BAB 26

5K 243 2
                                    

Natalia Adawiyah bangkit dari tidurnya. Sebenarnya Natalia Adawiyah sudah bangun sejak subuh tadi tetapi kerana sakit kepala dia tidur sebentar setelah solat subuh.

Dia melihat ke arah jam, sudah jam 8 pagi. Raisha di sebelahnya di pandang. Raisha masih nyenyak dibuai mimpi. Kejadian malam tadi benar - benar menggangu dirinya saat ini.

Natalia Adawiyah memasuki bilik Raisha seperti yang di arahkan ibu. Raisha sudah pun duduk di atas katil. Rambutnya yang masih basah menunjukkan dia baru lepas mandi.

"hai, Raisha." Natalia Adawiyah menegur mesra.

"tak payah nak buat baik dengan aku lah." Raisha tidak menyambut dengan baik.

"awak ada masalah ke?" soal Natalia Adawiyah yang lurus.

"kaulah masalah aku!"

"saya? kenapa dengan saya?"

"aku fikir lepas Aina mati dah tak ada dah yang bakal kacau aku. Rupanya ada, kau pula muncul. Kau tetiba datang rumah aku dengan Akmal."

Natalia Adawiyah dapat mengagak yang Raisah sedang dalam cemburu.

"kami cuma kawan." jelas Natalia Adawiyah.

"huh! memang pun. Tu aku tahu. lagi pun kau tak layak pun dengan Akmal. Setakat kau ni, mudah aje lah aku nak lawan. Kacang sangat! Aku akui Aina tu pesaing kuat aku. Pesaing hebat aku sebab dia memang perfect! Cantik, bijak, pandai masak dan dari keluarga yang berada. Setakat orang macam kau. Gemuk macam kau.. sekali je dah kalah." Riak suara Raisha.

Gemuk kau kata? Woi! aku chubby bukan gemuklah! Getus hatinya. Dia tak nak luah kan takut menjadi lebih parah.

"hey, aku ada rahsia.." Raisha mengangkat keningnya. Mulutnya senyum senget.

"huh?" Natalia Adawiyah bingung.

"aku tahu yang kau pun tahu Akmal dulu tinggal sini kan? Kau bayangkan ye. Aku dengan dia just sepupu. Then kitaorang kerap duduk berdua di rumah ni. Ibu pula selalu kerja. Raykal asrama, Raqeem sekolah. Arwah nenek pula selalu pergi kebun. Kau rasa aku dan Akmal buat apa berdua di rumah?" sekali lagi kening Raisha diangkat.

"kau rasa aku dan Akmal buat apa berdua di rumah?" ayat itu menghantui Natalia Adawiyah.

Tak mungkin! Danial Akmal yang dia kenal seorang yang jaga tatasusila. Natalia Adawiyah menggelengkan kepala. Terus dia keluar daripada bilik. Mujur dia sudah mandi sejak subuh tadi.

Kakinya melangkah ke arah dapur. Kelihatan ibu sedang sibuk menggoreng cucur atau nama lainnya cekodok.

"selamat pagi.." tegur ibu sebaik saja melihat Natalia Adawiyah memasuki dapur.

"Selamat pagi." kerusi di meja makan ditariknya.

"Raisha tu selagi tak pukul 9 memang masih membuta. Tu nasib baik kerja. Kalau tak kerja, pukul 12 baru bangun." luah ibu.

Natalia Adawiyah sekadar senyum. Dia tak berminat mengetahui lebih lanjut tentang gadis itu. Gadis ke?

"dah lama ke kenal Akmal?" soal ibu.

"lama tu tak lah. Sejak Danny pindah sanalah."

"tak ibu maksudkan, sejak bila kamu bercinta?"

fuh!! nasib baik tak minum air. Kalau tak mau dah tersembur air ni.

"tak lah bu.. Kami kawan aje." jujurnya

"jangan nak tipu ibu. Akmal tu tak kan bawa perempuan jumpa ibu walau apa pun alasan. Dulu dengan si Aina tu pun...." kata nya terhenti bila mengenang Aina.

"Aina tu mesti lagi cantik dari saya kan , bu.." Natalia Adawiyah merendahkan diri.

"memang pun!" Raisha yang tiba - tiba memasuki dapur.

"Raisha..." tegur ibu.

"betul apa." kata Raisha yang langsung tiada rasa bersalah.

Ibu sekadar menggeleng kepalanya.

"awal kau bangun, Raisha." ibu menukar topik.

"Raisha dah janji dengan Helmy nak breakfast sama.." Raisha terus berlalu pergi.

"bu, Danny mana?" soal Natalia Adawiyah sebaik saja dia sedar Danial Akmal tiada.

"oh.. dia jumpa kawan - kawan dia. Dia kan membesar disini. Jadi ramailah kawan - kawan yang dia rindu." jelas ibu.

Natalia Adawiyah sekadar mengangguk kepalanya.

*******

Nak tanya ke tak.. Hati Natalia Adawiyah sedang berperang.

Kalau tanya, tersalah cakap.. Mau Danny berhentikan aku kat atas highway ni.. getus hatinya lagi.

"kenapa?" Danial Akmal seperti sudah dapat menduga.

Sebenarnya sesiapa saja mampu membaca bila tingkah laku Natalia Adawiyah macam tu..

"ermm.. err...." berat pula nak cakap.

"just say it.."

"awak pernah berdua - duaan dengan Raisha ke?" fuh! keluaq jugak!

Tiada respon.

"awak..."

tiada respon..

alamak.. dia marah ke?

"awak.. awak! saya minta maaf.. saya.." Natalia Adawiyah segera meminta maaf.

"awak.." Danial Akmal cuba memotong tetapi tidak di dengari oleh Natalia Adawiyah.

"saya betul - betul keliru.. saya minta maaf kalau awak marah. tapi Saya cuma nak tahu. Saya.."

"awak!" kali ini suara Danial Akmal lebih kuat menyebabkan Natalia Adawiyah terdiam

terus saja mulutnya dikunci.

Danial Akmal mengeluh.

"saya Islam. Saya ada pegangan."

Natalia Adawiyah masih membisu.

"boleh tak dalam sehari awak cuba berfikiran matang? Saya tak tahu apa Raisha cerita tapi saya tahu halal haram. Saya tahu batas saya." Jelasnya.

Natalia Adawiyah mengangguk kepalanya sebagai tanda faham.

Dia terasa dirinya sangat bodoh sebab mudah sangat percaya dengan kata - kata Raisha. Eh.. bukan salah Raisha pun. Raisha cuma tanya apa yang depa buat. Bukan cakap yang depa buat perkara tak senonoh. Aduhai Lia oi! Elok - elok kau nak baik dengan Danny sekarang padan muka Danny marah kau.



p/s: hai reader!! tak best kan bab ni. haha. maaflah.. lack of ideas plak. hehe. lepas ni mungkin saya akan kurang kan aktiviti menulis saya, memandangkan saya sedang fokus mencari kerja. doakan saya dapat kerja ya. lagi satu tolong doakan junior saya yang bakal operate, nama dia Fakhri Aizat. sbb ada ketumbuhan di otak. doakan ye semua. terima kasih..


Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now