalau kau yang gantikan tempat Aina. Aku terima. Yang penting Akmal kembali tersenyum. "Raisha memusingkan sterengnya memasuki sebuah simpang.

Natalia Adawiyah betul betul hilang kata. Dia tak tahu apa perasaannya kini. Dia takut untuk teruja kerana dia bukannya tahu isi hati Danial Akmal.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now